Berangan lagi...


Badan rasa nak demam. Tapi lepas makan nasi dengan sambal ikan bilis, sedap pulak, reda sikit panas.. Makan pulak nasi yang tengah panas. Huishh siapa yang tak tahan. First of all, Nuna nak ucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan pesawat Air Asia QZ 8501 tu.. Kesian diorang.. Terhempas kan.. So, kalau nak kata MH 370 terhempas memang mustahillah.. sebab kalau terhempas, mesti jumpa serpihan2 pesawat kan.. Tak dek akal.. Kat situ ada something wrong.. Nuna tahu, ada sesuatu cerita disebalik tu.. But it's okay.. Hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya..

Tadi tengok 'Raikan Cinta'.. yang pasal Fara Lyna dengan Fikri ehh nama husband dia.. Nuna tertarik bila tengok part dia orang nikah kat atas kapal yang tengah berlayar.. ya Allah.. Nuna tak sangka and tak plan langsung yang ada jugak orang plan nak nikah atas kapal.. Memang cantik suasana dia.. Lepas tu, tengok husband dia solat atas kapal lagi, dengan angin yang kuat macam tu kan, lampu lip lap lip lap lagi.. So, apa sebenarnya yang Nuna nak cakap ni? Hurm...?


Maksud Nuna, semua orang ada angan-angan waktu hari bahagia nanti kan.. Nak ada tu, nak ada ini.. But dalam Islam tidak menggalakkan nanti membazir dan menyebabkan berlakunya hutang. Pakwe Nuna seebenarnya awal2 dah bangkang yang tak nak 'over' or 'mahal' or 'mewah' .. "nanti lepas kahwin aku nak bagi kau makan apa? makan pasir?" hah tu je lah ayat yang dia cakap kat Nuna.. Alaa kumpullah duit,. Belajar pandai-pandai, kumpul duit.. yang berhutang tu sape suruh berhutang?? Kan dah menyusahkan diri and husband.. So kesimpulannya hantaran perempuan jangan letak tinggi-tinggi.. kesian dorang..

Kalau macam Nuna, dulu Nuna teringin sangat nak nikah dalam dewan.. Macam ayat-ayat cinta tu.. Cantik! Penuh dengan bunga2 ros merah.. Hahaha aku rasa memang tak dapat nak capai impian aku tu memandangkan bakal suami awal2 bantah.. hurm! Benci.. Tapi aku tahu, dia bantah pun untuk kepentingan dia and aku jugak.. Hurm.. Tapi impian aku! Hahahaha Hurm tak pelah.. Kebumikan jelah hasrat aku tuh.. Hurm..

Sekarang aku ni lain macam tau.. Asyik fikir pasal baby jek.. Arghhh! Comelnya! Sampai dp facebook aku pun gambar baby lelaki.. Comel wehh.. Hahahaha Semalam lagi lah teruk! Aku memang pantang tengok baby cot! Aku suka! Aku suka yang simple but nice.. Nuna suka warna putih, warna krim-krim sikit, ala-ala inggeris.. Cantik! Serius memang cantik..! Nuna pergi seacrh kat google tau.. Nuna berkenan sangat! Macam nak beli sekarang! Hahaha Tapi tak ada baby lagi.. hurm..




Nuna memang suka yang simple-simple, yang white-white.. Ini kalau bakal suami aku tahu ni, "Jangan buat! Membazir!" So, diam-diam je k! Jangan bagi tahu! Hahahaha Tapi aku memang suka baby dari aku kecik lagi.. comel.. so, kesimpulannya daripada sekaranglah kene kumpul duit.. hahahahahaha! Kalau tak, tak tertunailah impian aku yang macam2 and bebagai ni kan...





Review : Cloth Pad & Liner Snowdrop



Ini first time tengok satu pengubahsuaian atau pun penginovasian yang sangat mengujakan Nuna.. Nuna memang sengaja je review tuala wanita ni sebab nampak lain daripada yang lain. Nuna tak sangka and exited and rasa tak percaya sebab adanya tuala wanita versi kain cotton ni.. Macam best jek! Bukan macam tapi memang.. Why?


Apa yang nuna suka ialah ciri-ciri cloth pad tersebut.. Pertama sekali lapisan atas yang sangat lembut, akan berasa sentiasa kering, ada banyak lapisan penyerap, and then kalis air(tanpa bocoran), bahagian belakang yang lebar untuk lebih selesa, ada dua butang!, tiada kerutan di seluar dalam wanita serta ada gelung riben... Menariknya! Memang lain dari yang lain..!

Klik gambar untuk lebih jelas!



Saiz?? Jangan risau! Dia memang ada macam2 saiz! Tak percaya? Banyak colour pulak tuh! Siapa yang tak suka.. Hahaha kitakan perempuan. Mestilah macam teruja sikit kan! :)


Kalau waktu hari pertama and hari kedua, waktu tu kan cecair tengah banyakkan, hah nuna sarankan guna Maternity, yang warna purple tu.. 5 Hingga 7 Jam.. lepas tu tukar..Kalau korang pergi seacrh google 'Cloth Pad' meang dah berlambak dah! But nuna sure mesti ramai yang masih tak tahu lagi kan pasal pad ni. :)


But nasihat Nuna ialah pilihlah tuala wanita yang sesuai dengan kulit korang k! Yelah kadang2 ada sesetengah tuala wanita yang membuatkan kulit kita gatal2 tau.. Kemerah-merahan.. Pilihlah tuala wanita yang lebih elok sikit.. Nak tahu tak tuala wanita yang terbaik apa? Tuala Wanita HERBA! Memang mahal! Tapi sangat bagus! :)

Jika Seseorang Itu....



