Kepada Allah Aku Berserah..


hai hai hai! Anyeong! Apa habak? Dah lama tak bercerito naa.. Cepatnya masa berlalu.. Sekarang dah bulan disember. Next year, dah tahun baru, 2016 pulak tu. Mak oii.. Makin meningkat umur aku, makin meningkatlah berat badan aku. Hahaha

Semalam jalan-jalan dengan Team Taska Manja Faira Safwa di Kuala Lumpur.. Pergi ice skating kat IOI City Mall dengan I-City Water World! Hujung minggu kan.. Biasalah! Ramai gila weh! Aku pergi water world pun bukannya mandi pun. Masuk, duduk je.. Malu lah nak mandi. Even pakai tudung pun, tutup dada, ke hulu ke hilir nanti orang pandang susuk tubuh kita, dengan baju yang basah melekap kat badan! Peghh mengancam..! *pandangatas Itulah sebabnya aku tak join mandi sekali. Ice skating aku tak pandai dan takut nak main. Aku dah lah tak pernah main. Lepas tu, ramai pulak orang. Kang aku lambat sikit, orang langgar aku macam mana? Hah! Aku dah lah tak reti. Haha

Alhamdulillah.. Aku ada dapat temuduga. Temuduga apa? Temuduga apa tu, aku tak boleh nak bagi tahu lah. Karang tak jadi kang, buat malu aku saja. Tentulah kerajaan. Andai kata aku dapat and pass temuduga tu, aku akan bagi tahu okay. Nak minta korang doakan supaya semua berjalan dengan lancar. Berdasarkan pengalaman aku. ini kali yang ke tiga aku pergi temuduga. Frist and second, SPA. and Third.. shhhh secret.. Ni pun aku baru je lepas study sesikit. Belum secara menyeluruh lagi lah. Aku ni ada masalah sikit tau. Aku kalau dah nervous, takut, nanti bila nak jawab soalan panel, dengan secara tiba-tibanya aku akan cakap laju gila dannnn gagap! Okay ni yang aku paling tak suka dan takut sangat kalau jadi sekali lagi! Gagap bila nervous weh.. Ada tips tak? Kadang, perut tiba-tiba memulas, rasa nak terkucil lah, tekak kering lah. Eyyyy tak faham aku.. Pleasee korang.. Ada tips tak? Komen link blog tips sikit..

Ibu akulah yang nampak gembira bila aku dapat temuduga. Temuduga je ibu. Dapat ke tak dapat ke, aku pun tak tahu. Berserah je lah pada Allah. Siapa je yang tak nak sambung belajar kan? Semua orang nak. Ada abang senior cakap second intake, confirm dapat. Betul ke? Confirm ke tak, aku tak boleh mengharap sangat sebab aku sedar kedudukan aku macam mana. Tapi yang penting, Ibu, Jia akan cuba buat yang terbaik untuk kali ketiga ni. Doakan aku.. Kepada Allah sahaja aku berserah..

Kau Pernah Jatuh?

"Wahai sahabat, benar! Saat mengingati Allah, jiwa pasti menggapai ketenangan, kerana janji Allah yang terpatri itu benar bahawa "hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang" moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. Allahumma Amin. "

Jatuh yang aku maksudkan ini bukanlah jatuh tangga, jatuh naik basikal, atau jatuh sebagainya. Tapi kau mula jatuh bila masalah datang lalu menimpa diri kau. Kemudian kau jadi lemah longlai, tidak terdaya dengan segala apa yang telah kau lalui.

Kau umpama manusia yang hilang akal, hilang hala tuju, manusia yang menangis dan terus meratapi apa yang berlaku.
Sehingga kau tidak mampu untuk bangun semula.
Terkadang manusia seperti kau ini mudah lupa pada pencipta.
Bila datangnya bahagia, lupa pada Allah..
Bila datangnya dugaan, lagi kau jauh lagi dari Allah.
Semua itu adalah ujian..
Tapi bukankah ujian itu menguatkan kita?

Biar aku kongsikan kisah benar tentang aku yang pernah jatuh tersungkur. Kita semua manusia yang lemah yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sedangkan kau dah solat bagai nak rak. Tapi hakikatnya HATI kau jauh daripada Allah. Jauh sekali. Nah! Jelas bukan? Allah membolak-balikkan iman kita. Iman! Iman kadang diatas.. Kadang dibawah.. Maka kita yang mesti kawal iman kita dan jangan biarkan nafsu yang kawal diri kita sehingga kau lupa pada yang Maha Pencipta..

Kalau kau tanya siapa insan yang paling betuah, aku akan jawab akulah hamba Allah yang hina paling bertuah atas muka bumi Allah ni. Kenapa? Kerana Allah memberikan dugaan yang cukup setimpal pada aku sehingga aku berubah ke jalan yang penuh berkah dan kerana dugaan itu lah, aku menjadi diri aku yang lebih baik.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat.. Setiap apa yang berlaku ni memang ada hikmah. Tinggal kita je yang nak cari apa hikmah tu.. Tang hikmah tu, yang paling aku suka sangat sebab Allah dah susun cantik-cantik jalan cerita kisah hidup kita.. Subhanallah.. dan aku yakin sekarang aku rasa better then before.. and how i solved the problem?

Sebenarnya semua ini bergantung kepada kemampuan diri kita sendiri sebab kita yang kawal diri kita, kita yang tahu tahap kemampuan kita takat mana kan. First, jangan lupa pada Allah. Jangan tinggal solat, doa banyak-banyak. Macam mana kita nak cari ketenangan? Ingat Allah! Macam mana nak hilangkan kerunsingan? Ingat Allah! Macam mana nak hilangkan kesedihan? Ingat Allah! Macam mana nak atasi kesulitan? Maka, Ingatlah Allah! In shaa Allah, atas izin Allah, semua itu akan hilang. Allah tu Maha Besar tau. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kalau dah buat, tapi masih ada rasa gusar, runsing, sedih dalam diri kita, teruskan buat.. Buat, buat dan buat.. Jangan tinggal! Lambat atau cepat, percayalah. Allah sedang menguji hambaNya.. Dia rindu nak dengar rintihan hambaNya yang jahil lagi hina..

Second, baca Al-Quran! Take a time! 30 minit! Dua tiga surah! Pegang handphone sampai berjam-jam boleh kan.. Tak akan pegang kalam Allah tu 30 minit pun tak boleh? Nuna sarankan selepas maghrib, jangan bangun daripada sejadah, jangan tanggalkan telekung tapi terus capai al-Quran, baca dulu, kemudian fahamkan dengan baca makna sekali. Sementara tunggu isya tu kan, hah baca lah al-Quran. Sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit. Makin lama kau buat macam apa yang aku cakapkan ni, makin kau akan terasa kemanisan iman tu sendiri, dan kau akan rasa seronok melakukan ibadat. Tanpa kau sedar, kau dah perolehi ketenangan.. :)

Third, tanamkan sifat diri sendiri.. Sayanglah diri kita sendiri.. Jangan bagi diri kita menangis.. Jangan bagi orang sakitkan hati kita.. Jangan bagi diri kita mudah jatuh.. Kita kena kuat.. Kena cekal.. Kena tabah. Sebab semakin kita dewasa, kita akan jumpa macam-macam ragam manusia. Jangan mudah melatah bila dugaan datang melanda.. Jangan.. Kena sabar banyak-banyak. Kena istiqomah. In shaa Allah..

Apa yang perlu kamu kurangkan? Kurangkan dengar lagu, lagu jiwang2, lagu kpop (bukannya tak boleh, boleh. tapi kurangkan dan lebihkan zikir) dan perbanyakkan dengar zikir penenang jiwa.. Selepas kamu follow tips yang aku bagi ni, bila kau dengar zikir penenang jiwa, straight kau akan menangis tanpa sebab.. Sedih.. Sedih sebab mengenangkan dosa.. Hati kau tiba-tiba jadi sayu.. Jujur aku cakap, kau masih ada Iman. Cuma kadang kita ni lalai, alpa dan leka dengan dunia.. Hati kita ni jauh daripada Allah.. Istighfar banyak-banyak..

Apa yang aku bagi tahu dan kongsi pada korang ni atas dasar pengalaman aku sendiri.. Alhamdulillah.. Aku berusaha pungut sendiri satu persatu iman aku yang berderai.. Aku jatuh tersungkur.. Tapi aku bangun sendiri.. Aku buat sendiri.. Memang tak ada siapa yang tolong aku melainkan Allah.. Percayalah. Waktu kau senang, susah, bahagia, sedih, jangan lupa pada Allah. Pleaselah.. Jangan lupa..


Title : Angin Hidayah-Mu
 Perjalanan hidup aku..
Sangat berbeza dengan perjalanan hamba-hamba yang lain..
Subhanallah.. Allahu Akbar..
Jujur..
Aku bersyukur sangat dengan apa yang telah Allah tentukan dalam hidup aku..
Memang benar..
Allah timpakan sengsara dan derita sebelum ini..
Dan aku jatuh lemah serta meratapi apa yang berlaku..
Lalu, tanpa aku sedari..
Allah datangkan kebahagiaan, kemanisan iman dan ketenangan yang tidak terhingga..
Aku bersyukur
Aku bersyukur kerana Allah datangkan ujian dahulu... Kemudian, Dia beri nikmat ketenangan yang tidak aku jangkakan..
Perubahan demi perubahan yang berlaku pada aku.. Semua berlaku dengan perlahan-lahan..
Alhamdulillah..
Ujian yang membawa kesan positif pada diri aku..
Sekarang.. Ini aku yang baru..
Aku yang dulu, hanya tinggal pedoman sahaja..
Alhamdulillah..
Aku insan yang bertuah..


