#nnturning20 Alhamdulillah



Bismillahhirrohmannirrohim..  Assalammualaikum wbt. Hai semua..

Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi Allah ini.
Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada Ibu Ayah aku disini..
Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk berubah menjadi yang lebih baik..
dan..
.
.
.
.
Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan tarikh 17 September yang ditunggu-tunggu sejak awal tahun lagi. Sekarang genap usia aku 20 tahun.. Selamat Hari Jadi Nurrul Najiha a.k.a. Nuna Pringia.. #nnturning20

Ibu bersungguh-sungguh ajak keluar makan sekeluarga nak meraikan hari jadi anak-anak dia, tiga orang yang lahir dalam bulan september. 6/9, 7/9 dan 17/9. Aku dan dua orang adik bawah aku. Selamat Hari Jadi Eca, Abang Aiman(even dia adik, aku tak pernah panggil adik. aku tak suka). Bila ibu aku buat cadangan macam tu, aku pun kata, "Tak payahlah ibu keluar makan. Tahun ni ibu tak payah buat apa-apa. Tak payah sambut pun tak pe. Tak kisah pun." Ibu pun macam pelik je bila aku cakap macam tu. Waktu tu, dada dah tahan sebak, nasib tak mengalir..Sob sob.. Hahaha

Last kerja sebelum cuti Hari Raya Haji, masa nak balik kerja, terkejut lah jugak. Keadaan rumah yang banyak barang. Ada air lah, ada dulang lah, makanan lah. Aku pun bermonolog dengan hati aku sendiri.. 'Eh.. Ada apa ni.. Ada kenduri ke? Kenduri apa? Atau nak hantar kat surau..?' Sebab ibu aku ni rajin dengan rela hati nak masak lebih dan hantar ke surau. Manalah tahu kan.. Aku pun buat bodoh, pergi dapur makan. Tengah makan, tengok ibu kehulu kehilir dengan adik aku kat dapur. 'Ehh amende ni..?' Then, aku tak puas hati, aku tanya ibu aku. "Ibu, nak buat apa semua ni? Untuk apa? Siapa punya kenduri?" Ibu aku pun jawab yang sebenarnya ibu nak buat surprise untuk aku.. dan yang lain-lain lah (tapi yang lain-lain tu dah tahu. Aku je yang tak tahu.). Oleh kerana aku tak nak sambut apa-apa kat luar, ibu aku pun nak buat kenduri, bacaan doa sikit sempena hari jadi. Err terkejut lah jugak sebab tak sangka kan.. Biasanya sambut birthday keluar makan, ada kek, macam-macam lah.. Tapi hari tu more special buat kenduri.. Alhamdulillah.. Bersyukur sangat-sangat.

So, aku pun nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha.. Ramai orang ketuk pintu rumah, sedekah daging. Berita sedih juga diterima oleh kita semua yang berlaku di Makkah ketika menunaikan Haji dan ada rempuhan yang berlaku di Mina semasa nak melakukan lontaran jamrah. Minta Allah selamatkan mereka semua dan yang pergi menghadap ilahi, kita doakan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin in shaa Allah..

Psttttt.. Saya ada berita baik tau! Hasil penulisan saya telah diterima dan dibukukan dalam 'Zine Kasih Tuhan'.. Hati mana tak gembira bila tengok hasil karya sendiri dalam buku tu kan.. Bersyukur sangat-sangat.. Terima Kasih Awan Biru.. Salam Jumaat dan Zuhur kawan-kawan semua.. Bye.. Assalammualaikum..


Sedang Mempersiapkan Diri.

Sedang mempersiapkan diri untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku dalam hidup aku.. Bukan aku je yang kena persiapkan diri, korang pun sama! Umur dah semakin meningkat guys! Sekarang dah capai tahun 2015 dah kowt. Tak akan masih nak duduk dalam kelompok yang sama je! Come on! Kita kena bergerak dan berubah supaya hidup kita jadi lebih baik! Yang pasti, cabaran pasti lebih mencabar!

Bekerja sebagai pengasuh taska tak adalah susah mana. Jaga budak, tidurkan diorang, bagi makan, pagi-pagi buat aktiviti, mandikan diorang, susun baju, sediakan susu dan sebagainya lah. Penat tu tak adalah penat sangat. Masih boleh recover lagi lah. Pergi pukul 7.00 pagi, balik pukul 6.00 petang. Sabtu Ahad cuti. Macam pergi sekolah. Isnin ni ada student daripada kolej mana entah, yang pastinya kolej tu swasta, datang untuk praktikal. Sejak jadi pengasuh taska ni, aku pun aca-aca ada anak angkat. Hahaha comel kau! Hensem pulak tu. Adalah dalam lapan hingga sembilan bulan. Dah pandai merangkak dah. Pandai panjat tangga, tapi tak tahu turun. Bila nak turun tapi tak boleh turun, nanti dia menangis sebab nak turun. Hahaha.. Comelnya anak mama.. I'm really love him! Aku nasihatkan korang, bersedialah untuk baca entry yang berjela-jela ni.. Banyak nau nak mengomel ni..

