Hukum Sebenar Pamerkan Diri atau Gambar di Media Sosial



Assalammualaikum semua. Selamat Pagi. Maklumat ni Nunaa dapat malam tadi. Baru sekarang Nuna nak share dengan semua orang. Nuna tahu ada di antara kita yang keliru dan musykil dengan hukum sebenar meletakkan gambar atau mempamerkan diri masing-masing di media sosial. Kawan Nuna semua kata HARAM sebab ternampak dan terjumpa satu artikel daripada Al Habib Umar bin Hafidz. Yes memang HARAM. Tapi ada sebab kenapa Islam letakkan hukum HARAM pada sesuatu hal. Ada sesetengah orang tak berani nak letak gambar sebab takut kena sihir. Tapi bila Nuna tengok ceramah ustaz tu dengan pakar perubatan, pakar perubatan tu cakap macam ni "Buat apa nak takut kene sihir nak letak gambar kat laman sosial? Nak letak, letak je lah! Tak payah takut-takut.." Nuna ingat sampai sekarang. Ustaz Azhar Idrus pun ada pesan, boleh je letak gambar, tapi ada syarat-syarat dan cara yang tertentu.. Tapi ada lagi orang yang keliru dengan hukum sebenar tersebut.




Wednesday, 16 November 2011

Fatimah Syarha at Wednesday, November 16, 2011
Pendakwah Muslimah, Facebook dan Media

Surat Remaja Buat Ustazah

PERSOALAN:
"Salam mahabbah ustazah yang kusayangi kerana Allah. Didoakan agar ustazah sentiasa dirahmati Allah. Saya ada sedikit nak berkongsi dengan ustazah. Saya pernah bertanya pensyarah saya tentang pendapat beliau bagi muslimah yang meletakkan gambar di dalam blog atau facebook. Ada kawan-kawan yang mengatakan saya ni syadid bila saya tidak meletakkan gambar di ruang-ruang facebook atau di dalam blog. Jujurnya pada pendapat saya sendiri, saya tak ingin dikenali oleh muslimin. Bimbang fitnah itu datang dari hanya sekeping gambar, walaupun ganbar itu gambar yang sempurna dengan menutup aurat. Tambahan pula sebagai muslimah, bagi saya perlu menjaga rapi dirinya walau di alam maya. Pensyarah saya melarang kami meletakkan gambar di dalam laman-laman sosial walau untuk tujuan berdakwah kerana bimbang bila ada yang berniat jahat cuba mengambil gambar tersebut untuk menyihir kita..."

BALASAN USTAZAH
Salam sayang buat ukhti. Terima-kasih atas perkongsian. Terasa perkongsian ini lahir dari hatimu yang tulus dan menyayangi diriku ini. Setiap orang mempunyai pendapat. Ustazah hormati. Dan setiap orang tidak berhak memaksakan orang lain terhadap pendapatnya, selagi mana kedua-dua pendapat itu masih di atas garis hukum dan tidak melanggar syariat. Bersabarlah dengan dakwaan kawan-kawan ukhti itu kerana ustazah yakin ukhti mempunyai fatwa hati tersendiri.
Pesan Nabi, “Mintalah fatwa pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah. [H.R. Ahmad dan al-Dârimî]

Apakah hukum meletakkan gambar sopan dan menutup aurat di facebook?
Sesetengah orang menempelak muslimah yang berdakwah dengan gambar, drama, filem, buku, ceramah umum, video-video kreatif, facebook, blog dan sebagainya dengan hujah matlamat tidak menghalalkan cara. Persoalannya, apa yang tidak halal dengan cara ini? Adakah ia sesuatu yang disepakati haram oleh semua ulama’?

Perbahasan tentang isu ini dikiaskan dengan perbahasan hukum muslimah membuka wajah. Ianya adalah soal khilaf. Jumhur ulama mengatakannya harus. Keharusan itu terpakai kepada semua bentuk samada muslimah berada dalam surat khabar, kulit buku, video, televisyen dan sebagainya.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.” Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman keemasan umat ini. (Rujuk buku Wanita Dalam Fiqh al-Qaradhawi)