Dilema Student : Pinjaman



Assalammualaikum semua!

Sihat? Alhamdulillah. Aku pun sihat. Cuma sejak kebelakangan ni, sakit tekak, suara berubah dan akhir sekali batuk bertalu-talu.. Mungkin sebab keadaan udara dan cuaca sekarang barangkali.. Yela.. Kan jerebu.. Banyakkan minum air masak ya kawan2.. Hehehe.

Baru lepas kemas sijil-sjil, susun sijil-sijil yang diperlukan.. Aku hanya mampu berusaha je. Selebihnya tawakkal.. Untuk second intake, senior aku kata, atau kiteorang panggil Abang Botak, dia cakap second intake confirm dapat. Aku tak yakin.. Aku tak yakin sebab pointer keseluruhan aku 2.5 pun tak sampai. Maka, aku pun laburkan lah duit aku sebanyak RM16 untuk beli no pin UITM second intake, then aku apply. Dapat tak dapat, belakang cerita.. Masa pun berjalan. Lepas tu aku pun laburkan duit aku lagi RM26 untuk beli no pin UPSI.. Mahal memang mahal. Mahal pada manusia yang memerlukan duit. Tapi lagi mahal UUM.. Nak apply, kene beli no pin RM100. Allahu. Kalau macam UPSI, aku boleh accept lagi. Tapi kalau dah sampai RM100.. Baik aku simpan je duit aku tu.

Hah, tadi susun sijil sebab nak pos kat UPSI, PERAK tu lah. Aku usaha je. Kalau tak dapat, aku redha. Tapi hati,,, ya Allah! Sedih. Nak sambung belajar. Adalah juga plan nak masuk swasta. Tapi ibu ayah awal-awal tak bagi sebab mahal. Aku pun fahamlah. Aku bukannya anak orang senang pun. Apa? Korang tanya kenapa tak pinjam PTPTN...? Dalam adik beradik aku, yang belajar kat POLI, UITM JENGKA, UTM, UTHM.. Semua tak pernah buat pinjaman PTPTN dan aku tak nak lah pecahkan records dalam family, pinjam PTPTN. Dengan bunganya lagi.. Sesak woi nak bayar.. Bukannya sikit.. Banyak..  Allahu.. Habis tu, adik beradik aku guna pinjaman apa?? 
Guna pinjaman TAPEIM. TAPEIM tu khas untuk anak jati Melaka dan yang dah bermastautin lama paling kuman lebih 10 tahun kowt. 
Kalau tak silap.. Bagi aku, kalau pinjam TAPEIM, susah  dahulu, senang kemudian.. Tapi kalau PTPTN, senang dahulu, susah kemudian.. 
Why?  Jom bincang!

TAPEIM!
Bayangkan. Pengajian belajar selama empat tahun, ada enam semester.  Contoh! Yuran bagi satu semester ialah, 10,000. Jumlah semua yuran dalam enam sem? 60,000 right? So, TAPEIM akan bagi genap-genap rm60000. Perbelanjaan ? Perbelanjaan tanggung sendiri. TAPEIM tiada faedah. So, yang susah dahulunya, perbelanjaan kena tanggung sendiri.. Itu sahaja..

Berbanding dengan PTPTN, dia bagi sekali arung. Termasuk perbelanjaan sekali. Hah.. Syok memang syok. Boleh lah buat makan sikit-sikit. Makan sedap-sedap bagi student yang tak rasional dalam berfikir. Nah.. Lepas dapat kerja nanti bayarlah! Itu pun kalau dapat kerja. Kalau menganggur? Dah lah sekarang taraf hidup tinggi. Bagi mereka yang daripada keluarga yang berkemampuan, no problem la kan. Tapi bagi mereka yang aca2 anak orang kaya..? Jangan nanti, bukan kau yang bayar PTPTN, tapi mak ayah kau.. Ya Allah.. Yang aku tahu, PTPTN ni, kalau pointer tinggi, nanti bayaran akan dipotong.. So, Fikirlah mak ayah..


Then? Buat lah keputusan yang bijak.. Korang pula macam mana? Ada pinjaman yang lebih baik daripada PTPTN. Jom lah share dengan aku..

#nnturning20 Alhamdulillah



Bismillahhirrohmannirrohim..  Assalammualaikum wbt. Hai semua..

Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi Allah ini.
Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada Ibu Ayah aku disini..
Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk berubah menjadi yang lebih baik..
dan..
.
.
.
.
Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan tarikh 17 September yang ditunggu-tunggu sejak awal tahun lagi. Sekarang genap usia aku 20 tahun.. Selamat Hari Jadi Nurrul Najiha a.k.a. Nuna Pringia.. #nnturning20

Ibu bersungguh-sungguh ajak keluar makan sekeluarga nak meraikan hari jadi anak-anak dia, tiga orang yang lahir dalam bulan september. 6/9, 7/9 dan 17/9. Aku dan dua orang adik bawah aku. Selamat Hari Jadi Eca, Abang Aiman(even dia adik, aku tak pernah panggil adik. aku tak suka). Bila ibu aku buat cadangan macam tu, aku pun kata, "Tak payahlah ibu keluar makan. Tahun ni ibu tak payah buat apa-apa. Tak payah sambut pun tak pe. Tak kisah pun." Ibu pun macam pelik je bila aku cakap macam tu. Waktu tu, dada dah tahan sebak, nasib tak mengalir..Sob sob.. Hahaha

Last kerja sebelum cuti Hari Raya Haji, masa nak balik kerja, terkejut lah jugak. Keadaan rumah yang banyak barang. Ada air lah, ada dulang lah, makanan lah. Aku pun bermonolog dengan hati aku sendiri.. 'Eh.. Ada apa ni.. Ada kenduri ke? Kenduri apa? Atau nak hantar kat surau..?' Sebab ibu aku ni rajin dengan rela hati nak masak lebih dan hantar ke surau. Manalah tahu kan.. Aku pun buat bodoh, pergi dapur makan. Tengah makan, tengok ibu kehulu kehilir dengan adik aku kat dapur. 'Ehh amende ni..?' Then, aku tak puas hati, aku tanya ibu aku. "Ibu, nak buat apa semua ni? Untuk apa? Siapa punya kenduri?" Ibu aku pun jawab yang sebenarnya ibu nak buat surprise untuk aku.. dan yang lain-lain lah (tapi yang lain-lain tu dah tahu. Aku je yang tak tahu.). Oleh kerana aku tak nak sambut apa-apa kat luar, ibu aku pun nak buat kenduri, bacaan doa sikit sempena hari jadi. Err terkejut lah jugak sebab tak sangka kan.. Biasanya sambut birthday keluar makan, ada kek, macam-macam lah.. Tapi hari tu more special buat kenduri.. Alhamdulillah.. Bersyukur sangat-sangat.

So, aku pun nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha.. Ramai orang ketuk pintu rumah, sedekah daging. Berita sedih juga diterima oleh kita semua yang berlaku di Makkah ketika menunaikan Haji dan ada rempuhan yang berlaku di Mina semasa nak melakukan lontaran jamrah. Minta Allah selamatkan mereka semua dan yang pergi menghadap ilahi, kita doakan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin in shaa Allah..

Psttttt.. Saya ada berita baik tau! Hasil penulisan saya telah diterima dan dibukukan dalam 'Zine Kasih Tuhan'.. Hati mana tak gembira bila tengok hasil karya sendiri dalam buku tu kan.. Bersyukur sangat-sangat.. Terima Kasih Awan Biru.. Salam Jumaat dan Zuhur kawan-kawan semua.. Bye.. Assalammualaikum..


Sedang Mempersiapkan Diri.

Sedang mempersiapkan diri untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku dalam hidup aku.. Bukan aku je yang kena persiapkan diri, korang pun sama! Umur dah semakin meningkat guys! Sekarang dah capai tahun 2015 dah kowt. Tak akan masih nak duduk dalam kelompok yang sama je! Come on! Kita kena bergerak dan berubah supaya hidup kita jadi lebih baik! Yang pasti, cabaran pasti lebih mencabar!

Bekerja sebagai pengasuh taska tak adalah susah mana. Jaga budak, tidurkan diorang, bagi makan, pagi-pagi buat aktiviti, mandikan diorang, susun baju, sediakan susu dan sebagainya lah. Penat tu tak adalah penat sangat. Masih boleh recover lagi lah. Pergi pukul 7.00 pagi, balik pukul 6.00 petang. Sabtu Ahad cuti. Macam pergi sekolah. Isnin ni ada student daripada kolej mana entah, yang pastinya kolej tu swasta, datang untuk praktikal. Sejak jadi pengasuh taska ni, aku pun aca-aca ada anak angkat. Hahaha comel kau! Hensem pulak tu. Adalah dalam lapan hingga sembilan bulan. Dah pandai merangkak dah. Pandai panjat tangga, tapi tak tahu turun. Bila nak turun tapi tak boleh turun, nanti dia menangis sebab nak turun. Hahaha.. Comelnya anak mama.. I'm really love him! Aku nasihatkan korang, bersedialah untuk baca entry yang berjela-jela ni.. Banyak nau nak mengomel ni..