1. Jika seorang itu BANYAK TIDUR, dia sebenarnya KESEDIHAN.
2. Jika seorang itu tak BANYAK CAKAP, tetapi laju bila bercakap, dia sebenarnya BERAHSIA.
3. Jika seorang itu TIDAK MENANGIS, dia sebenarnya KUAT.
4. Jika seorang itu makan dengan LAJU, dia sebenarnya TERTEKAN.
5. Jika seorang itu MENANGIS kerana perkara kecil, dia sebenarnya LEMAH LEMBUT.
6. Jika seorang itu CEPAT MARAH walaupun perkara KECIL, dia sebenarnya TAKUT KEHILANGAN orang yang dia sayang.
7. Jika seorang itu selalu bertanya dan ingin KEPASTIAN, sebenarnya dia TAHU apa yg telah seseorang buat di BELAKANG dia.
8. Jika seorang itu telah KECEWA, dia lebih rela hidup SENDIRI.
9. Jika seorang itu memberi peluang walaupun sudah berkali di DUSTAI, itu tandanya dia MENGHARAP seseorang itu berubah untuk MENGHARGAI.
10. Tapi jika dia dah TAK PEDULI, jangan di tanya kemana dia PERGI.


Kat Mana Tempat Aku Selepas Ni?

Assalammaualaikum .. Hai semua! Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni rasa malas sangat nak update blog.. Tak ada idea! Tak ada masa? No bukan sebab tak ada masa.. Aku punyalah duduk senang lenang kat rumah tapi tak ada masa?

Tengah update entry sambil dengar lagu instrumental.. Okeyy dah kuatkan sikit.. Baru naik mood nak blogging.. Buat masa ni Nuna duduk rumah dulu.. Pagi bangun subuh, kemas rumah, masak. Itu jelah rutin Nuna setiap hari.. Kenapa tak kerja? Hah! Nak kerja tapi Nuna start kerja bulan satu ni.. Kerja kantin dengan mak cik Nuna juga.. Senanglah kan sebab kerja dengan orang yang kita kenal.. Haishhh mata tak ngantuk lagi.. Huhuhu Even penat sekali pun, tak pe! Memang Nuna nak kerja yang penat-penat ni sebab nak kurus! Hahaha badan da naik 60 something dah! Gasenya dah lebih dah kowt.. And Nuna rasa juga perubahan berat badan Nuna.. J Mana taknya, duduk rumah pun makan je kerja dia! Hehehe

lepas dapat tahu result SPA, esok terus
keluar dengan dia.. jalan2 naik kapal..


Nuna nak share pasal berita sedih.. iaitu Nuna tak dapat SPA tu.. Orang pertama yang tau ialah bakal suami Nuna sendiri.. Memang Nuna menangis pastu dia pujuk.. Dah tak ada rezeki nak wat macam mana kan.. Lama-lama Nuna okey.. :’) Kenapa tak ibu and ayah Nuna yang tahu dulu? Kenapa pakwe Nuna yang tahu dulu?? Sebab waktu tu tengah on call dengan pakwe Nuna.. Ibu and ayah tak ada masa tu sebab kerja.. So, disebabkan keputusan SPA tu mengecewakan, Nuna bagi tahu pakwe Nuna dulu.. Memang menangis jugalah.. Pas tu dia bagi kata-kata semangat.. Dia buat Nuna gelak.. Hahaha semangat and gelak sekejab je pastu nangis balik.. Hahaha langsung tak berkesan cara dia tu.. Huhuhu siapa yang tak sedih kan..

So kemana arah atau hala tuju aku selepas ni? Puas aku tanya soalan yang sama pada pakwe aku.. “Kalau aku tak dapat masuk Universiti macam mana?” Banyak kali aku tanya dia.. Tapi jawapan dia langsung tak memuaskan hati aku.. Jujur.. Aku merasakan seperti peluang aku untuk masuk Universiti tinggal harapan.. ya Allah! Aku betul2 nak sambung ijazah.. Nak sambung belajar..
So aku dah fikir masak-masak dah.. Kalau tak dapat maybe aku nak buat bisnes sendiri.. Sama ada online atau tidak. Pada mulanya bukan online kowt.. Slow-slow.. Mula-mula Nuna nak belajar menjahit dulu.. Lepas tu, dah pandai, buat itu.. Dah pandai buat ini.. Nuna rasa berniaga ni peluang dia lebih cerah tau! Atau kalau tak buat bisnes pun, maybe Nuna ikut kawan Nuna untuk kursus Taska atau Pendidikan Awal Kanak2.. Yang penting tak akan ambil diploma okey! Just waste my time! Baik berniaga.. kan..


Lepas tu suruh lah ibu beli mesin jahit.. J Hehehe Nuna dah fikir dah macam-macam.. Nak jahit blouse.. Macam2! Nuna nak design blouse yang lain dari yang lain.. Okey malas nak cakap.. Nanti tak jadi.. Tapi dah cakap dah? Hahahaha ape pun tak boleh..

Nuna harap sangat2 Nuna dapat sambung belajar. Andai kata tak dapat masuk, Nuna harap impian Nuna untuk berniaga akan berjaya. Kawan Nuna yang TAK SAMBUNG BELAJAR lepas spm, dah berjaya dah sekarang. Jadi usahawan! Sekarang seorang penggembala kambing! Kambing mahal woii! Mana tak kaya! Hahaha Orangnya pun hensem tau.. J


Nuna nak korang doakan Nuna k.. Doakan kejayaan Nuna.. Walaupun tak tahu macam mana nasib Nuna nanti.. Nuna hanya mampu berdoa dan tawakkal saja.. :’) Bye Selamat Malam.. Assalammualaikum..