Hal ini bergantung juga kepada niat. Urusan niat seseorang adalah urusannya dengan Allah. Terpulanglah samada kita memilih untuk berbaik sangka dengan niatnya atau berburuk sangka dengan niatnya itu, semuanya bakal dihisab Allah. Kutukan-kutukan berupa sengaja ingin dipuji, sengaja nak tunjuk cantik dan sebagainya itu, semuanya akan diadili oleh Allah SWT samada benar atau tidak. Pesan Allah SWT di dalam al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar dari sangkaan-sangkaan, kerana setengah dari sangkaan itu ada mengandungi dosa.” (al-Hujurat : 12)

Sesuatu Yang Harus Ada Kebaikan dan Keburukan.
Tabiat sesuatu yang hukum asalnya adalah harus, mempunyai kebaikan dan keburukan. Kita berhak mempertimbangkan mana yang lebih mendatangkan banyak kebaikan dan mana yang lebih banyak mendatangkan keburukan. Contohnya, makan kek yang manis adalah harus. Kebaikan kek ialah ia boleh mengembirakan orang pada hari-hari istimewa kerana rasanya yang sedap. Keburukannya pula, ia boleh memberi risiko kegemukan, kencing manis dan sebagainya. Maka, bolehkah kita melarang orang memakan kek? Ataupun, bukankah lebih hikmah jika kita tidak menghalang orang makan kek, sebaliknya, memberi panduan bagaimana berpada-pada makan kek dengan aturan dan caranya yang sesuai.

Luaskan yang Halal, Sempitkan Yang Haram.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram. Kerana kita tidak diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil, melainkan kita harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang sahih dan sharih (jelas) atas diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas (bandingan terhadap sesuatu yang serupa, contoh dadah di qiyas dengan rokok) yang jelas illat nya (sebab) terhadap nas.

Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa. Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun. (Al-Maidah: 101).

Rasulullah SAW bersabda, “Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.” (Muttafaqun a’laih ). Berdakwah Dengan Kemajuan Teknologi. Berbalik kepada isu meletakkan gambar muslimah di facebook, spesifiknya gambar sopan dan menutup aurat, ustazah hormati muslimah yang tidak melakukan hal ini. Begitu juga muslimah yang tidak mahu terlibat dengan dakwah melalui video, ceramah umum, televisyen dan sebagainya. Mereka berhak mempunyai hujah dan fatwa hati tersendiri.

Ustazah pula mempunyai hujah dan fatwa hati ustazah tersendiri. Ustazah tertarik dengan kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi apabila beliau membahaskan tentang harusnya muslimah membuka wajah, beliau berkata, " Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”

Risiko kemungkinan disihir bukan hanya terjadi kepada muslimah yang meletakkan gambar di facebook semata-mata malah kepada setiap manusia. Perisainya ialah hidup dengan cara hidup Islam dan melazimi zikir-zikir terpilih daripada al-Quran dan as-Sunnah. Risiko difitnah pula bukan hanya terjadi kepada muslimah yang meletakkan gambar di facebook semata-mata malah kepada setiap manusia. Perisainya ialah terus hidup dalam tarbiah (suasana mendidik) dan tetap berdakwah,
insya-Allah sekalipun difitnah, akan dibela Allah SWT.

Zaman Berubah, Pemikiran Wanita juga Boleh Berubah Selagi Dalam Batas
Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”

Beliau berkata lagi, “Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah.”

Bagaimana jika lelaki memandang dengan syahwat?
Antara risiko lain bagi wanita yang mendedahkan wajah ialah takut-takut lelaki fasik memandangnya dengan syahwat. Mari kita teliti perbahasan ulama berikut: 

As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”

Perintah menundukkan pandangan dalam konteks ini ditujukan kepada lelaki tersebut. (Wanitapun kena tundukkan pandangan tapi tidak wajib menutup wajah dan mukanya dalam konteks ini). Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak. Namun, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?

Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”

Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja. Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.

Maslahah Kecil atau Maslahah Besar?
Melihat cantiknya seorang pendakwah wanita dalam media cetak atau elektronik mungkin menyebabkan seorang lelaki terfitnah. Namun, mungkin kehadirannya di arena itu juga menjadi sebab 1000 orang wanita lain mendapat hidayah dengan izin Allah SWT. Mutiara ilmunya, pakaiannya, budi bahasanya dan apa-apa yang dia tonjolkan secara langsung menjadi ikutan, bukan sekadar mendengar teori tanpa gambaran yang jelas. Patutkah kita hanya memikirkan maslahah yang sedikit hingga mengabaikan maslahah yang lebih besar?