Tak lama lagi genap usia aku mencecah 20 Tahun ni pada 17 September. Allah! Alhamdulillah. Semakin meningkat umur kita, semakin dekatlah kita dengan kematian. Pahala pun tak banyak mana. By the way, sejak sebulan lebih aku tinggalkan blog, bila aku buka blog balik, makin meningkat pageview blog aku. Pelik, apalah yang korang cari kat blog aku ni ah. Apalah yang ada kat blog aku ni ah.. Bila buka kat bahagian statistik, bahagian keyword tu, macam kelakar pun ada. Yang pastinya, ada antara korang yang tengah baca ni, siap google 'nuna pringia' semata-mata nak baca blog aku. Ni mesti kes tak tahu alamat blog aku ni. Hahahaha.. Masa blog aku mula meningkat naik, aku ada rancang nak tukar alamat blog. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, dah ramai sangat yang tahu aku sebagai 'nuna pringia' dalam dunia blogger ni. Lagi pun, alamat blog aku ni ada connection dengan nuffnang and macam-macam website. So, agak menyulitkan kalau aku tiba-tiba tukar alamat blog. Maka, aku dah buat pilihan untuk kekalkan sajalah alamat blog aku, sampai lah sekarang!

Patut sekarang aku dah lelapkan mata dah. Laptop aku, akak aku dah bawa pergi Batu Pahat, sebab laptop dia problem. So, terpaksalah dia guna laptop aku yang serba lembab tu. Hello! Laptop yang serba lembab tu lah yang masih boleh guna sampai sekarang dan banyak berjasa pada aku tau. Daripada laptop kau yang laju gila tu tapi selalu rosak, banyak duit melabur, kau rasa? Lama gila laptop aku tu, and tak pernah melabur duit hantar ke kedai sebab laptop rosak. Paling kuman bayar rm20 sebab updates windows yang terkini and bersihkan laptop daripada virus. Itu sahaja! Sekarang pun dah lama tak updates. Kalau aku tahu dia nak bawa pergi Batu Pahat, baik aku hantar kedai dulu. Apa daa akak aku ni..

Kawan-kawan aku semuanya dah sambung degree ada yang kat Unimas lah, ada yang kat UPSI uiiii macam-macam! Ramai kawan-kawan aku yang masih tak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat degree. Mostly yang dapat 3.00 ramai yang tak dapat. But, my senior cakap, abang botak, biasanya second intake in shaa Allah confirm dapat! Masalahnya pointer aku ni, tak adalah tinggi mana pun kalau nak dibandingkan kawan-kawan aku yang lain ni ah. Kalau dulu aku berharap sangat dapat sambung belajar, degree ke Universiti. Tapi sekarang, aku dah tak berharap dah sebab sekarang aku lebih percaya pada rezeki masing-masing. Semuanya bergantung kepada lelahnya berusaha waktu kita belajar dulu. Kalau struggle gila dan dapat pointer okay, in shaa Allah dapat. Masing-masing ada ganjarannya yang tersendiri. So, aku pun pujuklah hati aku sendiri. Tak dapat sambung belajar pun tak apa. Tak semestinya nak berjaya kena masuk Universiti. Bukannya kalau tak dapat sambung belajar, rezeki kita terhenti! No! Take a note! Tak masuk Universiti pun boleh berjaya. Sebab apa? Sebab semua itu bergantung kepada redha Allah dan redha ibu bapa kita.
Ibu pernah cakap yang ibu kesian tengok aku tak sambung-sambung belajar. Kenapa perlu kesian? Tidak! Tak perlu kesiankan aku. Kalau ada, adalah rezeki. Kalau tak ada, tak adalah.

So, pada kawan-kawan yang sama batch dengan aku, batch 95 yang lepasan STPM atau MATRIKS dan yang seangkatan dengannya, kalau tak dapat, jangan sedih, jangan putus asa, jangan jangan jangan! Sebab itu semua rezeki. Aku ingatkan sekali lagi ya, REZEKI! dan korang pun perlu tahu tau, zaman sekarang berlambak budak yang pandai-pandai. Ada yang lebih pandai daripada kau! dan For your information, sekarang pandang BM, MATH SAINS.. Upsss BI. Jangan lupa ya.. Tapi bagi macam aku,BI masa SPM dan MUET pun diambil kira! Semakin kita hidup ni, semakin susah dan banyak cabaran yang kita akan lalui. Tipulah kalau aku tak cemburu, tak terasa hati biila tengok kawan-kawan selalu post orentasi kat wechat. Hati mana tak rabak oii! Tapi sadokan je lah hati ni..

Anyway, apa-apa pun, kalau korang dah selalu nampak aku dah lama tak updates blog, korang kena faham je la yang laptop tak ada. Ni pun, adik aku balik, so adalah kesempatan nak update blog. Kalau ikutkan hati, malas nak update blog. Tapi kena jugak update! Nanti orang ingat, blog aku rosak! Hahaha Bye Assalammualaikum..

Korang kejab! Another tips nak naikkan pageview blog selain update pagi-pagi ialah jenis template blog. Kalau korang perasan, aku dah lama tukar ke templates blog yang memang disediakan khas dah kat dashboard. Just apply je. Tunggulah dalam sebulan dua bulan, pageview akan naik.. Trust me! Bye korang.. Good night! Jumpa lagi.. Muahh...

"Ehh dia dah berubahlah.."

Alhamdulillah.. Syukur ke Hadrat Allah swt dengan rezeki hari ke hari.. Baru je lepas makan mee goreng. Hihihi. Mana lah tak gemuk. Tetamu yang datang beraya pun still datang lagi. Cuma aku ni jenis yang tak berapa gemar jemput kawan-kawan aku datang beraya. Datang seorang diri ke atau secara berjemaah ke, aku tetap tak jemput. Entahlah.. Alaa kalau yang datang pun, kawan rapat aku je. Family kawan aku yang kenal family aku. Hah tu je lah.. Selain daripada tu memang aku tak jemput..

Tadi dari pagi sampai lah jam enam petang jalan raya.. Sepatutnya tiga rumah, oleh kerana satu rumah tu tak ada orang, maka jadi lah dua rumah. Jauhh naa sebab tu balik pun sampai petang kat Bukit Senggeh, Felda, Alor Gajah. Even aku tak drive sekali pun, penat bukan main.. Mengalahkan yang drive kaww! Esok lepas subuh, gerak pergi Jengka Pahang, hantar adik aku pulak nak balik Uitm. Raya pun dah habis dah.

Sorry naa! Itu baru intro raya yang latest punya! Raya pun ala kadar je. Nak dengar cerita tak? Pasal sesetengah manusia di sekeliling aku ni.. Hurm bukan ceritakan keburukan atau aib sesiapa.. TIDAK! Tapi dengarlah satu cerita ni. Huhu.. Baru-baru ni adalah dua tiga orang kata "Ehh dia dah berubah lah.." Lepas tu aku tanya diri aku sendiri, aku ni dah berubah ke?

Lepas tu baru aku fikir banyak-banyak kali. Itu lah diri aku sendiri. Yes diri aku sendiri! Nak tahu tak kenapa aku cakap macam tu? Kepada kawan-kawan yang kenal dengan aku daripada mula sampailah sekarang, yang tengah baca entry aku yang ni, aku nak beritahu.. Aku yang kamu semua kenal daripada mula, itu memang aku dan aku bukan berpura-pura, aku bukan hipokrit! Memang diri aku sendiri. Nak tahu tak kenapa kamu kata "Ehh dia dah berubahlah.." sebab kamu semua tak pernah nampak diri aku yang itu. Sampai satu tahap yang paling maksimum, mungkin kesabaran aku hilang entah kemana, dah sampai tahap kritikal, aku pun mula lah tunjukkan diri aku yang seterusnya. Waktu tu, kamu nak percaya ke tidak, terpulanglah.. (terpulanglah mahu jadi apa.. mahu jadi hantu.. mahu jadi buaya.. hahahaha)

Susah lah ada manusia yang selalu fikir negatif ni.. Tapi susah juga kalau ada manusia yang selalu fikir positif.. Serba serbinya tak kena.. Mungkin betul, kita dah berubah. Mungkin betul apa yang kawan kata. Mungkin kita je yang tak perasan. Sebab yelaa manusia kan menjadi cerminan diri kita sendiri. Mungkin tak banyak yang mengubahkan diri kita sendiri. Tapi ketahuilah bahawa kadang-kadang sesetengah manusia yang berada di sekeliling kitalah yang mengubah diri kita sendiri tau. Sama ada ke arah kebaikan atau pun keburukan.

Happy Eid Mubarrak!

Bismillah!

Sambal belacan cili padi (cili akar atau cili kampung. Yes petik sendiri.), paling pedas sekali kat dunia. Pedas gila bapak punya. Makan dengan nasi panas, kicap dan ikan kering (untuk kurangkan pedas). Dia punya terangkattt, mak aiii.. Sampai terjelir lidah..By the way, selamat hari raya!

Aku tahu. Aku dah lama tak update blog. Last pun awal ramadhan. Huhuhu  Sampailah tiba raya yang ke empat.. Dalam islam, lepas pukul 7 dah masuk 5 Syawal! Sorry guys! Cuma nak ingatkan yang sebenarnya raya dah habis, raya sehari je k.. Hahaha entry blog kat dashboard semuanya publish about raya, tunjuk baju raya.. omg! Lawa-lawa and hensem-hensem kaw!




