Pembukaan Tahun Baru.. Heee

Bismillahhirrohmannirrohim.. Assalammualaikum kawan-kawan. Sihat? Dah lama betul tak update blog. Dah solat isya'? Kalau belum, jalan sekarang! Asyik menghadap internet je! Leka, lupa nak solat eh.. Bantai nak? Jalan sekarang!

Saya harap readers yang baca entry saya yang latest ni semuanya sihat alhamdulillah. Samalah juga. Tahun pun dah baru. 2016. Semakin jauh perjalanan hidup kita, semakin banyak cabaran yang mendatang kan? Dah bersedia? Get ready guys! Kalau ikutkan tahun ni umur aku akan masuk 21 tahun. Bulan september ni baru genap 21 tahun. Macam tak percaya pun ada sebab dah besarkan. Dah nak dewasa. So, dah tak boleh macam keanak-anakan lagi dah. Dah tak boleh macam budak-budak dah. Fikiran kena lebih matang. Kena lebih banyak belajar tentang kehidupan. Kena ubah perangai yang buruk tu. Kena buang. Dah tak boleh nak malas-malas lagi dah! Kalau tak, macam mana nak berjaya dunia akhirat kan..

Alhamdulillah.. Aku bersyukur sangat-sangat. Bersyukur dengan apa yang aku ada. Ada keluarga, kawan-kawan (my sayang abadi), dan yang semestinya Allah Taala. Aku selalu berdoa semoga Allah beri aku kesempatan untuk aku melanjutkan pelajaran. Aku dah cuba macam-macam. Selebihnya berdoa dan berserah pada Allah. 18 Januari ni UPU dah buka balik. Dengan penuh pertanyaan. Kenapa buka awal tahun? Kemasukan ni untuk kemasukan baru atau kemasukan ketiga? Macam-macamlah. Tapi persoalan aku tidak dilayan sama sekali. Hahaha tak kisahlah. Janji Allah bagi kita semua peluang untuk cuba sekali lagi. In shaa Allah. Doakan aku tau..



Pembukaan bagi tahun baru! Dengan Adaa dan Jihah! The small vacation! Jalan-jalan kat IOI City Mall main ice skating dan Masjid Putrajaya. Best sangat-sangat. Tapi aku tak main ice skating pun. Ketak lutut. Sebelum pergi, masing-masing rancang dengan teliti. First kena tahu tempat nak tuju. Kedua kenderaan. Ketiga kewangan. Kenderaan, kiteorang share duit untuk kereta sewa. Hehehehe bijak tak? Kah kah kah. Kewangan, share share lah. Bayar tol lagi kan. Masing-masing kena bagi komitmen. Jangan selfish! Yang paling penting susah senang sama-sama. Huhuhu Sebenarnya kiteorang dah lama rancang untuk dua hari satu malam. Tapi ada masalah sikit. Yelah jalan seharian mana puas kan. Tak apalah. Walaupun sehari, itu pun dah cukup bermakna pada aku tau. Cipta kenangan daripada mereka. Kui kui kui..

Dalam berkawan ni, bukan berapa lama kita kenal kawan kita tapi macam mana susah senang pahit getir jasa baik dengan kawan kita. Tapi kenyataannya kiteorang kawan memang dah lama dah. Daripada sekolah rendah. Family memang kenal each other pun. So, senang lah sikitkan kalau ada apa-apa. Huhuhu. Next vacation diorang plan nak pergi dua hari satu malam pulak. Aku tak nak lah menaruh harapan sebab takut tak jadi. Huhu katanya nak pergi cameron. Best wehh cameron..

Masjid Putrajaya.. yuhuu

Aku harap sangat-sangat apa yang kita mahukan dalam hidup kita, terutama sekali pada tahun yang baru ni, azam pun baru, in shaa Allah semuanya akan tercapai. Yang penting semangat tu mesti kekal sampai bila-bila. Jangan semangat sekejab je! Lepas tu, keluar balik perangai lama.. eeeeee.. harap sangat-sangat jangan.. Huhuhu Pasangkan azam. Walaupun azam tu kecik je.. Selamat Tahun Baharu tau.. Muahh..

okay last! Kbye.. Assalammualaikum..



3 comments:

  1. selamat tahun baru ..
    semoga tahun ini awak lebih dilimpahkan rezeki dan mendapat keberkatan dari ALLAH :)

    ReplyDelete
  2. amboi seronok nyaaaaaa hihihi
    all the best in 2016 btw! hiks <3

    ReplyDelete
  3. Ya betul . . Keazamannnnn!! Kekeke , Cik Pa'in blogwalking , done follow here :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..