Pengalaman hidup saya sendiri ketika di alam remaja, saya dahagakan idola. Saya sedar, idola paling utama ialah Rasulullah SAW. Selain itu, tokoh-tokoh wanita yang masih hidup turut mengesani peribadi saya. Seperti kebanyakan remaja lain, saya ingin melihat idola saya itu berkata-kata secara langsung, berperibadi di depan mata dan menunjukkan contoh dengan perbuatannya. Bukan itu sahaja, saya mahukan gambar idola saya itu disemat di dalam dompet agar saya dapat mencontohinya. Saya bersyukur apabila menemui gambar tokoh pejuang seperti Zainab al-Ghazali. Begitu juga gambar puteri sulung Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Ilham dan sebagainya.

Muslimah yang tidak meletakkan gambar di facebook atau meletakkannya, masing-masing ada fatwa hati, dan ada niat suci tersendiri. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mempunyai tujuan. Masing-masing mengikut garis hukum dan menutup aurat. Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik, tidak berpecah belah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.



Habis..... So macam mana? Boleh je nak letak janji tutup aurat dengan sempurna. Tak nak letak pun tak apa. Lebih baik tak payah letak.. Hehehehe Terima Kasih Membaca..

Blogger Syok Sendiri..



Semua dah tidur.. Bunyi cengkerik kedengaran.. Krik krik krik..

Assalammualaikum semua.. Fuhh penat lelah bersihkan blog ni ah.. Aah.. bersihkan blog.. Delete entry yang tak masuk akal, tak ada kene mengene, tak matang, entry bergambar ape ke benda entah, entry mengarut.. and bla bla bla.. Bila aku baca-baca balik, alahaiii malunya bila orang baca. Segan. (Okay tutup muka kejab) Kejab je lah. Lepas tu bukalah balik, kalau tutup, macam mana nak update blog..



Daripada entry 4++, sekarang tinggal 1++. Dengan laptop yang serba lembab ni, (tapi Alhamdulillah lah boleh guna) terpaksalah juga hadapnya. Mana yang berkenaan semua aku dah padam. Bila baca entry yang dah lepas-lepas, ayat rasa melampau pun ada. Ada lah juga hampir-hampir nak tampar muka sendiri.. Hahaha anomnomnom. Mana nak letak muka..

Bila dah besar ni, dah matang, better than before, dah boleh fikir mana yang betul mana yang salah, mana yang elok mana yang tak elok, mestilah malukan. Mungkin sebab baru buat blog and semangat lain macam. Mana tak lain macamnya! Tiap-tiap hari muka aku je update blog. Hari ni update blog, esok update lagi. Pendek kan cerita, semua bendalah aku nak update! Kalau tak tahu nak update apa, mesti cari contest. Kalau tak ada contest, carilah apa-apa tajuk untuk dijadikan entry blog. Sanggup pulak tu.. Okay zaman tu adalah zaman Syok Sendiri.. Malu k malu..



Umur pun dah meningkatkan. So aku rasa, sepatutnya aku delete semua benda yang tak sepatutnya, and mulakan yang baru and aku tahu, readers pun naik meluat plus menyampah baca blog aku atau korang kalau over sangat. Naik menyampah!

Lagi-lagi blog yang ada banyak segmen.. Banyak segmen daripada entry.. Ni blog personal ke blog untuk contest. Hilang mood nak baca blog dah! Blog dah lawah dah! Meletop-letop. Tapi tak akan nak bagi baca 'contest' je kowt? Come on! Contest yang lepas-lepas tu, delete je lah.. Yang rasa dah berkurun lama, and patut delete, delete je terus.. Blog aku? Tak ada apa yang menariknya pun.. Biasa jek.. Cukup untuk aku ceritakan pasal life aku saja..



Mungkin sebab tak rasa macam apa yang aku rasa ni? Lama-lama nanti rasalah.. Oh ya! Dah nak bertemu Nisfu Syaaban. Tak lama lagi Ramadhan.. Semoga kita dapat bertemu Ramadhan.. Assalammualaikum

Contest Saya Nak Hadiah By Syahirah Valiant!!!

