Demam Yang Teruk!



Assalammualaikum! Barulah sekarang dapat bagi full attention kat blog ni.. Dah berapa minggu entah tak update blog..

Pelik.. 21.8 aku rasa aku baru je demam tau.. Ni demam lagi. Start demam hari khamis, badan panas gila! Kawan aku lah jaga aku time aku kat dalam dorm. Mula-mula cerita dia macam ni. Waktu tu aku tengah buat kerja tau. Tiba-tiba tangan aku menggigil-gigil, rasa nak menangis.. Perlahan-lahan aku rasa pipi aku, rasa dahi aku, mula panas sikit. Menggeletar bibir aku.

ni pun batuk-batuk lagi..


Tangan aku mulalah naik sejuk. Tepat jam 9 pagi, kawan aku hantar aku balik dorm. Dari pagi sampai ke malam, aku baring jek!! Bangun tu ada! Sekali sebab nak mandi. Mandi pun duduk! Jalan nak pergi tandas pun kene pegang dinding tau.. ya Allah sedihnya mengenangkan balik. Sepanjang aku hidup, inilah pertama kali aku demam sampai empat kali dalam masa terdekat. Tak pernah pun macam ni. 

Paling terkejut demam ni bila dia kejab okey, kejab tak, kejab okey, kejab tak. Ayah sampai sanggup carikan air kelapa, tak tidur malam pulak tu jaga aku tau. Malam tu memang tak dapat tidur sebab badan panas, sakit kepala. Macam tulah kisahnya budak demam. Korang bayangkan berapa kali aku cuti. Khamis, Jumaat, Isnin, Selasa, Rabu.. Lima hari! Dari minggu lepas kowt. Cikgu pun macam dah faham dah. Semua tanya kawan baik aku, “Najiha mana?” kawan aku pun jawab “Najiha demam!” Esok barulah aku datang. Ikutkan hati nak sambung je cuti. Hehehe Tapi mengenangkan minit mesyuarat pun tak siap lagi, nak cuti apanya.. Terpaksa gigihkan juga badan ni.. Apa boleh buat.. Hurm..

Senang cerita badan aku ni mudah dapat penyakit. Senang demam. Cepat jatuh sakit. Demam jadi teruk bila demam waktu musim hujan. Makin sejuk, makin susah nak baik demam. Take a long time! Nak cerita kat korang sebab tak penah terjadi sampai empat kali demam dalam masa terdekat. Sampai kawan pun pandailah buat spekulasi.. Kene jangkitan kuman kowt? Hahahaha mana ada..

Doktor just pesan kalau demam sekali lagi, terus pergi hospital saja. Doktor just takut demam denggi jek. Tapi sebenarnya demam biasa je. Junior yang satu dorm dengan Nuna pun cakap benda yang sama. "Kita tak pernah demam teruk macam Kak jia ni." Nak buat macam mana. Allah sayang akak, sebab tu Dia bagi sakit.. :)

Itu Eyhaa. Junior yang Nuna cakap tu.. Happy go lucky plus gila-gila
aku layan dia.. Hahaha

Paling terharu bila my twin lapkan kaki, muka, tangan yang panas malam tu.. Semalam kat kelas pun kawan tegur. Jia, badan kau panas lagi ni.. Sedangkan aku rasa macam dah okey.. Daripada minggu lepas, khamis, jumaat, isnin, selasa, rabu.. Tak datang sekolah sebab demam panas tu lah.. :)

2 comments:

  1. Take care and be strong my friend. Betul jugak, penyakit tu penghapus dosa. Inshaallah okay :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..