Tak lama lagi genap usia aku mencecah 20 Tahun ni pada 17 September. Allah! Alhamdulillah. Semakin meningkat umur kita, semakin dekatlah kita dengan kematian. Pahala pun tak banyak mana. By the way, sejak sebulan lebih aku tinggalkan blog, bila aku buka blog balik, makin meningkat pageview blog aku. Pelik, apalah yang korang cari kat blog aku ni ah. Apalah yang ada kat blog aku ni ah.. Bila buka kat bahagian statistik, bahagian keyword tu, macam kelakar pun ada. Yang pastinya, ada antara korang yang tengah baca ni, siap google 'nuna pringia' semata-mata nak baca blog aku. Ni mesti kes tak tahu alamat blog aku ni. Hahahaha.. Masa blog aku mula meningkat naik, aku ada rancang nak tukar alamat blog. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, dah ramai sangat yang tahu aku sebagai 'nuna pringia' dalam dunia blogger ni. Lagi pun, alamat blog aku ni ada connection dengan nuffnang and macam-macam website. So, agak menyulitkan kalau aku tiba-tiba tukar alamat blog. Maka, aku dah buat pilihan untuk kekalkan sajalah alamat blog aku, sampai lah sekarang!

Patut sekarang aku dah lelapkan mata dah. Laptop aku, akak aku dah bawa pergi Batu Pahat, sebab laptop dia problem. So, terpaksalah dia guna laptop aku yang serba lembab tu. Hello! Laptop yang serba lembab tu lah yang masih boleh guna sampai sekarang dan banyak berjasa pada aku tau. Daripada laptop kau yang laju gila tu tapi selalu rosak, banyak duit melabur, kau rasa? Lama gila laptop aku tu, and tak pernah melabur duit hantar ke kedai sebab laptop rosak. Paling kuman bayar rm20 sebab updates windows yang terkini and bersihkan laptop daripada virus. Itu sahaja! Sekarang pun dah lama tak updates. Kalau aku tahu dia nak bawa pergi Batu Pahat, baik aku hantar kedai dulu. Apa daa akak aku ni..

Kawan-kawan aku semuanya dah sambung degree ada yang kat Unimas lah, ada yang kat UPSI uiiii macam-macam! Ramai kawan-kawan aku yang masih tak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat degree. Mostly yang dapat 3.00 ramai yang tak dapat. But, my senior cakap, abang botak, biasanya second intake in shaa Allah confirm dapat! Masalahnya pointer aku ni, tak adalah tinggi mana pun kalau nak dibandingkan kawan-kawan aku yang lain ni ah. Kalau dulu aku berharap sangat dapat sambung belajar, degree ke Universiti. Tapi sekarang, aku dah tak berharap dah sebab sekarang aku lebih percaya pada rezeki masing-masing. Semuanya bergantung kepada lelahnya berusaha waktu kita belajar dulu. Kalau struggle gila dan dapat pointer okay, in shaa Allah dapat. Masing-masing ada ganjarannya yang tersendiri. So, aku pun pujuklah hati aku sendiri. Tak dapat sambung belajar pun tak apa. Tak semestinya nak berjaya kena masuk Universiti. Bukannya kalau tak dapat sambung belajar, rezeki kita terhenti! No! Take a note! Tak masuk Universiti pun boleh berjaya. Sebab apa? Sebab semua itu bergantung kepada redha Allah dan redha ibu bapa kita.
Ibu pernah cakap yang ibu kesian tengok aku tak sambung-sambung belajar. Kenapa perlu kesian? Tidak! Tak perlu kesiankan aku. Kalau ada, adalah rezeki. Kalau tak ada, tak adalah.

So, pada kawan-kawan yang sama batch dengan aku, batch 95 yang lepasan STPM atau MATRIKS dan yang seangkatan dengannya, kalau tak dapat, jangan sedih, jangan putus asa, jangan jangan jangan! Sebab itu semua rezeki. Aku ingatkan sekali lagi ya, REZEKI! dan korang pun perlu tahu tau, zaman sekarang berlambak budak yang pandai-pandai. Ada yang lebih pandai daripada kau! dan For your information, sekarang pandang BM, MATH SAINS.. Upsss BI. Jangan lupa ya.. Tapi bagi macam aku,BI masa SPM dan MUET pun diambil kira! Semakin kita hidup ni, semakin susah dan banyak cabaran yang kita akan lalui. Tipulah kalau aku tak cemburu, tak terasa hati biila tengok kawan-kawan selalu post orentasi kat wechat. Hati mana tak rabak oii! Tapi sadokan je lah hati ni..

Anyway, apa-apa pun, kalau korang dah selalu nampak aku dah lama tak updates blog, korang kena faham je la yang laptop tak ada. Ni pun, adik aku balik, so adalah kesempatan nak update blog. Kalau ikutkan hati, malas nak update blog. Tapi kena jugak update! Nanti orang ingat, blog aku rosak! Hahaha Bye Assalammualaikum..

Korang kejab! Another tips nak naikkan pageview blog selain update pagi-pagi ialah jenis template blog. Kalau korang perasan, aku dah lama tukar ke templates blog yang memang disediakan khas dah kat dashboard. Just apply je. Tunggulah dalam sebulan dua bulan, pageview akan naik.. Trust me! Bye korang.. Good night! Jumpa lagi.. Muahh...