KLIK GAM,BAR DAN JOIN CEPAT!!
Lebih 20 Pemenang yang dicari.. Sementara korang ada masa ni, tak ada keje kan.. Baik join.. Manalah tahu rezeki korang ke? Hadiah pun akan bertambah kalau contest ni dapat sambutan tau.. jomlahh banyak hadiah.. SENARAI HADIAH !


Due Date : 17 May 2015 - 17 June 2015


Kita Tak Sama..

DIAM….
Itu adalah salah satu cara terapi diri aku bila aku terlalu sakit hati..
Itu adalah salah satu cara untuk aku lepaskan segala rasa yang terpendam..
Itu adalah salah satu tips untuk meredakan perasaan aku..

BUAT TAK TAHU….
Bila orang buat aku, aku mengambil keputusan untuk membuat tak tahu saja..
Bila orang hina, mengumpat, tak puas hati dengan aku, aku memang buat tak tahu je…
Aku tanya korang.. Apa yang aku dapat kalau aku balas membalas? Tambah rasa sakit hati je..
Baik aku buat tak tahu je…

BERMONOLOG….
Aku memang suka cakap sorang-sorang..
Aku memang suka termenung sorang-sorang..
Aku memang suka cakap dalam hati..
Aku memang suka duduk sorang-sorang..
Aku lebih suka berdiam…
Mungkin sebab tu orang panggil aku pendiam..
Tapi hakikatnya aku bukan pendiam..
Kawan yang rapat dengan aku, mesti kenal aku..

TAK BANYAK CAKAP…..
Aku memang tak banyak cakap..
Aku bukan yang pot pet pot pet...
Orang memang suka usik aku..
Aku hanya mampu ketawa dan tersenyum.. ketawa dan tersenyum.
Tu je yang aku mampu..
Aku memang ramai kawan banyak cakap.. sebab aku tak banyak cakap..
Kawan baik aku cakap, siapa nak kawan dengan aku, kene ada topic untuk cakap dengan aku..
Kalau tak, kau diam, aku pun diam.. Dunia serta merta macam cengkerik.. Krik krik..

MALAS…
Malas aku, bukanlah malas yang nak buat kerja rumah, masak atau sebagainya..
Malas yang aku maksudkan ialah… aku malas nak ambil tahu kisah orang.. Kisah orang yang macam mana?
Kisah orang yang sakitkan hati aku..
Aku malas nak ambil hati bila orang sakitkan hati aku..
Aku malas nak berdendam..
Aku malas nak marah-marah..
Aku malas nak masuk campur..
Aku malas nak bergaduh..
Aku malas nak besar-besarkan masalah.. Even masalah besar sekalipun, aku akan cuba bawa berbincang dan kecilkan..
Aku malas nak fikir pasal orang yang cari masalah dengan aku sebab aku tahu aku tak dapat apa..
Aku malas nak melatah… Malas…
Maka aku pilih untuk berdiam…

TAK KISAH..
Aku tak kisah..
Aku tak kisah apa orang nak buat pada aku..
Aku tak kisah apa orang nak cakap, nak mengumpat, nak hina, so, go on.. sebab aku tak kisah..
Aku tak kisah orang nak buat apa…

TAPI…..
Bila sampai satu masa, mungkin aku diluar kawalan, aku akan cakap selamba badak aku tanpa fikir perasaan orang…
Bila sampai satu masa, aku akan lepaskan apa yang aku nak lepaskan bila orang tu mula terus menerus cari gaduh dengan aku.. dan waktu itu, aku bukanlah aku.. aku umpama orang lain dalam api kemarahan.. Even aku marahkan orang sekalipun, aku tak akan minta maaf pada orang yang sakitkan hati aku….
Bila sampai satu masa, mungkin aku tidak tahan dengan apa yang aku pendam, aku akan menangis menangis dan menangis sebab terlalu sakit sangat…




I Love Blogging "Aku adalah Aku"



Alhamdulillah.. Cuaca mendung dan terasa sejuk sikit.. Cool.. Dalam beberapa hari ni, tak hujan pun.. Hujan pun kejab je, lepas tu okay balik. Kalau tak hujan pun, mendung jek.. Kalau tak hujan and tak mendung, malam mesti sejuk lain macam. Hah macam tulah cuaca sejak akhir-akhir ni, tak stabil.. Mungkin nak hadirnya bulan Ramadhan? Ramadhan kan maksud dia panas terik.. Ya Allah.. Temukan aku dengan Ramadhan-Mu.. Jujur.. Aku rasa tak sabar.. Hahahaha.. and Im really hope, puasa tahun ni kasi full terus! Wahhhh..



