Hidup Ni Tak Pernah Nak Puas kan?

Assalammualaikum.. Dah lama tak berblogging.. Hai hai hai.. Hello hello hello.. Harap korang sihat selalu.. Alhamdulillah! Hebat! :D Trademark aku, Hebat!

Tadi dah check pointer keseluruhan STPM 2014. Memang paras2 hidung jek.. Sikit je lagi nak tenggelam.. Alhamdulillah tak tenggelam. Hahaha result sem yang memburukkan result keseluruhan aku ialah sem 3. Memang teruk.. Jatuh gila.. Tapi mampu repeat dua paper jek. Sebab duit tak ada. Tak apalah mungkin ada hikmah. Mungkin kalau aku repeat empat paper tu diluar kemampuan aku. Aku redha je lah.. Cemburu tengok result kawan2 yang lain, result budak pendek tu.. Hurm.. Kalau boleh aku nak lebih lagi.. Mungkin sebab aku tak pernah dapat result teruk sampai macam tu sekali.. Sebab tu aku down gila bila aku dapat result sem 3.. Dan disebabkan tak pernah, mungkin Allah nak uji aku.. Ya Allah! Lemahnya iman aku! Mudahnya aku jatuh tersungkur! Bangun jia bangun! Buka mata tu besar2! Ini semua DUNIA! Ini Semua Ujian! Allah sedang uji keimanan aku.. Ni pun masih merangkak2 lagi nak bangun.. Hurm..



Manusia ni tak pernah puas dalam hidup dia.. Dah kaya, cari duit lagi.. Dah ada duit, nak tambah lagi.. Dah ada harta, nak cari lagi.. Dah pandai, belajar lagi.. Dah ada degree, sambung master, sambung phd.. Dah ada result baik, nak lagi.. nak lagi lagi lagi dan lagi.. Mungkin sesetengah mereka yang tak bersyukur. Mungkin juga sesetengah mereka yang bersyukur tapi nak jugak! Peluang depan mata kan? Tak akan nak biar jek? Dah ada banglo, 3 moto, 4 biji kereta.. Bila nampak emas tepi jalan, agak2nya nak biarkan ke atau nak ambil? Mesti nak ambil kan? Pantang ada peluang.. Yela zaman sekarang “Jangan lepaskan peluang yang ada depan mata kita..” Memang manusia tak pernah nak puaskan.. Kalau boleh nak lagi.. Nak lagi…


Dan manusia itu termasuklah aku.. Tengah tunggu nak exam repeat Ulangan Sem 3.. Berdebau.. Next week last.. Pas tu exam! Allah! Aku nak yang lebih baik sebab aku tahu diri aku teruk. Aku sedar diri. Aku tak pandai.. kbye... Ayat cliche.. hahahaha


Pasrah Redha Berserah..

Assalammualaikum! 

Seminggu je aku kerja kat Dataran Pahlawan. Peghh sumpah penat.. Banyak benda nak kena ingat nak kena hafal lagi, nak kena susun lagi. Dekat sebulan jugak lah aku dah lama tak update blog. First sebab kepala aku stuck! Tak tahu nak update apa.. Kedua sebab aku busy dengan kerja and penat gila. And third is aku frust gila..

Tahukan result penggal tiga stpm 2014 dah keluar minggu lepas? Masa aku exam penggal satu dulu result aku boleh lah tahan. Aku boleh lah accept lagi aw. Penggal dua result aku, aku boleh sabar lagi and boleh accept.. Tapi bila tiba penggal tiga, nak luruh jantung aku weh..! Serius! Waktu tu aku tengah kerja. Aku memang rasa macam nak bunuh diri.. Aku tenung je gunting besau kat depan mata aku. Kalau aku tak ada iman, dah lama aku bunuh diri.. Peghhh siapa yang tak tahan bila dapat tahu result dia macam tu weh.. Tambah masalah dengan sorang lagi ni. Lagi benak kepala otak aku.. Kadang-kadangkan belajar ni boleh buat aku jadi gila tau!

Kalau memang tak boleh terima sampai sekarang.. Aku tak boleh terima result aku macam tu. Sebelum tidur, rutin aku, aku memang menangis sebab kenangkan result aku tuh. Baik duduk dalam hutan.. Senang! Tapi entah-entah monyet, beruang, singa, harimau pun pergi sekolah tak? Banyak benda kene berlajar. Pakwe aku cakap jangan putus asa.. Kita semua pandai. Aku tahulah result kau okay.. Senanglah cakap. Kau tak berada kat tempat aku.. Solotep mulut kau kanggg! Geram je aku.. Bosanlah! Nasihat benda yang sama jek.. Tak ada ke benda yang lain.. Stress! Tension!


Tiba-tiba je tadi, tangan aku gatal sangat pergi google and search ‘Cara mengatasi kegagalan’.. Banyak lah juga tips. Lega sikit hati aku. Lepas tu aku buka MPM balik. Tatap sampai lebam result aku. Baru dapat balik semangat tu. Hidup ni penuh dengan pancaroba kan.. Kenapa ek? Kenapa nak belajar pun susah? Hurm.. Serius aku tertekan sangat. Kerja aku lepas dapat result, menangis menangis menangis.. Aku ni budak lembik. Aku ni budak kuat menangis.. Lemah.. Pakwe and ibu aku cakap aku ni macam budak kecik.. Geram je aku.. Aku tak tahulah kenapa.. Sakit dia sampai sekarang terasa. Stress..!