Sekiranya aku pernah mengguriskan hati kamu semua secara sengaja atau tidak (walaupun lambat sikit hehe) nak minta maaf kalau terkasar bahasa, kalau sepanjang aku jadi blogger atau menaip ni ada yang still sakit hati dengan aku sebab cara aku ke, kasar ke.. Halal kan apa yang kamu semua  beri pada aku.. Nasihat ke apa-apa tutorial ke.. Aku susun dua puluh jari (termasuk jari kaki hehe) aku nak minta maaf.. Setiap kekurangan itu datangnya daripada diri sendiri dan yang baik itu datangnya daripada Allah!

Azam.. Panggil kita Mak Cik dah!
Tua je rasa.. Hihi

Aku tahu.. Ada yang diantara kamu semua yang mula kerja esok! Siapa mula kerja hari selasa 21/7 angkat tangan! Kita follow kerajaan nampaknya. Kalau taska tutup, mak bapak nak letak anak kat mana ea? Rasa malas nak mula kerja pun ada. Tapi malas kenapa? Susah ke kerja sebagai pengasuh taska ni? Tak pun. Penat sangat ke? Tak pun. So? Okay. Tiba-tiba malas pun hilanggg. Rasa tak sabar nak kerja pun ada sebenarnya. Rindu anak angkat saya.. Semua lah anak angkat saya.. Huhu sebelum balik nak cuti raya, semua sibuk nak salam cikgu. “Cicerr nak salam.. Amat Aghi Ghayer..” Kalau kamu semua faham lah.. Hahaha


Pagi-pagi, balik kampung.. (tapi atok nenek duduk taman) kat Durian Tunggal. Pagi raya lah.. Biasalah jalan pun kembali normal. Bila tiba raya kedua ketiga, jem semula sebab nak balik kerja kan.. Kereta panjang kemain kat Tol Ayer Keroh tu.. Jem gila.. Sabar je la.. Pagi raya tu solat sunat then singgah kubur melawat arwah.. Sepanjang pemerhatian aku, tahun ni ramai yang warna ROYALBLUE, seakan-akan BIRU, TURQOISE, HIJAU, MERAH.. Ramai gila! Tapi paling ramai, warna BIRU! Dah kenapa? Hahaha tapi memang cantik lah! Tahun ni family aku pilih baju kotak-kotak, tanah warna hijau. Hah macam tu lah.. Raya pertama, raya kedua jalan kemainn.. Penat gila.. Balik rumah je, terus tidur! Raya ketiga, keempat? Mereput kat rumahlah jawabnya..

Matahari paneh terikk..


Raya tahun ni tak berapa nak ‘raya’. Atau dengan kata lain, macam tak menjadi. Dah lah tak dapat duit raya. (sedangkan umur dah 20). Kalau dulu-dulu orang nak bagi hadiah cakap macam ni “Yang dah besar tak dapat duit raya..” Tapi sekarang 2015 ni, “Yang dah kerja tak dapat duit raya..” Mak aii.. Lagi hancusss hati wa.. Hahaha tak ada rezeki.. Memang tak ada rezeki. Paling banyak, adik aku yang last tu. Dia sorang je yang sekolah, dia sorang je lelaki dalam family, dia tu.. dia ni.. Dia special sikit.. Jeles aku tak dapat duit raya. Tapi aku dah kerja kan.. Tapi pakcik makcik tu tak payah lah jujur sangat.. wekkk!

aku biasa-biasa je.. Macam korang!

Esok pun dah mula kerja.. Fuhhh! Selamat  Hari Raya Semua! 

Happy Syawal Nak Tiba. Katanya!



Tengah ada masa ni, baik aku update dulu. Esok dah start kerja. Balik pun petang. Lepas tu ready for iftar pulak. Malam dalam sejam, lepas isya', aku dah lelap dah. Awal sangat tidur sejak dua menjak ni. Mungkin penat sangat. Agaknya macam ni lah ibu ayah cari rezeki kan. Gaji yang aku akan dapat ni pun, cukup-cukup makan jek. Ikutkan hati tak cukup. Tapi aku sedar diri. Siapalah aku ni. Pangkat apa yang aku ada. Sijil pun takat mana.. By the way, Hai Julai!

Timeline blog, penuh sangat dengan giveaway raya lah, ramadhan lah, macam-macam. Hari tu tertanya-tanya adakah bulan ramadhan ni bulan makanan? Banyak sangat makanan kat bazaar. Tapi sekarang aku tertanya-tanya pula, adakah bulan ramadhan bulan untuk giveaway? Maka mereka pun berhuhuhu.. Hahaha

Baru seminggu dua minggu puasa, dah buka lagu raya.. Suka benau ek raya? Ramai yang tak sabar-sabar nak raya. Melaka hujung minggu, tak pun tak payah tunggu hujung minggu, malam nanti ke, petang nak balik kerja ke, konfem jem teruk! Suasana yang jem, membuatkan aku malas nak keluar rumah. Suasana yang jem membuatkan mereka sanggup berpatah balik and tak jadi beli barang. Suasana yang jem akan menyepoilkan mood mereka yang nak beli barang. "Arghh!" Angin satu badan tak pasal-pasal! Nak bayar barang pun kena beratur panjang. Aku rasa kalau orang tu tak ada kesabaran, memang dah bla lah dah.

Awal bebenau buka lagu raya. Bila awal puasa, dah buka lagu raya, memang tak ada feel! Alaa raya, hari pertama je rasa. Kedua.. ketiga.. dah tak ada rasa dah. I know hari raya adalah hari kemenangan. Tapi sanggup kah kamu meninggalkan ramadhan, lagu raya mula kedengaran perlahan-lahan seolah-olah tak sabar benau ramadhan nak habis..  hurm well, lain orang lain pendapat. Pendapat kau lain.. Pendapat aku lain.. Kita semua lain. But ini apa yang aku rasa. Aku just bagi tahu je.. Tak suka tak apa..

Cuma sedikit terkilan lah. Yela baru je puasakan.. Nampak macam baru je puasa tapi hakikatnya dah separuh ramadhan dah. Masjid pun semakin berkurangan orang. Orang sekarang pun semakin sibuk dengan persiapan raya and bebagai lah.. Buat kuih, baju raya 20 pasang (bagi yang mampu), langsir.. Hurm. Sampaikan fardhu pun terlepas.. (aku pun dua kali lima je). *bunyicengkerik Aku rasa, ramadhan tahun lepas lagi bagus daripada sekarang. But nak buat macam mana, Passed is passed. Gunalah saki baki ni dan manfaatkanlah yang sebaiknya.

Biasalah bila raya nanti, ramai model-model kat luar sana memperagakan baju rayanya. Huhuhu upload sana sini, 'selamat hari raya'! update entry jangan lupa! Baju raya siapa paling cantik. Hahaha masa kecik-kecik dulu lah. Bila nampak orang lain pakai lagi lawa, rasa down sangat. Tapi bila dah besar, ahhh apa aku kisah. Tahun ni sama je macam tahun yang lepas. Baju kurung biasa je tak adanya nak moden-moden ketat-ketat nampak bontot. hahaha. Tapi ala kadar je lah!Bagi aku tahun ni raya macam tak raya. Memandangkan sabah ditimpa bencana, saudara palestin, di Syria, Mesir, Rohingya, pesawat MAS lagi, keadaan Malaysia yang terumbang ambing ni ah..Macam-macam yang jadi kat negara kita sebenarnya. Itu pun kita sibuk nak happy-happy tayang sana sini.. Ya Allah..

Kau syok-syok sana sini, sedangkan yang dekat sabah, palestin, rakyat rohingya tu tak ada rumah! Nak raya macam mana? Harta benda semua hancur! Tempat tinggal tak ada! Menumpang je kat tempat orang! Bila kau bersuka ria, ingatlah kat orang bawah macam mana. Ingatlah kat orang susah macam mana. Tengah kau happy sana sini, enjoy kemain, tapi ada orang lain yang bersusah payah! Ya Allah. Pernah tak kau terfikir, waktu berbuka, pandang makanan. Habis licin! Pernah teringat tak kau, terfikir tak "apalah yang saudara kita makan kat sana.." Pernah? Kalau pernah alhamdulillah..

Andai kita tak bertemu lagi, dan andai ini nukilan yang terakhir daripada aku, lalu aku mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya terkasar bahasa atau apa sahaja hingga terusik hati korang. Aku ni kadang-kadang menaip ikut ayat aku sendiri, ikut sedap mulut je. Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya daripada diri sendiri.. Selalulah bersyukur! Nikmat tu milik Allah. Bersederhanalah kita semua. In shaa Allah.. Assalammualaikum

Pengalaman Mendewasakan Kita..



Assalammualaikum semua.. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah.. Harap silent readers aku semuanya sihat-sihat. By the way, Selamat Berpuasa korang! Amacam puasa bulan ni? Okay dok? Harap semuanya okay..