Aku suka penulisan.. Baca blog orang, blogwalking kan, bila ada mood baca.. Then, baca.. Bila ada ilham, aku coretkan. Tak kisahlah apa yang ada dalam kepala benak kat kepala aku ni. Hahaha.. Tapi aku ni boleh dikategorikan sebagai cepat bosan lah jugak. Dok tahu kenapa.. Dengan blog, dok la.. Hahahaha Aku suka blogging! I Love Blogging! Why?

Sebab aku boleh share segala-galanya pada semua orang. Walaupun aku bukan macam Lyssa Faizureen, Kak Uzu a.k.a. Emas Putih, Kak Fatin Liyana, Ben Ashaari, Irine Nadia, Yuyu Zulaikha, Haniz Zalikha, Diari Jejaka Hangat, Wanaseoby, peghhh ramai gila aku nak sebut.. Ina Ainaa… hurm ramailah.. Aku memang follow blog diorang. Dan aku follow secara live sekali di Instagram diorang. Sikit jeaku cakap. Memang berbeza dengan hidup aku..



Aku tak ada buat tutorial.. Aku tak nak bagi tips pasal kesihatan atau bercinta ke apa.. Nothing. Taka da langsung.. Aku tak ada buat segmen TIP TOP, ramai sponsor.. Tak ada.. Aku taka da followers yang berkepuk2.. Tak ada. Aku tak ambil coretan diorang. Melainkan aku credit. Aku sukaa tengok perkembangan diorang.. Aku suka.. Kadang-kadang aku terfikir.. “Kalaulah aku macam diorang…” No! In mind set is NO! Aku adalah Aku! Aku nak orang kenal aku sebagai aku sahaja.. Sebab tujuan aku buat blog, untuk share semua pasal aku, life aku, persekitaran, apa yang aku rasa, pengalaman aku.. And everything about me.. Aku nak share penulisan aku..

Jealous? Hey bodohlah aku kalau aku kata tak kan..? Bagus apa jealous.. As motivation for ourself (ohmyenglish). Lagi pun jealous benda baik kan.. Sampai blogger tip top siap peril aku lagi.. Terasa lah sikit.. Hahahahaha but aku tak kisah and tak ambil hati. Sebab aku just gurau and puji.. bukan kutuk.. Itu peribadi aku.. Aku tak nak orang gelar aku sebagai ‘copy caters’.. Eeeeee buruk nau bunyinya kan.. Pleaseelahh… Kan dulu pernah ada kes, yang copy template orang bulat-bulat.. Itu namanya PENCURI! Dosa tau.. So, jangan jangan jangan.. Tak baik.. Kalau tak tahu guna blog, hias2 blog, just guna simple template saja.. senang.. blogskin.. kan?



Ingatkan senang jadi blogger.. Daripada aku mengengsot, lepas tu merangkak, now sekarang aku bertatih-tatih lagi dalam berjalan.. Kadang-kadang jatuh.. dan jatuh. Pageview pun dah berkurang sebab aku dah tak active sangat.. Hurm. One day aku pasti akan balas balik kunjungan korang. Gara-gara laptop aku ni ah.. Macam sibut khinzir.. Geram je tau.. Mula-mula memang laju, lepas tu dia lambat.. Mengada betul.. Nyampah pulak tu.. Tak pe.. Its okay.. Dia nak bermanja-manja.. Kita bagi kan..



Bagi aku, setiap blog ada keistimewaannya sendiri.. Followers ramai sebab owner blog cantik.. Followers ramai sebab tuto yang superb!! Followers ramai sebab banyak tips2 yang berguna. Followers ramai sebab penulisan owner blog tu sendiri.. Followers ramai sebab selalu buat giveaway gempak gila bapak punya! So korang rasa korang takat yang mana? Atau mungkin followers korang ramai sebab korang join segmen blogwalking then orang jenjalan kat blog korang lepas tu follow korang.. Macam tu? Macam tu ke?


Korang rasa korang yang macam mana…?

aku lebih suka update blog
dalam keadaan yang sunyi. tengah2 malam, orang dah tido..
tak pun macam sekarang.. sunyi sepi..
tak ada sebarang gangguan..
hanya aku dan lagu.. :)
the sweet instrumental..


