Bicara Iman Ku..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..



Nak jadi seorang yang solehah itu bukannya senang. Solehah pada Allah. Bukan solehah pada pandangan dan persepsi manusia. Asal pakai tudung labuh je solehah, asal pakai berjubah berkopiah je, soleh. Kadang rasa nak menangis pun ada. Bersyukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana Allah simpan dan pegang elok-elok aib kita. Tudung labuh, berkopiah, berjubah tidak melambangkan apa-apa, Cuma itu semua tuntutan dalam Islam dalam menutup aurat. Yang membezakan kita disisi Allah ialah iman dan takwa seseorang. Cuba check semula diri kita, check semula iman dan takwa kita. Macam mana iman hari ini?

Semua orang akui, bukan senang untuk tetap dan teguhkan iman. Iman turun naik, kita bukan macam malaikat. Bukan macam para nabi. Tapi dalam hati kita sebenarnya kita nak jadi yang terbaik, nak jadi seorang yang bertakwa, jihad pada jalan Allah, jadi anak yang soleh/solehah tapi Allah Maha Mengetahui. Dia tahu disetiap apa yang hamba-hamba Dia niatkan. Halangannya satu, SYAITAN tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan manusia atas muka bumi Allah ini, hinggalah nyawa berpisah daripada jasad.

Dah nama pun manusia, tak lari daripada melakukan kesilapan. Siapa je yang nak buat silap? Semua tak nak buat silapkan. Kalau boleh, semua nak yang terbaik. Tapi nak jadi yang terbaik perlukan usaha yang kuat, berdoa, meminta pertolongan daripada Allah swt. Siapa je yang tak nak jadi soleh/solehah dan mengejar khusnul khotimah.. kan.. Itu semua impian kita sebagai seorang Muslim dan Muslimat. Kalau barang yang kita nak, kita sanggup ke hulu ke hilir, beratur panjang-panjang, sanggup jalan jauh daripada Johor ke Melaka sebab ada sale murah. Tapi kalau redha Allah, hidayah Allah, tak ramai yang berkejar-kejar, tak ramai yang bersungguh-sungguh. Hurm.. Maaf semua.. Aku bicara tentang iman aku..

Bola Inggeris dah mula, mula pada bulan puasa pulak tu, bulan beribadah untuk umat orang Islam. Entahlah Tak tahu nak cakap sama ada ianya kebetulan atau telah dirancang. Wallahualam. Doa yang baik-baik sahajalah. Dalam al-quran ada kata yang dunia ni memang memperdayakan. Nak cakap banyak, tapi aku bukan baik mana pun, bukan solehah mana pun, bukan ustazah, dan bukan orang alim. Aku pun macam korang semua juga, kita semua sama je.



Mengaji ni best sebenarnya. Mengaji yang best bila ada feel sampai ke hati. Mengaji yang tak best bila mengaji then khatam and tak rasa apa-apa. Bestnya bila kita tidak terburu-buru untuk khatam al-quran, tapi pada masa yang sama, kita usaha untuk khatam al-quran, baca makna sekali, fahamkan betul-betul, hadamkan baik-baik, lama-lama akan timbul rasa minat untuk mengaji, rasa cinta akan kalam Allah. Best sebenarnya, membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Yela, tak lama lagikan nuzulul al-quran. Jangan samakan novel cinta dengan al-quran tau. Ada sesetengah manusia yang cakap mcam ni, “ novel boleh ‘khatam’ dan sehari, tak akanlah al-quran tak boleh khatam dalam sehari?” Sayang, al-quran bukan novel biasa, tapi ‘novel’ yang telah diutuskan oleh Allah swt buat hambaNya.. Banyak ilmu dalam al-quran yang kita tak tahu, banyak kisah dan tauladan yang kita belum tahu, banyak perkataan-perkataan yang kita belum pernah tahu ertinya. Dan masih sempat sekiranya untuk kita mula semua pada muka surat yang pertama sekali..

