STPM the last choice??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Entah kenapa malam ni tiba-tiba aku rasa nak update blog. Aku nak update blog, nak bagi semua orang baca dan sedar. Kepada yang liat nak sedar, baik baca ni bagi hang sedar! Sebab budak-budak sekarang tak fikir panjang, main bantai je! Kang hidup sendiri yang merana, terseksa then meroyan tak tentu hala// Ewaaaahhh.. Lepas ni jangan cakap hakak tak payung ehh.. Hakak dah payung dah, tapi hang yang tak sedau-sedau! (hah kan dah keluar bahasa melake aku..) Bersedialah hadap entry aku yang berjela-jela ni. Hadam dalam-dalam.. Terutama sekali lepasan spm!



Sebenarnya bukannya aku dah lama tak buka blog.. Setiap hari aku akan buka, akan check.. Then, akan tutup semula. Selang berapa hari akan buka and tutup semula. Tapi tak update blog lah. Ni hah, hakak nak habaikk mai.. Rasa bersyukur bila tegok improvement terhadap blog aku yang tak seberapa ni. Alhamdulillah! Pageview meningkat. Kadang jatuh pelik juga, apa yang membuatkan pageview meningkat sejak dua tiga empat lima menjakk ni.. Urm..

Aku pun terdetik lah untuk buka bahagian 'Statistic', dan aku klik kepada 'Traffic Sources'.. Tengok di bahagian 'Referring Site'. Sangat mengejutkan bila ramai manusia kat malaysia yang setiap hari dok google tentang stpm..

'susah ke stpm'
'stpm okay tak'
'stpm susah ke'

Bila diorang search keyword kat atas tu. secara tidak langsung entry ini akan muncul di halaman utama bila mereka google.. maka keluarlah link blog aku, entry yang INGAT SENANG KE STPM. For your information, setiap apa yang aku update di blog adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dan aku tidak menipu. Siapa yang berani ambil STPM, memang aku tabik! Kenapa?



Sebelum aku jawab soalan tu, biar aku jelaskan dengan lebih terperinci tentang stpm. STPM ni bukan perkara yang boleh main-main, boleh bawa bergurau, boleh dok senang lenang, dok lepak-lepak, BUKAN! Stpm ni tak sama macam Diploma, Matriks, and etc..Tak sama! Kebanyakkan lepasan spm, membuat keputusan bahawa STPM is the last choice for them? Yes, last choice for them sebab tak dapat sambung belajar. Please! Bila kamu buat 'the last choice is STPM\, tolong jangan masuk stpm.. sebab apa..?

1) Kemungkinan anda, tidak akan bersungguh-sungguh.
2) Sekadar untuk bagi tahu semuua orang yang kamu pun dah sambung belajar juga.
3) Mungkin kamu memang tak minat stpm and zero about stpm.
4) Boleh jadi juga kamu masuk main-main atau sekadar suka-suka saja..
5)  Kerja kursus konfem tak siap, separuh jalan and bla bla..



STPM bukan perkara yang main-main. Sekali kalau kamu dah melangkah masuk, kamu kena teruskan juga, tak boleh patah semula. You have to face it! Sebelum aku masuk stpm dahulu, aku refer pada cikgu-cikgu sekolah aku, and mostly ramai lepasan stpm and ambil stpm, kemudian terus buat degree. Bangga juga dengan mereka. Cikgu-cikgu pun banyak bagi semangat. Pesan cikgu-cikgu tu semua....

"Masuk stpm bukan untuk senang-lenang. Dah tak ada masa dah untuk kamu duduk lepak-lepak, ketawa berdekah-dekah. No! Masuk stpm, kena struggle, kena buat betul-betul, dapatkan pointer sehabis baik, kurang makan dan tidur, banyakkan bekorban duit dan segala-galanya. Semata-mata kerana ilmu. Solat jangan tinggal! Tumpukan perhatian, jangan tidur dalam kelas, tanya cikgu kalau tak tahu.."



Dan bila korang tak ikut macam apa yang cikgu-cikgu tu kata, hah masaklah.. Dah tu, kenapa aku nak tabik kalau tengok orang berani ambil stpm? Dik, stpm paling susah gila bapak punya eiii! Sebab tu hakak cakap, tak sama dengan diploma and matriks and etc.. Tak sama. Memang susah kita nak lawan makan, nak lawan tidur, nak buang sikap melepaak and sebagainya.. Memang susah.. (termasuk aku) Aku dulu kalau kelas Sejarah, makk aihh memang tidur dalam kelas. Serius aku tidur! Dulu masa sekolah menengah, tak pernah tidur dalam kelas. Tapi sejak masuk form 6, aku tidur dalam kelas, dan aku tak tahu puncanya dimana..

Entah keberapa kali entah aku pesan jangan main-main dengan stpm. Dont make stpm for your the last choice. Memang bahana jadinya. Penat dah cakap, nasihat. Degil, hah cubalah.. Kepada yang memang nak masuk stpm, memang minat, hakak ucapkan semoga berjaya, Mental dan fizikal kena kuat. Buat persiapan diri. Always get ready sebab kadang2 ada test. Be alert setiap apa yang cikgu cakap. Keberkatan guru tu penting. Memang stpm ni susah. Tapi kalau dah usaha, insha Allah senang.. Minta Allah permudahkan segala-galanya..

p/s:hari ni batuk-batuk, bertalu2, sakit tekak, berjangkit dengan budak-budak.. urm.. heee

3 comments:

  1. i will take this as a reminder. Tq,sis

    ReplyDelete
  2. sama! hahaha selalunya kelas lain especially pengajian perniagaan dapat je fokus tapi ntah knp setiap klas sej mesti mengantuk. subjek lain okay just sej tu jelah yg nyawa2 ikan hahaha btw nice entry :)

    ReplyDelete
  3. Dulu Ain ada masuk f6 seminggu. serius jatuh hati dgn f6 lpastu dpt twran uitm. Ain nak stay f6 tapi abah suruh pegi uitm jugak. So terpaksalah. Serius f6 best. memang la susah. belajar mana2 pun susah kalau takdek usaha :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..