3K : Kekuatan, Ketabahan, Kesabaran.



Kita sangka hidup kita ni indah dengan pelbagai perkara. Datangnya bahagia. Datangnya derita.. Kita meraung, menangisi, mengenangi apa yang berlaku dalam hidup kita. Tanpa kita sedar Allah sayangkan kita rupanya. Allah tidak akan bagi ujian diluar kemampuan kita. Kita boleh.. Cuba pegang dada kita, pejam mata,dan sebut “Aku Kuat, Aku Boleh!”..



Bila aku sakit hati, selalu disakiti, aku lebih suka menangis. Bila dah terlalu sakit kerana pendam lama-lama, maka aku akan pilih untuk menangis. Kadang-kadang, bila termenung, tiba-tiba air mata aku mengalir sendiri sebab terlalu sakit. Yang mampu aku buat ialah dengan Menangis..
Itu cara aku.. Ya, aku mengaku aku seorang yang sangat sensitive, berjiwa lembut, walaupun pada zahirnya aku bukan seorang yang lemah lembut, aku mudah terasa hati, tapi aku tak mudah meluahkan. Aku bukan jenis orang yang terus bagi tahu yang aku kecik hati atau terasa hati dengan orang. Walaupun aku selalu, terasa hati, kerap ambil hati, tapi aku ambil keputusan untuk berdiamkan diri. Itu yang terbaik. Bila dah selalu pendam dan tak dapat nak bending, aku akan menangis. Orang nampak aku kuat. Terutama kawan-kawan aku. Tapi hakikatnya aku lemah. Menangis belakang kawan-kawan aku. Aku tak nak kawan-kawan aku tahu. Kadang-kadang malulah jugak sebab kita tunjuk diri kita yang lemah. Hakikatnya kita memang lemah..



Aku tak tahulah.. Aku mudah menangis.. Bak kata orang Indonesia, ‘cengeng’.. Walaupun orang selalu cakap aku selalu menangis, tapi diorang tak tahu.. Dengan menangis lah yang memberikan aku kekuatan. Dengan menangis lah yang mampu bangkitkan hari-hari aku. Dengan menangislah aku mampu ketawa dan terus tersenyum. Walaupun aku tahu, sakit sangat nak harungi hidup-hidup kita dengan keadaan yang macam ni..

Aku letakkan Allah nombor satu dan paling atas dalam hidup aku. Kalau taka da Kekasih Yang Satu tu, aku mati, aku rebah, aku lemah, aku tersungkur, aku kecewa, aku merana, hidup tak terurus.. Setiap kali selepas menangis, aku sentiasa ingatkan diri aku.. Sentiasa ingatkan diri aku “Tiada Duka Yang Abadi Di Dunia”. Aku kene kuat. Kau kene kuat. Kita kene kuat. Sesukar mana pun kehidupan kita, kita kene teruskan juga walaupun terseksa.



Aku tak suka cerita masalah aku kat kawan-kawan. Yela, lagi pun aku suka pendam, so buat apa aku nak cerita pada orang? Selalunya kalau aku cerita pun, benda yang bukan terlalu peribadi. Kalau aku ada masalah yang serius pun, aku diam kan je. Aku tak pernah minta Allah ubah kehidupan aku. Aku tak pernah tanya Allah kenapa terjadi macam ni. Aku tak pernah minta kemewahan daripada Allah. Aku tak pernah minta kekasih yang sempurna atau kehidupan yang lebih baik daripada Allah.. Nak tahu tak apa yang selalu aku minta daripada Allah? Aku hanya minta KEKUATAN, KETABAHAN dan KESABARAN.. Kalau tak ada tiga perkara tu, aku mati.. Hati aku mati.. Tak ada jiwa.. Aku amalkan doa tu daripada dulu, sampai sekarang. Dan tak pernah miss!


Nak tahu kenapa? Sebab bila kita minta kemewahan, kesenangan, kekasih dan kehidupan yang sempurna, dan bila Allah turunkan dugaan pada kita, kita akan jadi lemah.. tak kuat untuk tempuh.. Sebab korang minta tu, memang  lah dapat tu? Cuba minta kekuatan, ketabahan dan kesabaran, in shaa Allah kita akan dapat tempuh walau macam mana keadaan sekalipun.. Allah tu Maha Adil wehh… Percayalah…