Dan, jadi hamba Allah ni, kita selalu dan banyakkan bersyukur sebab Allah jaga aib kita. Kalau tak, yang bertudung labuh, berjubah tu semua habis terdedah aib diri, dapat malu daripada orang ramai. Allah tu Maha Penyayang. Salam Ramadhan al-Mubarak. Dua minggu dah berpuasa. Sekejab je masa berlalu, terasa semalam baru berpuasa. Allahu..


Maaf, aku bicara perihal iman ku sendiri...

Review Best Movie!



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum dan Hai semua! Sihat? Alhamdulillah kalau semua sihat dan Alhamdulillah kalau tak sihat juga sebab sakit itu datangnya daripada Allah dan penghapus dosa tapi tiada sesiapa yang nak sakit kan?
Okay.. Pada petang yang cuaca baik ni, aku pun nak review movie yang aku dah tengok baru-baru ni. Sebenarnya daripada hari tu nak update review movie tapi internet pula buat hal.. Arghh!



Trailer movie ni aku mula tengok kat asrama lagi. Baru tengok trailer, dah menjerit kau! Siapa je yang tak terkejut kan.. Dah nama pun cerita seram.. Movie yang tengah hot kat wayang sekarang ni ialah THE CONJURING 2. Serius talk, sampai sekarang terbayang-bayang jalan cerita tu, tak boleh nak move on.
THE CONJURING 2 ni lebih menekankan tentang kekeluargaan, kasih sayang, sifat kemanusiaan dan cinta. 

Part yang paling sedih, yang buatkan aku menangis part yang Ed and adik beradik Janet berkumpul, bernyanyi sama-sama. Ed sedaya upaya buat mereka happy untuk hilangkan rasa takut dan risau termasuklah mak dia.. Okay aku menangis and tersentuh dengan cerita tu.

And the special thing ialah, cerita ni penuh dengan tanda tanya.. Mula-mula tengok, memang tak faham and blur sebab banyak sangat hantu yang terlibat. Rupa-rupanya semua tu jelmaan si roh jahat yang saja nak kelirukan diorang. Upssss aku dah tercerita lah pulak. Hahahahaha seram ke tak? Pada pandangan aku, seram lah juga. Sampai tutup mata, buka sikittttt je ruang. Hahaha Banyak kejutan dengan sound effect yang bagus. Rasa nak tengok untuk kali yang kedua weh..



Part paling sweet Ed dengan Loraine. Loraine diberitahu dalam mimpi oleh roh jahat tu yang Ed akan mati. Perkara tu yang membuatkan Loraine takut untuk kehilangan Ed. Sedih sebenarnya part tu. Kalau dalam Islam, makhluk yang jenis macam tu, sengaja je nak menakut-nakutkan kita, buat kita sesat sedangkan ajal maut itu ditangan Allah kan. Lain agamanya.

Cerita hantu mat saleh ni, hantu dia agak brutal sikit, ganas sangat, sampai tercampak-campak barang dalam rumah and boleh menyebabkan kematian. Menakutkan kan. Huhuhu Bila aku tengok ending THE CONJURING 2, dia bagi tahu yang filem tu diambil daripada kisah benar yang berlaku pada bandar tu. Watak yang sama cuma pelakon yang berbeza. Siapa yang tengok THE CONJURING yang first2 tu, hah itu pun daripada kisah benar.

Memang daripada mula cerita, asyik menjerit je aku dengan sayang abadiss aku. Bila habis cerita, lampu terpasang, semua orang dok pandang kiteorang. Hahaha.. Susah kalau si pengecut tengok cerita hantu ni. Tapi memang best..

Lain orang, lain pendapat masing-masing. Mungkin ada yang diantara korang kata tak seram langsung! Yela berani lah katakan. Hahaha Pada aku, bukan soal seram ke tak seram. Tapi mesej yang dia nak sampaikan pada semua orang. Memang best cerita ni. Tengok lah nanti.. Hehehehe Apa-apa pun selamat berjaya dalam berdepan dengan segala ketakutan.

