Make me dizzy..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setelah sekian lama aku tidak mengupdate blog, baru malam ni aku mengambil kesempatan untuk update blog. Tadaaaa..! Aucakkk! Hahaha Assalammualaikum semua.. Jenuh aku dok menggoogle sana google sini, godek sana, godek sini tentang jawatan kosong. Hurm berlambak memang berlambak. Bersepah kat Melaka ni ah. Tapi jawatan dia kemain lagi.. Eksekutif pemasaran la, akauntan la, memacam lagi lah. Alaaaahai. Dengan result aku yang tak seberapa ni, nak mohon, agagagagaga.. Just forget it! Then at last, aku pun jumpa a few job yang sesuai sikitt lah dengan aku. Kena cari, kena apply juga, tak akanlah selamanya aku nak kerja taska, nak jadi orang suruhan. Bulan enam ni, genaplah setahun aku bekerja sebagai pengasuh taska. Wuiiii banyak benda aku belajar weh. Daripada perangai budak-budak sebelum aku masuk, sekarang dah macam mak budak.. Hahaha muntah hijau!

Banyak benda jugaklah yang aku belajar, kena berak budak, kena kencing dengan baby, kena kutip taik budak tercicir yang baru nak praktis tak pakai pampers kan. Kenalah hadap. Pakaikan baju and pampers budak tu normal lagi. Benda kecil, small matter je. Tapi benda yang aku tak boleh lupa ialah kena berak budak. Time nak mandikan baby yang baru berjalan, setahun. Dia cirit birit. Aku mandikan dia kat sinki. (boleh je mandi kat tandas, tapi aku yang malas..haha) Dah siap mandi dah ni, then dia berak lagi kat tangan aku, terasa panasssss je.. Hahaha aku tak melatah pun, aku da biasa hadap semua tu setiap hari. Kena terimalah juga. Nanti kalau korang dah kahwin hahhh rasalah sendiri. Ni aku yang belum kahwin pun, dah merasa jaga anak macam mana tau. Daripada zero to milliooon.. Baby yang dua tiga bulan aku jaga, kena belajar urut bayi macam mana, kena belajar nak tenangkan bayi macam mana. Hahhhh..

Aku jenis yang malas nak kecoh-kecoh.. malas nak bising-bising.. So bila taska dah macam zoo, (sebab budak semakin ramaii.. baby pun ramai..) aku keep calm and buat bodoh je. Pening kepala? Kalau kerja taska yang jaga budak ni pun kau dah pening kepala, apatah lagi kau dah kahwin nanti? Kalau kerja taska jaga budak ni pun kau dah hilang sabar kemuncak, apa tah lagi bila kau ada anak yang aktif lain macam nanti. Hah macam mana?

For me, budak melalak, memekak, main sana sini, terlompat terlinjang, just ignore them because they have their own world. Tapi kalau dah too much, aku capai je rotan, gertak sikit, nanti diorang diam. Hahaha lepas tu bising balik.. Then tunjuk rotan pastu diam. Repeat and repeat sampai penat.. Tapi selalunya aku yang kalah. Hahaha standard lah tu. Budak-budak lah kan tahu apa ja. Main je tahu. Tak makan saman langsung. Bila diorang bisig balik, then aku pun kalah dan mengalah, main handphone buat bodoh, pekakkan telinga. Hahaha kalau dah teruk je, aku terpaksa ambil tindakan.

Eh best tau sebenarnya kerja taska ni. Aku kerja taska pun sebab nak ambil pengalaman jaga budak macam mana, senang ke tak, buat aktiviti, ajar kanak-kanak, buat craft, buat origami, and macam-macam lagi. Best dan tersangatlah best sebab boleh didik budak-budak ni masa diorang mentah lagi.. Senang nak bentuk. Ada seorang budak ni, dia ni kalau diam, betul2 diam sampai aku cari dia. Rupa2nya dia main sorang2 dengan dunia dia sendiri. Dia tak suka campur kanak-kanak lain. So aku pun biarkan je lah.. janji dia tak usik budak lain, tak buat bising. Tapi bila dia start main kejar-kejar dengan adik dia, subhanallah mulut dia kemain lagi kau..! Boleh pekak telinga ni ah.. (tak adalah sampai pekak, tapi sakit telingalah.) Bila aku suruh dia diam, "Diam!" Kau tahu, budak tu suruh aku diam balik..! Eh kemain lagi budak kecik ni mengajar aku.. ewahhh.. Last2 aku malas nak layan.. Well said, aku kalah dan mengalah.. Hahahahaa

Too many lesson that i learning from that. Kerja apa sekali pun, bukannya mudah, bukannya senang. Susah kalau tak ada pengalaman, senang kalau dah ada pengalaman and tunjuk ajar. Kadang, bila kita nak minta kerja kosong tu, Pengalaman setahun dua tahun dia minta. Macam mana nak ada pengalaman kalau majikan tak beri peluang untuk bagi fresh graduate belajar. Kalau nak yang ada pengalaman je, ohh makin ramailah yang menganggur nanti.. Ye dak.. Agaknya majikan ni fikir ke tak eh sebelum letak syarat-syarat tu. Kita semua boleh je belajar daripada bawah. Melainkan... ya melainkan kalau majikan tu malas nak mengajar daripada bawah.. okay bye.. and how your opinion..

1 comment:

  1. pernah jugak dulu dulu angan2 nak kerja kat tska jadi cikgu tadika... macam best je...budak2 comel..

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..