Bicara Iman Ku..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..



Nak jadi seorang yang solehah itu bukannya senang. Solehah pada Allah. Bukan solehah pada pandangan dan persepsi manusia. Asal pakai tudung labuh je solehah, asal pakai berjubah berkopiah je, soleh. Kadang rasa nak menangis pun ada. Bersyukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana Allah simpan dan pegang elok-elok aib kita. Tudung labuh, berkopiah, berjubah tidak melambangkan apa-apa, Cuma itu semua tuntutan dalam Islam dalam menutup aurat. Yang membezakan kita disisi Allah ialah iman dan takwa seseorang. Cuba check semula diri kita, check semula iman dan takwa kita. Macam mana iman hari ini?

Semua orang akui, bukan senang untuk tetap dan teguhkan iman. Iman turun naik, kita bukan macam malaikat. Bukan macam para nabi. Tapi dalam hati kita sebenarnya kita nak jadi yang terbaik, nak jadi seorang yang bertakwa, jihad pada jalan Allah, jadi anak yang soleh/solehah tapi Allah Maha Mengetahui. Dia tahu disetiap apa yang hamba-hamba Dia niatkan. Halangannya satu, SYAITAN tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan manusia atas muka bumi Allah ini, hinggalah nyawa berpisah daripada jasad.

Dah nama pun manusia, tak lari daripada melakukan kesilapan. Siapa je yang nak buat silap? Semua tak nak buat silapkan. Kalau boleh, semua nak yang terbaik. Tapi nak jadi yang terbaik perlukan usaha yang kuat, berdoa, meminta pertolongan daripada Allah swt. Siapa je yang tak nak jadi soleh/solehah dan mengejar khusnul khotimah.. kan.. Itu semua impian kita sebagai seorang Muslim dan Muslimat. Kalau barang yang kita nak, kita sanggup ke hulu ke hilir, beratur panjang-panjang, sanggup jalan jauh daripada Johor ke Melaka sebab ada sale murah. Tapi kalau redha Allah, hidayah Allah, tak ramai yang berkejar-kejar, tak ramai yang bersungguh-sungguh. Hurm.. Maaf semua.. Aku bicara tentang iman aku..

Bola Inggeris dah mula, mula pada bulan puasa pulak tu, bulan beribadah untuk umat orang Islam. Entahlah Tak tahu nak cakap sama ada ianya kebetulan atau telah dirancang. Wallahualam. Doa yang baik-baik sahajalah. Dalam al-quran ada kata yang dunia ni memang memperdayakan. Nak cakap banyak, tapi aku bukan baik mana pun, bukan solehah mana pun, bukan ustazah, dan bukan orang alim. Aku pun macam korang semua juga, kita semua sama je.



Mengaji ni best sebenarnya. Mengaji yang best bila ada feel sampai ke hati. Mengaji yang tak best bila mengaji then khatam and tak rasa apa-apa. Bestnya bila kita tidak terburu-buru untuk khatam al-quran, tapi pada masa yang sama, kita usaha untuk khatam al-quran, baca makna sekali, fahamkan betul-betul, hadamkan baik-baik, lama-lama akan timbul rasa minat untuk mengaji, rasa cinta akan kalam Allah. Best sebenarnya, membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Yela, tak lama lagikan nuzulul al-quran. Jangan samakan novel cinta dengan al-quran tau. Ada sesetengah manusia yang cakap mcam ni, “ novel boleh ‘khatam’ dan sehari, tak akanlah al-quran tak boleh khatam dalam sehari?” Sayang, al-quran bukan novel biasa, tapi ‘novel’ yang telah diutuskan oleh Allah swt buat hambaNya.. Banyak ilmu dalam al-quran yang kita tak tahu, banyak kisah dan tauladan yang kita belum tahu, banyak perkataan-perkataan yang kita belum pernah tahu ertinya. Dan masih sempat sekiranya untuk kita mula semua pada muka surat yang pertama sekali..

Dan, jadi hamba Allah ni, kita selalu dan banyakkan bersyukur sebab Allah jaga aib kita. Kalau tak, yang bertudung labuh, berjubah tu semua habis terdedah aib diri, dapat malu daripada orang ramai. Allah tu Maha Penyayang. Salam Ramadhan al-Mubarak. Dua minggu dah berpuasa. Sekejab je masa berlalu, terasa semalam baru berpuasa. Allahu..


Maaf, aku bicara perihal iman ku sendiri...

1 comment:

  1. thanks for sharing this post . tersentuh hati . Alhamdulillah Allah masih tutup aib kita :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..