Blogger Syok Sendiri..



Semua dah tidur.. Bunyi cengkerik kedengaran.. Krik krik krik..

Assalammualaikum semua.. Fuhh penat lelah bersihkan blog ni ah.. Aah.. bersihkan blog.. Delete entry yang tak masuk akal, tak ada kene mengene, tak matang, entry bergambar ape ke benda entah, entry mengarut.. and bla bla bla.. Bila aku baca-baca balik, alahaiii malunya bila orang baca. Segan. (Okay tutup muka kejab) Kejab je lah. Lepas tu bukalah balik, kalau tutup, macam mana nak update blog..



Daripada entry 4++, sekarang tinggal 1++. Dengan laptop yang serba lembab ni, (tapi Alhamdulillah lah boleh guna) terpaksalah juga hadapnya. Mana yang berkenaan semua aku dah padam. Bila baca entry yang dah lepas-lepas, ayat rasa melampau pun ada. Ada lah juga hampir-hampir nak tampar muka sendiri.. Hahaha anomnomnom. Mana nak letak muka..

Bila dah besar ni, dah matang, better than before, dah boleh fikir mana yang betul mana yang salah, mana yang elok mana yang tak elok, mestilah malukan. Mungkin sebab baru buat blog and semangat lain macam. Mana tak lain macamnya! Tiap-tiap hari muka aku je update blog. Hari ni update blog, esok update lagi. Pendek kan cerita, semua bendalah aku nak update! Kalau tak tahu nak update apa, mesti cari contest. Kalau tak ada contest, carilah apa-apa tajuk untuk dijadikan entry blog. Sanggup pulak tu.. Okay zaman tu adalah zaman Syok Sendiri.. Malu k malu..



Umur pun dah meningkatkan. So aku rasa, sepatutnya aku delete semua benda yang tak sepatutnya, and mulakan yang baru and aku tahu, readers pun naik meluat plus menyampah baca blog aku atau korang kalau over sangat. Naik menyampah!

Lagi-lagi blog yang ada banyak segmen.. Banyak segmen daripada entry.. Ni blog personal ke blog untuk contest. Hilang mood nak baca blog dah! Blog dah lawah dah! Meletop-letop. Tapi tak akan nak bagi baca 'contest' je kowt? Come on! Contest yang lepas-lepas tu, delete je lah.. Yang rasa dah berkurun lama, and patut delete, delete je terus.. Blog aku? Tak ada apa yang menariknya pun.. Biasa jek.. Cukup untuk aku ceritakan pasal life aku saja..



Mungkin sebab tak rasa macam apa yang aku rasa ni? Lama-lama nanti rasalah.. Oh ya! Dah nak bertemu Nisfu Syaaban. Tak lama lagi Ramadhan.. Semoga kita dapat bertemu Ramadhan.. Assalammualaikum

2 comments:

  1. Hahaha. Sama la. Emi pun dulu2 zaman muda mudi lah konon...update blog ntah pape. Kalau baca balik rasa malu sangat. Dengan penggunaan bahasa yang tak matang, pastu duk cerita pulak pasal putus cinta la, pasal frust la itu la ini la. Zaman hingusan lagi tu. Maluuu bila baca balik. Tapi emi tak larat la nak belek balik satu persatu dan delete. Nak delete semua macam rugi la sbb ada je entry yang ok. So emi pun buat taktau jela, dengan harapan takde orang baca dah entry lama2 dekat blog emi tu. Haha :D

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..