Kepala botak fikir masa depan..



Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Selamat malam but wait!! Jangan tidur dulu. Dengarlah cerita beta yang tak seberapa ni.. Alahaii ayat.. Tapi kalau tak nak tak apalah.. Hahahaha Ayat pasrah bin redha..

Sekarang ni nak belajar pun susah kan.. Sebab apa? Sebab niat.. Contoh dia macam ni..
“Lemahh aku esok nak examlah..”
“Esok sekolah lah pulak…”
“Esok ada kelaslah pulak.. Dah lah lecture tu mengantuk! Bosan! Lahaii….”
“Penatlah belajar ni… stress aku…”

Wehh korang! Sebenarnya aku pun samalah.. Dua kali lima jek.. Kita semua sama jek. Sebab apa? Sebab niat tak betul.. Belajar nak tuntut ilmu kerana Allah.. Bukan belajar semata2 nak dapat A, nak berdepan dengan exam, sebab nak ada kerja bagus, nak jaga ‘market’, sebab nak gaji tinggi.. ya Allah.. Aku termangu kejab.. Terdiam aku.. Terteguk air liur.. Perisa kopi.. Hahahahaha Niat tak betul.. Memang lah.. Ada orang frust gila menonggeng tak tegak-tegak..sebab apa? Sebab fail! Kene tendang U.. Result teruk and memacam lagi lah.. Tanya diri tu dulu, belajar sebab apa? Untuk apa belajar? Kerana apa?



Orang yang belajar kerana Allah taala, bila dia fail, kene tending, and bla bla bla, dia akan tenang.. Mungkin sedih sikit.. Tapi dia percaya rezeki Allah.. Belajar sekarang makin susah korang.. Nak masuk U, muet kene band 3.. Result 3.00 ke atas.. Lebih cerah.. Allahu Akbar.. Syarat2 nak masuk U pun dah semakin ketat tau.. So, macam mana korang? Apa plan korang lepas ni? Terutama adik2 yang nak sambung belajar..

Memang lepas masuk U.. Siapa yang ada rezekilah.. Baguslah.. Then, korang ingat 100 orang yang masuk U tu, 100 orang graduate ke? Nope! Mungkin 50 orang  je yang graduate? So, ptptn macam mana? Orang yang dah graduate tu ramai yang still menganggur tau.. tak ada keje.. ada yang kos lain, keje lain.. Sebab apa? Sebab silap pilih kos.. Sekarang orang xpandang DIPLOMA lagi dah.. Degree dank e atas! Hishh memacam lah.. Aku sendiri pun tak fahamlah hidup ni nak yang macam mana.. DIP tu sama je sekarang dengan STPM dengan SPM.. Sikit lebih kurang jek.. Beza pun, alahhhhh cenonet jek…




Benda yang paling penat bagi aku sepanjang hidup aku ialah masa depan.. Semua akan mula fikir masa depan.. Agak-agaknya 5 tahun lagi, korang jadi apa ea? Cuba fikir.. Hidup kalau tak ada matlamat, mati la nakkk… Tapi betul lah.. Susah lah hidup sekarang. Taraf hidup pun semakin meningkat. GST lagi.. Kesian kat orang-orang yang susah tu.. Macam manalah diorang hidup kan.. Yang kaya bertambah kaya.. Yang susah bertambah susah.. ya Allah… Apa nak jadi ni.. Hurm.. Masa depan wehh…

1 comment:

  1. ok baiklah.. ape2 pon terjadi kat belakang.. harap kite tetap move on.. teruskan cita2.. the beginning is alwayz hardest

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..