Lulus Ujian Online SPA Separa Perubatan


Assalammualaikum! Assalammualaikum semua..! Huhuhu busy sangat-sangat.. But tetap cari masa sikit untuk update blog.. No way tak update.. Kena update! Yela macam diri kita jugak! Mesti sentiasa 'update'.. Hurm! Update amalan kita lah. No way tak update! Bersihkan apa-apa yang patut k! Huhuhu

Entah hari apa tah.. Time cuti seminggu tu.. Dapat mesej dari 15888.. Number tu memang number kerajaan and i trust that. Dapat mesej yang mengatakan bahawa Nuna akan menghadapi ujian online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Bila ingat-ingat kan balik, eh memang memadai lah. Sebab time SPM dulu, Sains nuna memang kredit. A- je la.. Huhuhu Alhamdulillah.. Nuna nak katakan tak adalah tak minat langsung dalam perubatan ni.. Adalah minat sikit-sikit.. Cuma Nuna tak faham dengan jawatan SPA bagi tu.. Macam mana ek Separa Perubatan tu?


Amende Psikometrik tu? Pengetahuan Am tu amende pulak? Zero k zero! Satu hapak pun Nuna tak tahu.. :( Apa lgi sehari sebelum exam, dengan line macam apa tah, terpaksa belajar secara online yang aca2 belajar.. Hahahaha Pengetahuan Am! Kebetulan Nuna kan masuk STPM kan.. Dia sikit lebih kurang macam Pengajian Am. Alhamdulillah juga sebab soalan2 yang dorang tanya tentang science ada sikit dari silibes form 5 dulu.. Hahahaha yang selebihnya tentang isu semasa and kementerian2.. Huhuhu masak!


Siap printscreen bebagai! Hahaha aku lah kan.. Sibuk macam mak jemah! Yang psikometrik tu dia just tanya tentang personaliti diri jek. So tak adalah kesah sangat.. Ayat belagak! Kang tak past kang! Menonong ! Frust menonggeng kau kang! Ternganga mulut!


Ni paling tak boleh bla! Hahaha time ni rasa pelik jek.. Dah kenapa! Mana soalan ni? Masa berjalan! Time ni nak jawab soalan psikometrik! Huhuhu pas tu ada repeat masa. SPA pun ada minta maaf.. Anda dimaafkan! Huhuhuhu Kawan2 semua pelik. 'Jia, macam mana hangg boleh dapat...?' 'Untungla Unaaa dapat SPA. Orang dah daftar tapi tak dapat un...' Muncung sampai ke depan.. Hahahaha rezeki masing2.. Tapi ingat! Nuna belum tentu dapat juga.. ini baru permulaan..

KLIK UNTUK BESAR!

Tadaaaa! Dah berjayaa.. Keputusan online pun dah keluar.. Ibu, akak cakap kalau dapat SPA, pergi je and berhenti form 6. Orang yang ada degree tu belum tentu dapat kerajaan.. Cikgu nuna pun ada cakap.. Baguslah kalau dapat. Sekurang2nya ada masa depan.. -_- Cikgu tengok saya ni orang macam tak ada masa depan ke selama ni? Huhuhu :( sob sob sob gurau k gurau..

Nanti dia akan bagi tahu tarikh temu duga tu.. Hurm Takutlahh.. pulak tak takut kan.. Entah apa tah dorang tanya..

Aku : "Ayah, jia takutlahh temu duga t. Entah apa tah yang dorang tanya kang.."
Ayah : "Apa susah! Jawab je la apa yang dorang tanya.."
Aku : "@#!$% -_-"

Paling tak boleh bla muka ayah aku selamba badak jek.. Malas nak layan ayah lagi.. Hahahahahaha k bye nak smabung study.. Pada korang yang dapat and lulus tahniah ea.. Semoga berjaya di temu duga nanti.. k Bye! Assalammualaikum

5 comments:

  1. Hop sama² berjaye la ehh.. Good luck

    ReplyDelete
  2. muni pon dpt jugak tapi dpt jawatan kastam . . hari ahad baru ni pergi interview . . pergh neves gila ! skrg tggu result je la berjaya ke tak . . kalao dpt sonokla . . dah la gov susah nak masuk . . huhuh . .

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sis. boleh tak sy nk no sis nk tnya pasal ujian separa perubtan ni. harap balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat.. saya baru buka dashboard blog.. sila email saya azlanmulan@gmail.com

      Delete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..