Dah lama tak buka blog sebab wifi rosak.. Kena call orang tu, hah baru okay..Nak update blog pun kena cari wifi kan? Agak-agaknya kita nak jadi baik. cari tak hidayah? Ke tak cari? Allahu.. Hati ni berbolak balik.. Kejab kat bawa. kejab kat atas. Macam biskut! :D Tapi apa-apa pun kita kena kuat.. Qowiy lillahitaala.. Nak dekat seminggu aku kerja sebagai taska.. Ya taska... Tak decide pun nak kerja kat situ sebenarnya.. Akak tu mesej and ajak, aku pun terima je lah.. Sebab bosan duduk rumah tak ada buat apa-apa kan.. Baik kita kerja.. dapat lah juga duit poket walaupun tak banyak beribu-ribu macam korang.. Tapi alhamdulillah. simpan sikit2 untuk buat sambung belajar ke.. Manalah tahu ada rezeki.. Layan kerenah budak-budak, ya rabbi! Pening. Huhuhu Tapi aku terpaksa kerja juga sebab tak tahu nak kerja mana lagi. Redha je la..

Semakin kita pergi ke peringkat dewasa, semakin banyak rintangan yang mendatang  dan percayalah itu semua mendewasakan kita. Hidup ni memang susah nak puaskan hati semua orang. Setiap apa yang kita lakukan serba serbinya tak kena pada mata orang. Maka, wujudlah mulut-mulut jalanan yang mengumpat, mengutuk, menghina dan yang seangkatan dengannya. Yang pastinya, semuanya bergantung pada diri sendiri. Kaulah yang kenal diri kau sendiri. Matang atau tidak? Dewasa atau tidak? Zaman sekarang matang tak kira umur.. Tapi mereka juga lupa dewasa pun tak kira umur.. ‘Pengalaman Mendewasakan Kita’.

Ada manusia yang baru kena bash sikit, dah melatah, marah bagai nak rak, update moment kat wechat, kat facebook, hempaskan kemarahan dan sebagainya..Ada manusia yang kena perli sikit, dia pun lawan balik. Lepas tu main tarik-tarik rambut.. Hahaha Gaduh bagai nak rak. Sampai putus silaturrahim. Banyak situasi sebenarnya dan situasi yang aku bagi ni adalah salah satu situasi yang tak matang dan tidak mendewasakan..

Orang yang matang, kalau kena bash, dia akan diam.. Pandang dan diam. Jangan lawan.. Selagi boleh pekakkan telinga, pekakkan.. Buat don’t know je. Sebab kalau kita lawan, kita dapat apa? Dapat sakit hati je! So, apa salahnya diam je? Biasalah kena bash kan, kita pun rasa geram membuak-buak.. Kalau dah tak boleh kawal diri, marah bebagai tu, itu sifat siapa? Sifat syaitan.. Anyway, semua pun tahu kan, sebagai seorang manusia sifat sabar kita memang ada had.. Termasuklah aku..

Aku respect gila kat orang yang jenis tak melawan ni! Walaupun sabar ada had, tapi dia tetap tak melawan. Itu baru betul-betul matang. Bergaduh bukan salah satu jalan penyelesaiannya ye dak? Dan aku percaya, setiap masalah serta ujian yang menimpa diri kita, ada pengajarannya yang tersendiri. Daripada pengajaran lah kita akan menjadi leeeebih matang.. In shaa Allah.

Marah? Semua orang pernah marah! Semua orang pernah lemparkan kemarahan, hamburkan kata-kata kesat.. Walaupun bukan kat mulut, tapi hati pun mesti ada. Itu namanya kita manusia yang normal! Kalau nak marah, marahlah. Tapi biar kena dengan cara dan tempatnya.. Aku pun pernah marah. Aku tak akan marah kalau tak ada sebab. Bila orang tak mulakan dulu, maka aku tak akan marah. Bila orang mula menimbulkan kemarahan aku, barulah aku akan marah. Tapi tak adalah marah terus. Aku diam dulu.. Sabar dulu. Kalau dah tak tahan, barulah aku lepaskan marah aku..

Sampai kawan aku yang kena marah dengan aku pun menangis bila kena marah dengan aku. Haha sebab dah geram sangat dengan dia. Dia menangis? Aku pujuk ke? Tak. Aku tak pujuk. Biar dia menangis.. Menangis sepuas-puasnya.. Nak dia tahu dia buat silap. Lepas semuanya dah reda.. Dia jumpa aku, aku jumpa dia, saling bermaafan.. Baru betul.. Itu lah aku.. Kalau aku marah orang tu tanpa sebab, maka aku lah yang kena minta maaf.. Tapi aku bukan jenis yang terlalu ikutkan api kemarahan. Tidak! Tak ada sebab aku nak marah.


Matang ke tak matang ke atau Dewasa ke tak dewasa ke, semuanya bergantung pada diri koranglah.. Cuba semak balik diri korang tu.. Tanya diri sendiri.. Tepuk dada, tanya iman.. Sebab diri sendiri je yang kenal diri sendiri. Kalau kita tipu pun, tipu diri sendiri.. Ye dak? Fikir-fikirkan lah… Assalammualaikum.. Salam Ramadhan..


Dulu Puasa Yok Yok!



Semalam adalah hari Jumaat yang terakhir dalam bulan Syaaban.. Minggu depan in shaa Allah, kita akan bertemu Ramadhan.. Dan apa yang kita harapkan pada Ramadhan kali ini?

Aku teringat ramadhan tahun lepas.. Dalam sebulan aku berpuasa, dua minggu aku demam.. Demam, baik. Lepas tu demam balik.. Ingat lagi.. Bila tiba dalam hostel je, berselubung dengan selimut sebab sejuk sangat. Sedangkan pagi tu, cahaya panas terik, terang benderang.. Badan menggigil-gigil.. Badan mula-mula panas sikit.. Lepas tu panas mendadak satu badan.. Lagi lah kuat menggigil.. Buka puasa, kawan ambilkan makanan kat dining.. Makan pun dua kali suap, lepas tu baring balik.. Tak kuat nak pergi surau, solat terawih sama-sama dengan kawan-kawan.. Hurm.. Sedih ingat-ingatkan balik.

Bayangkan lah nak mandi, pegang dinding sebab nak jalan. Kaki menggigil-gigil.. Dalam masa empat bulan, demam datang balik.. Seminggu dua minggu.. dan Alhamdulillah lah.. Sebab masa demam panas, tak hujan.. Kalau hujan, lagi lah lambat baik.. Alhamdulillah juga.. Walaupun demam teruk, tapi tetap gagahkan diri untuk terus berpuasa.. Ulang alik, ambil darah.. Pergi hospital.. pergi klinik.. Penat woo.. Tak sakit ke check darah? Tak sakit pun.. :D

Nuna haraplah sangat-sangat.. Ramadhan kali ni semuanya okay.. Kalau boleh nak full.. Tapi rasa macam tak.. Sebab bulan ni pertengahan la pulak.. Selalunya awal.. Haishhh.. geram pulak kite.. Hahahaha Tetiba rasa nak throwback pula zaman kecik-kecik dulu.. Puasa yok-yok! Hahahaha

Masa kecik-kecik kan tak tahu apa-apa, and still belajar lagi.. Haus ni... Pergi peti ais, ambik air kopi bawa masok bilik air.. Hahahahaha lepas dah minum lupa nak bawa keluar bekas minuman tu.. Lepas tu kantoi.. Amekaw.. Semua gelakkan.. Hadoii tersenyum aku sorang-sorang.. :'D

Ada satu part, kecik-kecik main lipstik.. Pakai kat bibir.. Tengok ibu buat, aku pun sibuk nak buat jugak.. Pandang kiri kanan.. Okay! Okay! Line clear! Pergi peti ais, minum air.. Hahahaha Lepas tu terkantoi dengan akak sebab nampak bekas liptik kat bekas minuman tu.. Alahaii... Hahahahahaha Please jangan gelakkan aku.. Bila family aku ceritakan balik,semua gelakkan aku tau.. Nyampah! Yela budak kecik lagi.. Mana tahu pape.. Hahahahaha

Saja share dengan korang benda yang kenangan kan.. Bila ingat-ingatkan balik memang kelakau.. Daripada keciklah kene dididik puasa ye dak? Kecik lagi senang dilentur.. So, aku rasa ramadhan kali ni, aku nak jadi yang lebih baik daripada ramadhan-ramadhan yang lepas.. kena banyak bersabar, jaga lidah, jaga pandangan, jaga telinga, tahan diri daripada lapar.. uishhhh macam-macam! Tapi nikmat dia, ya Allah.. Berganda-ganda pahala dia.. Best sesangat..

Banyak lagi sebenarnya.. Hahaha tapi dua tu jelah yang aku ingat.. Ada yang aku tiba2 rajin nak tolong ibu angkat makanan untuk berbuka.. Pandang kiri kanan tak ada orang, masok mulut.. Hahahaha entah pape le aku ni.. Korang masa kecik-kecik mesti pernah kan puasa yok-yok? Hahahahaha cer citer sikit.. Kalau kelakar, aku gelak.. Hahahaha

Jihad Fi Sabillillah!



Kedinginan pagi tadi membuatkan aku rasa untuk terus menikmati dingin pagi..

Lihatlah! 
Betapa amannya kita..

Kedengaran burung berkicau-kicauan, bunyi motor lalu lalang…
Memulakan hari-hari mereka dengan kerja untuk mencari rezeki..
Tumbuh-tumbuhan yang kian menghijau.. Makin gamat mereka berzikir kepada Yang Maha Esa..
Bahang kian terasa.. 

