Jangan jadi BODOH sebab CINTA..

Assalammualaikum.. Hari tu dok cakap soal kerja kat kantin, terus tak jadi.. Aik? Buka2 cerita je terus cakap soal tak jadi kerja kantin. Kenapa tok sah lah tahu.. Kah3 Kamu semua macam mana? Tempat kamu? Banjir lagi ke tidok? Banjir lagi tu jangan dok gatai2 main air na.. Jaga anak masing2.. Huhu loghat mana tah.. Hahahaha harap korang sihat ye dak? Musim sejuk pun dah datang semula kan..  Rasa macam kat Londoonnn..! Hahahaha Alhamdulillah Nuna sihat. Harap yang baca blog Nuna ni pun sihat selalu. Jaga makan tau. Minum air masak bebanyak. Sekarangkan musim hujan. Alhamdulillah ramai sangat sukarelawan yang membantu mangsa banjir.

Jangan lupa juga kepada pesawat Air Asia Indonesia dan MH370.. MH370 tak terhempas pun! Dah jumpa dah. Hang semua tahu kan.. Yang penting AS terlibat sama dalam kehilangan pesawat MH370.. Korang pun cakap lah “Eeeee Nuna! Beraninya hang cakap kat tempat public macam ni.. Tak takut kaa…..?” Huh! Sebab sayangkan Negara dan simpati terhadap mangsa keluarga lah Nuna berani cakap.. Hadoi.. PM kalau accept TPPA tu, masaklah Negara kita ni oiii….

Hishhh Nuna bukan nak habakk soal tu lahh! Ni cerita yang latest jugalah yang Nuna jumpa kat Facebook. Kes budak perempuan gantung diri. Sebab apa? Sebab putus cinta.. Hadoiii! Nuna paling tertarik ada satu komen ni tau..
“Kita doakan je lah dia. Kita pun tak rasa apa yang dia rasa and kita pun tak berada ditempat dia.”
Anything wrong with that comment? Kenapa perlu bagi komen yang macam tu? Seolah-olah macam nak menggalakkan lagi orang gantung diri. Sebab Cinta pulak tu! Haishhh..

Siapa yang add Nuna kat facebook, mesti follow status Nuna kan.. Kalau kita meletakkan Allah yang paling utama serta yang paling atas dalam hati kita dan hidup kita, in shaa Allah hidup kita lebih selamat dunia dan akhirat. Salah satu punca utamanya ialah sebab tu lah! Tidak meletakkan Allah sebagai kekasih kita yang paling utama. Astaghfirullah.. Sampai nak gantung diri pulak tu. Nasib baik tak patah kipas siling tu.. Kuat pulak tu..

Lelaki atau perempuan kena main peranan. Jangan bagi harapan yang menggunung sebab kita sendiri tak tahu sama ada dia menjadi milik kita atau tidak. Kalau tak pasti kenapa nak bagi harapan?? Tak baik tau seksa perasaan orang… Yang perempuan ni pulak mudah cair, hati lembut macam kapas, and terlalu sangat memberi dan menyerah. Please lah.. Kita perempuan tau.. Janganlah sebab putus cinta kita pun nak gantung diri. Nerakalah jawabnya.. Ada maruah kan? Jagalah sebaik-baiknya. Sebab tu Allah ciptakan rasa malu dalam diri kita!

“Jangan jadi bodoh! Jangan jadi bodoh disebabkan seorang lelaki yang belum tentu menjadi milik korang.” Nasihat tu Nuna pegang start daripada Nuna bercinta. Kawan lelaki Nuna yang nasihatkan Nuna tau. Dia yang ingatkan Nuna sebab dia lelaki and dia tahu lelaki macam mana and dia tak nak tengok kawan dia yang sorang ni dipermainkan atau sebaliknya. Maka jawapannya JANGAN JADI BODOH. Kita perempuan tau..


Tak salah kalau nak bercinta. Tapi kena jual mahal sikit and jangan bagi muka sangat. Yela! Bila pakwe korang dah buat macam2, perempuan siap masuk bilik menangis meraung sana, lepas tu lelaki tu pulak buat dono jek.. Yang penting nak perempuan tu melutut depan dia and mengalah. Memang tak semua lelaki macam tu but itulah yang terjadi sekarang. Jangan jadi bodoh okay? Jangan jadi hamba cinta. Nanti hati korang yang merana. Dalam bercinta memanglah ada pasang surutnya. Nuna pun. Bergaduh bergaduh bergaduh. Tapi tak adalah Nuna nak menyerah macam tu jek. Dah tahu salah, minta maaf. Tu jek! Nuna cakap atas dasar pengalaman dan apa yang Nuna lihat depan mata kepala Nuna sendiri.. J

Boleh nak mengalah tapi agak2 sikit..

1 comment:

  1. betul tu...tak boleh senang senang bg perasaan kat lelaki...

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..