Tiga hari sebelum puasa..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



Assalammualaikum semua dan salam sejahtera salam ramadhan al-mubarak. Alhamdulillah bersyukur sangat sebab tahun ini dapat diberikan kesempatan untuk merasai manisnya berbulan ramadhan. Impian wanita muslimah bila menjelang puasa ni, berharap sangat dapat berpuasa penuh. Ngeh ngeh ngeh.. Kalau diberikan rezeki dan peluang, siapa je yang tak nak berpuasa penuh. Tapi dah nama pun perempuankan, lumrah dan fitrah. Ya hanana siapa yang dapat berpuasa penuh tu. Hihihi 

Tiga hari sebelum berpuasa, jumaat sabtu dan ahad. Aku terasa bagai mati hidup semula. Mana tidaknya, alami cirit birit yang teruk sangat. Mula-mula jumaat hari tu, demam biasa je. Tapi keesokkan harinya, badan jadi lemah dan teruk sangat bila kena muntah-muntah dan cirit birit. Kemudian, aku teringat arwah mak long. Dulu, sebelum arwah mak long meninggal, arwah kena cirit birit sampai terkencit-kencit. Samalah macam aku, terkencit-kencit. Biasanya orang sebelum meninggal, cirit-birit sebab nak cuci perut sebelum dia pergi. Maka, aku pun mulalah fikir macam-macam, fikir yang bukan-bukan.. Makan tak kenyang, tidur tak lena, kehausan sahaja, badan jadi lemah dan lesu serta tak bermaya..

Mana taknya, setiap kali perut lapar, sumbat makanan yang berat-berat, dia akan muntah semula. serupa tak payah makan. Geram je rasa. Aku kalau tak sihat, memang baringgg je keje aku sebab tak larat. Ibu selalu tegur, "jangan selalu sangat baring, buat kerja sikit nanti keluar peluh.. barulah sihat.. ni asyik baring je, mana nak baik.." yes i agree that. Memang betul pun apa yang ibu kata tapi hakikatnya badan ni tak kuat nak buat kerja dengan isi perut langsung tak ada! Then aku pun cubalah buat kerja sikit-sikit, rasa nak pitam bila peluh lagi banyak keluar. Diam-diam aku menangis. Badan kitakan, kita tahu tahap mana kemampuan diri kita so, aku tak boleh nak paksa. Aku kalau dah demam, sakit-sakit hah memang teruk and susah nak baik.. 

Dalam hati aku kata, ya Allah.. jika ini hari terakhirku, aku redha dan terima..

Kemudian, aku teringat balik.. Jumaat aku demam je. Sabtu Ahad dan Isnin sampai muntah-muntah dan cirit birit. Apa yang tak kena.. Kak Long tegur, "Stop makan ubat tu!" Isnin tu, aku pun stop makan ubat tu. Esoknya dah okey. Alhamdulillah. Ubat tu mungkin tak sesuai dengan aku, sebab ubat tu daripada klinik lain. Bukan klinik yang biasa daripada kecil sampai besar yang aku selalu pergi tiap kali demam. Mungkin ubat tu tak sesuai. Akak aku ada pesan, kalau demam, jangan tukar-tukar klinik, pergi klinik yang sama je. Malam tu, suhu cecag 39 darjah. Panas bak hang boleh masak telur. Hahaha so malam tu terpaksa pergi klinik cikaii je.. Ubat demam mungkin boleh masuk, cuma ubat cirit birit dan vitamin yang membuatkan aku musykil dan sangsi..

Minta Allah beri kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadah puasa tahun ini dan tahun yang akan datang amin..

p/s: saya nak jual buku-buku tingkatan enam, bila pm saya di facebook ya.. klik nurrul najiha , scroll profile sampai jumpa status untuk jual buku form six. terima kasih assalammualaikum