Kat Mana Tempat Aku Selepas Ni?

Assalammaualaikum .. Hai semua! Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni rasa malas sangat nak update blog.. Tak ada idea! Tak ada masa? No bukan sebab tak ada masa.. Aku punyalah duduk senang lenang kat rumah tapi tak ada masa?

Tengah update entry sambil dengar lagu instrumental.. Okeyy dah kuatkan sikit.. Baru naik mood nak blogging.. Buat masa ni Nuna duduk rumah dulu.. Pagi bangun subuh, kemas rumah, masak. Itu jelah rutin Nuna setiap hari.. Kenapa tak kerja? Hah! Nak kerja tapi Nuna start kerja bulan satu ni.. Kerja kantin dengan mak cik Nuna juga.. Senanglah kan sebab kerja dengan orang yang kita kenal.. Haishhh mata tak ngantuk lagi.. Huhuhu Even penat sekali pun, tak pe! Memang Nuna nak kerja yang penat-penat ni sebab nak kurus! Hahaha badan da naik 60 something dah! Gasenya dah lebih dah kowt.. And Nuna rasa juga perubahan berat badan Nuna.. J Mana taknya, duduk rumah pun makan je kerja dia! Hehehe

lepas dapat tahu result SPA, esok terus
keluar dengan dia.. jalan2 naik kapal..


Nuna nak share pasal berita sedih.. iaitu Nuna tak dapat SPA tu.. Orang pertama yang tau ialah bakal suami Nuna sendiri.. Memang Nuna menangis pastu dia pujuk.. Dah tak ada rezeki nak wat macam mana kan.. Lama-lama Nuna okey.. :’) Kenapa tak ibu and ayah Nuna yang tahu dulu? Kenapa pakwe Nuna yang tahu dulu?? Sebab waktu tu tengah on call dengan pakwe Nuna.. Ibu and ayah tak ada masa tu sebab kerja.. So, disebabkan keputusan SPA tu mengecewakan, Nuna bagi tahu pakwe Nuna dulu.. Memang menangis jugalah.. Pas tu dia bagi kata-kata semangat.. Dia buat Nuna gelak.. Hahaha semangat and gelak sekejab je pastu nangis balik.. Hahaha langsung tak berkesan cara dia tu.. Huhuhu siapa yang tak sedih kan..

So kemana arah atau hala tuju aku selepas ni? Puas aku tanya soalan yang sama pada pakwe aku.. “Kalau aku tak dapat masuk Universiti macam mana?” Banyak kali aku tanya dia.. Tapi jawapan dia langsung tak memuaskan hati aku.. Jujur.. Aku merasakan seperti peluang aku untuk masuk Universiti tinggal harapan.. ya Allah! Aku betul2 nak sambung ijazah.. Nak sambung belajar..
So aku dah fikir masak-masak dah.. Kalau tak dapat maybe aku nak buat bisnes sendiri.. Sama ada online atau tidak. Pada mulanya bukan online kowt.. Slow-slow.. Mula-mula Nuna nak belajar menjahit dulu.. Lepas tu, dah pandai, buat itu.. Dah pandai buat ini.. Nuna rasa berniaga ni peluang dia lebih cerah tau! Atau kalau tak buat bisnes pun, maybe Nuna ikut kawan Nuna untuk kursus Taska atau Pendidikan Awal Kanak2.. Yang penting tak akan ambil diploma okey! Just waste my time! Baik berniaga.. kan..


Lepas tu suruh lah ibu beli mesin jahit.. J Hehehe Nuna dah fikir dah macam-macam.. Nak jahit blouse.. Macam2! Nuna nak design blouse yang lain dari yang lain.. Okey malas nak cakap.. Nanti tak jadi.. Tapi dah cakap dah? Hahahaha ape pun tak boleh..

Nuna harap sangat2 Nuna dapat sambung belajar. Andai kata tak dapat masuk, Nuna harap impian Nuna untuk berniaga akan berjaya. Kawan Nuna yang TAK SAMBUNG BELAJAR lepas spm, dah berjaya dah sekarang. Jadi usahawan! Sekarang seorang penggembala kambing! Kambing mahal woii! Mana tak kaya! Hahaha Orangnya pun hensem tau.. J


Nuna nak korang doakan Nuna k.. Doakan kejayaan Nuna.. Walaupun tak tahu macam mana nasib Nuna nanti.. Nuna hanya mampu berdoa dan tawakkal saja.. :’) Bye Selamat Malam.. Assalammualaikum..



2 comments:

  1. tak perlu nak sedih kalau tak dapat SPA tu...kan masih boleh usaha yg lain...kerja sambil belajar pun boleh kalau nak :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..