Berangan lagi...


Badan rasa nak demam. Tapi lepas makan nasi dengan sambal ikan bilis, sedap pulak, reda sikit panas.. Makan pulak nasi yang tengah panas. Huishh siapa yang tak tahan. First of all, Nuna nak ucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan pesawat Air Asia QZ 8501 tu.. Kesian diorang.. Terhempas kan.. So, kalau nak kata MH 370 terhempas memang mustahillah.. sebab kalau terhempas, mesti jumpa serpihan2 pesawat kan.. Tak dek akal.. Kat situ ada something wrong.. Nuna tahu, ada sesuatu cerita disebalik tu.. But it's okay.. Hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya..

Tadi tengok 'Raikan Cinta'.. yang pasal Fara Lyna dengan Fikri ehh nama husband dia.. Nuna tertarik bila tengok part dia orang nikah kat atas kapal yang tengah berlayar.. ya Allah.. Nuna tak sangka and tak plan langsung yang ada jugak orang plan nak nikah atas kapal.. Memang cantik suasana dia.. Lepas tu, tengok husband dia solat atas kapal lagi, dengan angin yang kuat macam tu kan, lampu lip lap lip lap lagi.. So, apa sebenarnya yang Nuna nak cakap ni? Hurm...?


Maksud Nuna, semua orang ada angan-angan waktu hari bahagia nanti kan.. Nak ada tu, nak ada ini.. But dalam Islam tidak menggalakkan nanti membazir dan menyebabkan berlakunya hutang. Pakwe Nuna seebenarnya awal2 dah bangkang yang tak nak 'over' or 'mahal' or 'mewah' .. "nanti lepas kahwin aku nak bagi kau makan apa? makan pasir?" hah tu je lah ayat yang dia cakap kat Nuna.. Alaa kumpullah duit,. Belajar pandai-pandai, kumpul duit.. yang berhutang tu sape suruh berhutang?? Kan dah menyusahkan diri and husband.. So kesimpulannya hantaran perempuan jangan letak tinggi-tinggi.. kesian dorang..

Kalau macam Nuna, dulu Nuna teringin sangat nak nikah dalam dewan.. Macam ayat-ayat cinta tu.. Cantik! Penuh dengan bunga2 ros merah.. Hahaha aku rasa memang tak dapat nak capai impian aku tu memandangkan bakal suami awal2 bantah.. hurm! Benci.. Tapi aku tahu, dia bantah pun untuk kepentingan dia and aku jugak.. Hurm.. Tapi impian aku! Hahahaha Hurm tak pelah.. Kebumikan jelah hasrat aku tuh.. Hurm..

Sekarang aku ni lain macam tau.. Asyik fikir pasal baby jek.. Arghhh! Comelnya! Sampai dp facebook aku pun gambar baby lelaki.. Comel wehh.. Hahahaha Semalam lagi lah teruk! Aku memang pantang tengok baby cot! Aku suka! Aku suka yang simple but nice.. Nuna suka warna putih, warna krim-krim sikit, ala-ala inggeris.. Cantik! Serius memang cantik..! Nuna pergi seacrh kat google tau.. Nuna berkenan sangat! Macam nak beli sekarang! Hahaha Tapi tak ada baby lagi.. hurm..




Nuna memang suka yang simple-simple, yang white-white.. Ini kalau bakal suami aku tahu ni, "Jangan buat! Membazir!" So, diam-diam je k! Jangan bagi tahu! Hahahaha Tapi aku memang suka baby dari aku kecik lagi.. comel.. so, kesimpulannya daripada sekaranglah kene kumpul duit.. hahahahahaha! Kalau tak, tak tertunailah impian aku yang macam2 and bebagai ni kan...





1 comment:

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..