Ramadhan bakal tiba..
Walaubagaimana pun, kita tidak dijanjikan bahawa kita pasti akan bertemu pada bulan Ramadhan..
Sedangkan kita sendiri tidak pasti sama sekali..

Ramadhan…
Bulan yang penuh barakah..
Pasangkan azam dan niat..
Supaya kita akan melakukan amal sebanyak yang mungkin..
Bayangkan.. Satu ibadah, berlipat ganda pahalanya.. Subhanallah..
Ini semua kerja Allah..

Ramadhan..
Bulan Umat Nabi Muhammad saw..
“Ummati.. Ummati.. Ummati..”
Betapa sayangnya dan cintanya Wahai Rasulullah kepada umatnya.. 
Sehingga adanya bulan umat Baginda saw.. 
Bulan yang penuh barakah.. Bulan Ramadhan. 
Namun, sedihnya apabila melihat umatnya yang hanya cinta dan sayang pada takat dibibirnya sahaja.

Ramadhan kedua kali ini..
Ramadhan kedua kali ini mengingatkan aku saudara mara aku nun jauh di sana..
Yang baru-baru ini dibedil oleh Yahudi Laknatullah..
Membuatkan aku merintih hiba.. Sakitnya mereka.. Seksanya mereka.. 
Darah tidak henti mengalir.. Syahid memanggil dan menanti mereka..
Aku bangga rakyat Palestin.. 
Yang tetap tidak berganjak untuk terus berdiri setia di tanah air mereka..

Yahudi Laknatullah..
Mereka hidup dengan penuh muslihat untuk menghancurkan Islam bersama Negara-negara yang sama sekutu dengannya..

Ya Allah… Lindungi lah mereka saudara-mara kami di sana..
Ya Rabbi.. Ya Karim..

Kami tidak mampu membantu mereka disana.. 
Kami tiada kuasa untuk membela nasib mereka disana.. 
Kami bukan siapa-siapa untuk mereka dengar suara dan rintihan kami.. 
Malah, kami tiada apa-apa.. Tapi kami masih punya kamu Ya Wahhab.. 
Kami masih punya doa.. Itu sahajalah senjata kami..

Kasihan mereka disana.. 
Apa yang dia akan makan semasa berbuka nanti? Sedangkan kami begitu selesa dan aman disini.. Apa yang mereka akan pakai pada syawal nanti? Sedangkan kami cukup segalanya..
Sedang kita dengan juadah yang enak, sampai berlebih-lebihan, membazir, makan dengan kenyang hingga tak mampu untuk melakukan ibadah.. 
Tapi mereka disana kelaparan tapi tetap berjuang bermati-matian..

Aku pinta ya Allah.. Kesekian kalinya.. 
Selamatkan Orang Islam di Palestin, di Mesir.. 
Timpakanlah bencana yang tidak mereka jangka akan berlaku kepada Yahudi Laknatullah.. 
Makbulkan doa aku Ya Rabb..

Sebak menyerang diri.. Aku tak mampu menahan lagi.. 
Mereka Syahid menyembah Ilahi.. 
Darah yang tidak bersalah dan yang masih bersisa di bumi Palestin, 
Menjadi saksi perjuangan mereka..

Allahu Akbar!



Hikmah Allah Itu Indah.



Sorang.. Keseorangan.. Sambil ditemani dengan bunyi burung berkicauan, kucing yang sedang tidur.. Then aku? Blogging..

Malam tadi.. Malam Nisfu Syaaban.. Orang yang tak manfaatkan betul-betul malam tersebut, adalah orang yang rugi.. Malam yang penuh ganjaran.. Sekarang dibahu kanan dan kiri kita, telah ditukar dengan buku baru. Maka amalan pun baru.. Kalau perasan, malam Nisfu Syaaban, bulan penuh, cantik..

Israk Mikraj dah.. Nisfu Syaaban dah.. Hurm malam yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Malam Laitul Qadar.. Tak lama je lagi, kita semua akan menyambut Ramadhan.. Minta Allah temukan kita dengan bulan Ramadhan.. Bulan yang peeeeeenuh barakah! Nuna tahu mesti ramai yang tak sabar-sabar kan.. Kejab-kejab! Dah puasa ganti belum? Jangan lengah-lengah tau. Ni mesti kes puasa last minit ni.. Tak elok k macam tu.. :)

Kawan-kawan aku ada yang dapat interview Universiti.. Dalam lima ke enam orang.. Tapi belum tentu dapat. Itu cubaan pertama.. Aku punya pointer pun tak seberapa.. 3.00 pun tak sampai.. Cemburulah juga tengok orang lain dapat sambung belajar. Degree pulak tu. Dapat capai cita-cita diorang. Keputusan UPU yang sebenarnya akan diumumkan bulan lapan ni.. Hurm, awal-awal aku dah tahu result UPU tu macam mana.

Adik aku tadi dah pergi dah UITM kat Jengka, Pahang.. Maka, tinggal lah aku dan akak aku, berdua sahaja.. Akak aku keje.. So, aku tinggal seorang je lah kat rumah. Ibu bagi ajak kawan datang rumah sebab ibu tahu aku bosan. Tapi aku nak ajak siapa datang rumah? Hurm.. Lepas ni, tak ada siapa nak gelak sama-sama dengan aku tengok Running Man lagi. Selalunya adik aku. Dalam family, dia pandai sikit berbanding yang lain.

Aku selalu bandingkan diri aku dengan kawan-kawan aku yang lain.. Kawan yang sama kepala, sama perangai dengan aku, tapi dia dapat lebih daripada aku. Ya Aku mengaku.. Rezeki masing-masing berbeza-beza. Aku tak boleh pertikaikan.. Kadang-kadang aku tanya diri aku juga. Bila rezeki aku akan tiba ye? Kalau tak dapat sambung belajar, aku nak buat apa.. Hurm.. Ramai lepasan STPM atau DIPLOMA yang dah tamat belajar akan cari kerja dan berapa kerat je yang dapat sambung Degree. Hari tu dapat call interview kerja. Tapi dia nak yang mahir speaking. Aku pulak hancur! Hurm tak payah cakaplah.. Pagi tadi, dapat call dari akak tu, dia suruh datang interview khamis ni.. Kalau dapat lah..

Entahlah.. Diri aku ni lain.. I mean kehidupan aku.. Perjalanan hidup aku.. Aku macam dah dapat baca.. Mungkin hidup aku penuh dengan kesederhanaan. Hikmah Allah itu Indah.. Mungkin ada sebab kenapa Allah tak izinkan aku sambung Degree. Aku tahu ada hikmah dan hikmah itu kita akan temui juga suatu hari nanti..

Hikmah Allah Itu Indah,
Hanya Mampu Berdoa..
Rancangan Allah Itu Yang Terbaik Buat Aku...

Hukum Sebenar Pamerkan Diri atau Gambar di Media Sosial



Assalammualaikum semua. Selamat Pagi. Maklumat ni Nunaa dapat malam tadi. Baru sekarang Nuna nak share dengan semua orang. Nuna tahu ada di antara kita yang keliru dan musykil dengan hukum sebenar meletakkan gambar atau mempamerkan diri masing-masing di media sosial. Kawan Nuna semua kata HARAM sebab ternampak dan terjumpa satu artikel daripada Al Habib Umar bin Hafidz. Yes memang HARAM. Tapi ada sebab kenapa Islam letakkan hukum HARAM pada sesuatu hal. Ada sesetengah orang tak berani nak letak gambar sebab takut kena sihir. Tapi bila Nuna tengok ceramah ustaz tu dengan pakar perubatan, pakar perubatan tu cakap macam ni "Buat apa nak takut kene sihir nak letak gambar kat laman sosial? Nak letak, letak je lah! Tak payah takut-takut.." Nuna ingat sampai sekarang. Ustaz Azhar Idrus pun ada pesan, boleh je letak gambar, tapi ada syarat-syarat dan cara yang tertentu.. Tapi ada lagi orang yang keliru dengan hukum sebenar tersebut.




Wednesday, 16 November 2011

Fatimah Syarha at Wednesday, November 16, 2011
Pendakwah Muslimah, Facebook dan Media

Surat Remaja Buat Ustazah

PERSOALAN:
"Salam mahabbah ustazah yang kusayangi kerana Allah. Didoakan agar ustazah sentiasa dirahmati Allah. Saya ada sedikit nak berkongsi dengan ustazah. Saya pernah bertanya pensyarah saya tentang pendapat beliau bagi muslimah yang meletakkan gambar di dalam blog atau facebook. Ada kawan-kawan yang mengatakan saya ni syadid bila saya tidak meletakkan gambar di ruang-ruang facebook atau di dalam blog. Jujurnya pada pendapat saya sendiri, saya tak ingin dikenali oleh muslimin. Bimbang fitnah itu datang dari hanya sekeping gambar, walaupun ganbar itu gambar yang sempurna dengan menutup aurat. Tambahan pula sebagai muslimah, bagi saya perlu menjaga rapi dirinya walau di alam maya. Pensyarah saya melarang kami meletakkan gambar di dalam laman-laman sosial walau untuk tujuan berdakwah kerana bimbang bila ada yang berniat jahat cuba mengambil gambar tersebut untuk menyihir kita..."

BALASAN USTAZAH
Salam sayang buat ukhti. Terima-kasih atas perkongsian. Terasa perkongsian ini lahir dari hatimu yang tulus dan menyayangi diriku ini. Setiap orang mempunyai pendapat. Ustazah hormati. Dan setiap orang tidak berhak memaksakan orang lain terhadap pendapatnya, selagi mana kedua-dua pendapat itu masih di atas garis hukum dan tidak melanggar syariat. Bersabarlah dengan dakwaan kawan-kawan ukhti itu kerana ustazah yakin ukhti mempunyai fatwa hati tersendiri.
Pesan Nabi, “Mintalah fatwa pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah. [H.R. Ahmad dan al-Dârimî]

Apakah hukum meletakkan gambar sopan dan menutup aurat di facebook?
Sesetengah orang menempelak muslimah yang berdakwah dengan gambar, drama, filem, buku, ceramah umum, video-video kreatif, facebook, blog dan sebagainya dengan hujah matlamat tidak menghalalkan cara. Persoalannya, apa yang tidak halal dengan cara ini? Adakah ia sesuatu yang disepakati haram oleh semua ulama’?

Perbahasan tentang isu ini dikiaskan dengan perbahasan hukum muslimah membuka wajah. Ianya adalah soal khilaf. Jumhur ulama mengatakannya harus. Keharusan itu terpakai kepada semua bentuk samada muslimah berada dalam surat khabar, kulit buku, video, televisyen dan sebagainya.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.” Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman keemasan umat ini. (Rujuk buku Wanita Dalam Fiqh al-Qaradhawi)

Hal ini bergantung juga kepada niat. Urusan niat seseorang adalah urusannya dengan Allah. Terpulanglah samada kita memilih untuk berbaik sangka dengan niatnya atau berburuk sangka dengan niatnya itu, semuanya bakal dihisab Allah. Kutukan-kutukan berupa sengaja ingin dipuji, sengaja nak tunjuk cantik dan sebagainya itu, semuanya akan diadili oleh Allah SWT samada benar atau tidak. Pesan Allah SWT di dalam al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar dari sangkaan-sangkaan, kerana setengah dari sangkaan itu ada mengandungi dosa.” (al-Hujurat : 12)

Sesuatu Yang Harus Ada Kebaikan dan Keburukan.
Tabiat sesuatu yang hukum asalnya adalah harus, mempunyai kebaikan dan keburukan. Kita berhak mempertimbangkan mana yang lebih mendatangkan banyak kebaikan dan mana yang lebih banyak mendatangkan keburukan. Contohnya, makan kek yang manis adalah harus. Kebaikan kek ialah ia boleh mengembirakan orang pada hari-hari istimewa kerana rasanya yang sedap. Keburukannya pula, ia boleh memberi risiko kegemukan, kencing manis dan sebagainya. Maka, bolehkah kita melarang orang memakan kek? Ataupun, bukankah lebih hikmah jika kita tidak menghalang orang makan kek, sebaliknya, memberi panduan bagaimana berpada-pada makan kek dengan aturan dan caranya yang sesuai.

Luaskan yang Halal, Sempitkan Yang Haram.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram. Kerana kita tidak diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil, melainkan kita harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang sahih dan sharih (jelas) atas diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas (bandingan terhadap sesuatu yang serupa, contoh dadah di qiyas dengan rokok) yang jelas illat nya (sebab) terhadap nas.

Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa. Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun. (Al-Maidah: 101).

Rasulullah SAW bersabda, “Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.” (Muttafaqun a’laih ). Berdakwah Dengan Kemajuan Teknologi. Berbalik kepada isu meletakkan gambar muslimah di facebook, spesifiknya gambar sopan dan menutup aurat, ustazah hormati muslimah yang tidak melakukan hal ini. Begitu juga muslimah yang tidak mahu terlibat dengan dakwah melalui video, ceramah umum, televisyen dan sebagainya. Mereka berhak mempunyai hujah dan fatwa hati tersendiri.

Ustazah pula mempunyai hujah dan fatwa hati ustazah tersendiri. Ustazah tertarik dengan kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi apabila beliau membahaskan tentang harusnya muslimah membuka wajah, beliau berkata, " Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”

Risiko kemungkinan disihir bukan hanya terjadi kepada muslimah yang meletakkan gambar di facebook semata-mata malah kepada setiap manusia. Perisainya ialah hidup dengan cara hidup Islam dan melazimi zikir-zikir terpilih daripada al-Quran dan as-Sunnah. Risiko difitnah pula bukan hanya terjadi kepada muslimah yang meletakkan gambar di facebook semata-mata malah kepada setiap manusia. Perisainya ialah terus hidup dalam tarbiah (suasana mendidik) dan tetap berdakwah,
insya-Allah sekalipun difitnah, akan dibela Allah SWT.

Zaman Berubah, Pemikiran Wanita juga Boleh Berubah Selagi Dalam Batas
Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”

Beliau berkata lagi, “Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah.”

Bagaimana jika lelaki memandang dengan syahwat?
Antara risiko lain bagi wanita yang mendedahkan wajah ialah takut-takut lelaki fasik memandangnya dengan syahwat. Mari kita teliti perbahasan ulama berikut: 

As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”

Perintah menundukkan pandangan dalam konteks ini ditujukan kepada lelaki tersebut. (Wanitapun kena tundukkan pandangan tapi tidak wajib menutup wajah dan mukanya dalam konteks ini). Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak. Namun, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?

Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”

Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja. Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.

Maslahah Kecil atau Maslahah Besar?
Melihat cantiknya seorang pendakwah wanita dalam media cetak atau elektronik mungkin menyebabkan seorang lelaki terfitnah. Namun, mungkin kehadirannya di arena itu juga menjadi sebab 1000 orang wanita lain mendapat hidayah dengan izin Allah SWT. Mutiara ilmunya, pakaiannya, budi bahasanya dan apa-apa yang dia tonjolkan secara langsung menjadi ikutan, bukan sekadar mendengar teori tanpa gambaran yang jelas. Patutkah kita hanya memikirkan maslahah yang sedikit hingga mengabaikan maslahah yang lebih besar?

Pengalaman hidup saya sendiri ketika di alam remaja, saya dahagakan idola. Saya sedar, idola paling utama ialah Rasulullah SAW. Selain itu, tokoh-tokoh wanita yang masih hidup turut mengesani peribadi saya. Seperti kebanyakan remaja lain, saya ingin melihat idola saya itu berkata-kata secara langsung, berperibadi di depan mata dan menunjukkan contoh dengan perbuatannya. Bukan itu sahaja, saya mahukan gambar idola saya itu disemat di dalam dompet agar saya dapat mencontohinya. Saya bersyukur apabila menemui gambar tokoh pejuang seperti Zainab al-Ghazali. Begitu juga gambar puteri sulung Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Ilham dan sebagainya.

Muslimah yang tidak meletakkan gambar di facebook atau meletakkannya, masing-masing ada fatwa hati, dan ada niat suci tersendiri. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mempunyai tujuan. Masing-masing mengikut garis hukum dan menutup aurat. Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik, tidak berpecah belah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.



Habis..... So macam mana? Boleh je nak letak janji tutup aurat dengan sempurna. Tak nak letak pun tak apa. Lebih baik tak payah letak.. Hehehehe Terima Kasih Membaca..

Blogger Syok Sendiri..



Semua dah tidur.. Bunyi cengkerik kedengaran.. Krik krik krik..

Assalammualaikum semua.. Fuhh penat lelah bersihkan blog ni ah.. Aah.. bersihkan blog.. Delete entry yang tak masuk akal, tak ada kene mengene, tak matang, entry bergambar ape ke benda entah, entry mengarut.. and bla bla bla.. Bila aku baca-baca balik, alahaiii malunya bila orang baca. Segan. (Okay tutup muka kejab) Kejab je lah. Lepas tu bukalah balik, kalau tutup, macam mana nak update blog..



Daripada entry 4++, sekarang tinggal 1++. Dengan laptop yang serba lembab ni, (tapi Alhamdulillah lah boleh guna) terpaksalah juga hadapnya. Mana yang berkenaan semua aku dah padam. Bila baca entry yang dah lepas-lepas, ayat rasa melampau pun ada. Ada lah juga hampir-hampir nak tampar muka sendiri.. Hahaha anomnomnom. Mana nak letak muka..

Bila dah besar ni, dah matang, better than before, dah boleh fikir mana yang betul mana yang salah, mana yang elok mana yang tak elok, mestilah malukan. Mungkin sebab baru buat blog and semangat lain macam. Mana tak lain macamnya! Tiap-tiap hari muka aku je update blog. Hari ni update blog, esok update lagi. Pendek kan cerita, semua bendalah aku nak update! Kalau tak tahu nak update apa, mesti cari contest. Kalau tak ada contest, carilah apa-apa tajuk untuk dijadikan entry blog. Sanggup pulak tu.. Okay zaman tu adalah zaman Syok Sendiri.. Malu k malu..



Umur pun dah meningkatkan. So aku rasa, sepatutnya aku delete semua benda yang tak sepatutnya, and mulakan yang baru and aku tahu, readers pun naik meluat plus menyampah baca blog aku atau korang kalau over sangat. Naik menyampah!

Lagi-lagi blog yang ada banyak segmen.. Banyak segmen daripada entry.. Ni blog personal ke blog untuk contest. Hilang mood nak baca blog dah! Blog dah lawah dah! Meletop-letop. Tapi tak akan nak bagi baca 'contest' je kowt? Come on! Contest yang lepas-lepas tu, delete je lah.. Yang rasa dah berkurun lama, and patut delete, delete je terus.. Blog aku? Tak ada apa yang menariknya pun.. Biasa jek.. Cukup untuk aku ceritakan pasal life aku saja..



Mungkin sebab tak rasa macam apa yang aku rasa ni? Lama-lama nanti rasalah.. Oh ya! Dah nak bertemu Nisfu Syaaban. Tak lama lagi Ramadhan.. Semoga kita dapat bertemu Ramadhan.. Assalammualaikum

Contest Saya Nak Hadiah By Syahirah Valiant!!!

KLIK GAM,BAR DAN JOIN CEPAT!!
Lebih 20 Pemenang yang dicari.. Sementara korang ada masa ni, tak ada keje kan.. Baik join.. Manalah tahu rezeki korang ke? Hadiah pun akan bertambah kalau contest ni dapat sambutan tau.. jomlahh banyak hadiah.. SENARAI HADIAH !


Due Date : 17 May 2015 - 17 June 2015


Kita Tak Sama..

DIAM….
Itu adalah salah satu cara terapi diri aku bila aku terlalu sakit hati..
Itu adalah salah satu cara untuk aku lepaskan segala rasa yang terpendam..
Itu adalah salah satu tips untuk meredakan perasaan aku..

BUAT TAK TAHU….
Bila orang buat aku, aku mengambil keputusan untuk membuat tak tahu saja..
Bila orang hina, mengumpat, tak puas hati dengan aku, aku memang buat tak tahu je…
Aku tanya korang.. Apa yang aku dapat kalau aku balas membalas? Tambah rasa sakit hati je..
Baik aku buat tak tahu je…

BERMONOLOG….
Aku memang suka cakap sorang-sorang..
Aku memang suka termenung sorang-sorang..
Aku memang suka cakap dalam hati..
Aku memang suka duduk sorang-sorang..
Aku lebih suka berdiam…
Mungkin sebab tu orang panggil aku pendiam..
Tapi hakikatnya aku bukan pendiam..
Kawan yang rapat dengan aku, mesti kenal aku..

TAK BANYAK CAKAP…..
Aku memang tak banyak cakap..
Aku bukan yang pot pet pot pet...
Orang memang suka usik aku..
Aku hanya mampu ketawa dan tersenyum.. ketawa dan tersenyum.
Tu je yang aku mampu..
Aku memang ramai kawan banyak cakap.. sebab aku tak banyak cakap..
Kawan baik aku cakap, siapa nak kawan dengan aku, kene ada topic untuk cakap dengan aku..
Kalau tak, kau diam, aku pun diam.. Dunia serta merta macam cengkerik.. Krik krik..

MALAS…
Malas aku, bukanlah malas yang nak buat kerja rumah, masak atau sebagainya..
Malas yang aku maksudkan ialah… aku malas nak ambil tahu kisah orang.. Kisah orang yang macam mana?
Kisah orang yang sakitkan hati aku..
Aku malas nak ambil hati bila orang sakitkan hati aku..
Aku malas nak berdendam..
Aku malas nak marah-marah..
Aku malas nak masuk campur..
Aku malas nak bergaduh..
Aku malas nak besar-besarkan masalah.. Even masalah besar sekalipun, aku akan cuba bawa berbincang dan kecilkan..
Aku malas nak fikir pasal orang yang cari masalah dengan aku sebab aku tahu aku tak dapat apa..
Aku malas nak melatah… Malas…
Maka aku pilih untuk berdiam…

TAK KISAH..
Aku tak kisah..
Aku tak kisah apa orang nak buat pada aku..
Aku tak kisah apa orang nak cakap, nak mengumpat, nak hina, so, go on.. sebab aku tak kisah..
Aku tak kisah orang nak buat apa…

TAPI…..
Bila sampai satu masa, mungkin aku diluar kawalan, aku akan cakap selamba badak aku tanpa fikir perasaan orang…
Bila sampai satu masa, aku akan lepaskan apa yang aku nak lepaskan bila orang tu mula terus menerus cari gaduh dengan aku.. dan waktu itu, aku bukanlah aku.. aku umpama orang lain dalam api kemarahan.. Even aku marahkan orang sekalipun, aku tak akan minta maaf pada orang yang sakitkan hati aku….
Bila sampai satu masa, mungkin aku tidak tahan dengan apa yang aku pendam, aku akan menangis menangis dan menangis sebab terlalu sakit sangat…




I Love Blogging "Aku adalah Aku"



Alhamdulillah.. Cuaca mendung dan terasa sejuk sikit.. Cool.. Dalam beberapa hari ni, tak hujan pun.. Hujan pun kejab je, lepas tu okay balik. Kalau tak hujan pun, mendung jek.. Kalau tak hujan and tak mendung, malam mesti sejuk lain macam. Hah macam tulah cuaca sejak akhir-akhir ni, tak stabil.. Mungkin nak hadirnya bulan Ramadhan? Ramadhan kan maksud dia panas terik.. Ya Allah.. Temukan aku dengan Ramadhan-Mu.. Jujur.. Aku rasa tak sabar.. Hahahaha.. and Im really hope, puasa tahun ni kasi full terus! Wahhhh..



Aku suka penulisan.. Baca blog orang, blogwalking kan, bila ada mood baca.. Then, baca.. Bila ada ilham, aku coretkan. Tak kisahlah apa yang ada dalam kepala benak kat kepala aku ni. Hahaha.. Tapi aku ni boleh dikategorikan sebagai cepat bosan lah jugak. Dok tahu kenapa.. Dengan blog, dok la.. Hahahaha Aku suka blogging! I Love Blogging! Why?

Sebab aku boleh share segala-galanya pada semua orang. Walaupun aku bukan macam Lyssa Faizureen, Kak Uzu a.k.a. Emas Putih, Kak Fatin Liyana, Ben Ashaari, Irine Nadia, Yuyu Zulaikha, Haniz Zalikha, Diari Jejaka Hangat, Wanaseoby, peghhh ramai gila aku nak sebut.. Ina Ainaa… hurm ramailah.. Aku memang follow blog diorang. Dan aku follow secara live sekali di Instagram diorang. Sikit jeaku cakap. Memang berbeza dengan hidup aku..



Aku tak ada buat tutorial.. Aku tak nak bagi tips pasal kesihatan atau bercinta ke apa.. Nothing. Taka da langsung.. Aku tak ada buat segmen TIP TOP, ramai sponsor.. Tak ada.. Aku taka da followers yang berkepuk2.. Tak ada. Aku tak ambil coretan diorang. Melainkan aku credit. Aku sukaa tengok perkembangan diorang.. Aku suka.. Kadang-kadang aku terfikir.. “Kalaulah aku macam diorang…” No! In mind set is NO! Aku adalah Aku! Aku nak orang kenal aku sebagai aku sahaja.. Sebab tujuan aku buat blog, untuk share semua pasal aku, life aku, persekitaran, apa yang aku rasa, pengalaman aku.. And everything about me.. Aku nak share penulisan aku..

Jealous? Hey bodohlah aku kalau aku kata tak kan..? Bagus apa jealous.. As motivation for ourself (ohmyenglish). Lagi pun jealous benda baik kan.. Sampai blogger tip top siap peril aku lagi.. Terasa lah sikit.. Hahahahaha but aku tak kisah and tak ambil hati. Sebab aku just gurau and puji.. bukan kutuk.. Itu peribadi aku.. Aku tak nak orang gelar aku sebagai ‘copy caters’.. Eeeeee buruk nau bunyinya kan.. Pleaseelahh… Kan dulu pernah ada kes, yang copy template orang bulat-bulat.. Itu namanya PENCURI! Dosa tau.. So, jangan jangan jangan.. Tak baik.. Kalau tak tahu guna blog, hias2 blog, just guna simple template saja.. senang.. blogskin.. kan?



Ingatkan senang jadi blogger.. Daripada aku mengengsot, lepas tu merangkak, now sekarang aku bertatih-tatih lagi dalam berjalan.. Kadang-kadang jatuh.. dan jatuh. Pageview pun dah berkurang sebab aku dah tak active sangat.. Hurm. One day aku pasti akan balas balik kunjungan korang. Gara-gara laptop aku ni ah.. Macam sibut khinzir.. Geram je tau.. Mula-mula memang laju, lepas tu dia lambat.. Mengada betul.. Nyampah pulak tu.. Tak pe.. Its okay.. Dia nak bermanja-manja.. Kita bagi kan..



Bagi aku, setiap blog ada keistimewaannya sendiri.. Followers ramai sebab owner blog cantik.. Followers ramai sebab tuto yang superb!! Followers ramai sebab banyak tips2 yang berguna. Followers ramai sebab penulisan owner blog tu sendiri.. Followers ramai sebab selalu buat giveaway gempak gila bapak punya! So korang rasa korang takat yang mana? Atau mungkin followers korang ramai sebab korang join segmen blogwalking then orang jenjalan kat blog korang lepas tu follow korang.. Macam tu? Macam tu ke?


Korang rasa korang yang macam mana…?

aku lebih suka update blog
dalam keadaan yang sunyi. tengah2 malam, orang dah tido..
tak pun macam sekarang.. sunyi sepi..
tak ada sebarang gangguan..
hanya aku dan lagu.. :)
the sweet instrumental..