Lulus Ujian Online SPA Separa Perubatan


Assalammualaikum! Assalammualaikum semua..! Huhuhu busy sangat-sangat.. But tetap cari masa sikit untuk update blog.. No way tak update.. Kena update! Yela macam diri kita jugak! Mesti sentiasa 'update'.. Hurm! Update amalan kita lah. No way tak update! Bersihkan apa-apa yang patut k! Huhuhu

Entah hari apa tah.. Time cuti seminggu tu.. Dapat mesej dari 15888.. Number tu memang number kerajaan and i trust that. Dapat mesej yang mengatakan bahawa Nuna akan menghadapi ujian online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Bila ingat-ingat kan balik, eh memang memadai lah. Sebab time SPM dulu, Sains nuna memang kredit. A- je la.. Huhuhu Alhamdulillah.. Nuna nak katakan tak adalah tak minat langsung dalam perubatan ni.. Adalah minat sikit-sikit.. Cuma Nuna tak faham dengan jawatan SPA bagi tu.. Macam mana ek Separa Perubatan tu?


Amende Psikometrik tu? Pengetahuan Am tu amende pulak? Zero k zero! Satu hapak pun Nuna tak tahu.. :( Apa lgi sehari sebelum exam, dengan line macam apa tah, terpaksa belajar secara online yang aca2 belajar.. Hahahaha Pengetahuan Am! Kebetulan Nuna kan masuk STPM kan.. Dia sikit lebih kurang macam Pengajian Am. Alhamdulillah juga sebab soalan2 yang dorang tanya tentang science ada sikit dari silibes form 5 dulu.. Hahahaha yang selebihnya tentang isu semasa and kementerian2.. Huhuhu masak!


Siap printscreen bebagai! Hahaha aku lah kan.. Sibuk macam mak jemah! Yang psikometrik tu dia just tanya tentang personaliti diri jek. So tak adalah kesah sangat.. Ayat belagak! Kang tak past kang! Menonong ! Frust menonggeng kau kang! Ternganga mulut!


Ni paling tak boleh bla! Hahaha time ni rasa pelik jek.. Dah kenapa! Mana soalan ni? Masa berjalan! Time ni nak jawab soalan psikometrik! Huhuhu pas tu ada repeat masa. SPA pun ada minta maaf.. Anda dimaafkan! Huhuhuhu Kawan2 semua pelik. 'Jia, macam mana hangg boleh dapat...?' 'Untungla Unaaa dapat SPA. Orang dah daftar tapi tak dapat un...' Muncung sampai ke depan.. Hahahaha rezeki masing2.. Tapi ingat! Nuna belum tentu dapat juga.. ini baru permulaan..

KLIK UNTUK BESAR!

Tadaaaa! Dah berjayaa.. Keputusan online pun dah keluar.. Ibu, akak cakap kalau dapat SPA, pergi je and berhenti form 6. Orang yang ada degree tu belum tentu dapat kerajaan.. Cikgu nuna pun ada cakap.. Baguslah kalau dapat. Sekurang2nya ada masa depan.. -_- Cikgu tengok saya ni orang macam tak ada masa depan ke selama ni? Huhuhu :( sob sob sob gurau k gurau..

Nanti dia akan bagi tahu tarikh temu duga tu.. Hurm Takutlahh.. pulak tak takut kan.. Entah apa tah dorang tanya..

Aku : "Ayah, jia takutlahh temu duga t. Entah apa tah yang dorang tanya kang.."
Ayah : "Apa susah! Jawab je la apa yang dorang tanya.."
Aku : "@#!$% -_-"

Paling tak boleh bla muka ayah aku selamba badak jek.. Malas nak layan ayah lagi.. Hahahahahaha k bye nak smabung study.. Pada korang yang dapat and lulus tahniah ea.. Semoga berjaya di temu duga nanti.. k Bye! Assalammualaikum

Tips Menaikkan Pageview Blog!


Assalammualaikum semua! Nampaknya aku dah macam ada masa terluang jek.. Huhuhu homework tak siap lagi tu.. Ish teruknya aku! Hahaha Korang dah makan? Hari aku tak masak :( Sebab hari ni kan cuti.. So, akak-akak aku ada, diorang lah masak. Hahaha masak Tom Yam dengan Betik Masak Lemak.. Tom Yam dia sedap.. Mana entah ibu aku amek rencah dia aku pun tak tahu.. Yang pasti rencah tom yam tu dari Thailand.. So, Tom Yam Thailand lorh! Sedap! Ni pun rasa macam nak makan lagi.. Hahaha



Tips Menaikkan Pageview Blog! Senang jek! Cuba tengok gambar pageview Nuna yang kat atas ni.. Naik mendadak! Kenapa? Hah! Selalu update entry tu yang nombor dua atau tiga.. Cara yang paling berkesan ialah update entry awal-awal pagi! Nanti dah malam, tengok2 dah naik mendadak! Serius! Tak percaya? Hahaha Nuna dah try sebab tu jadi macam dalam gambar kat atas tu.. :)

Kesabaran tu perlu dalam dunia blogger ni.. So, kena banyak-banyakkan bersabar. Yang dah beribu-ribu followers tu, tak kisahlah pageview diorang macam mana kan.. Kamu followers yang tercotet tu dan baru nak up tu, kene kerja keras sikit okay! Bye! Selamat Mencuba! Semoga Berjaya! :D Assalammualaikum!



Demam Yang Teruk!



Assalammualaikum! Barulah sekarang dapat bagi full attention kat blog ni.. Dah berapa minggu entah tak update blog..

Pelik.. 21.8 aku rasa aku baru je demam tau.. Ni demam lagi. Start demam hari khamis, badan panas gila! Kawan aku lah jaga aku time aku kat dalam dorm. Mula-mula cerita dia macam ni. Waktu tu aku tengah buat kerja tau. Tiba-tiba tangan aku menggigil-gigil, rasa nak menangis.. Perlahan-lahan aku rasa pipi aku, rasa dahi aku, mula panas sikit. Menggeletar bibir aku.

ni pun batuk-batuk lagi..


Tangan aku mulalah naik sejuk. Tepat jam 9 pagi, kawan aku hantar aku balik dorm. Dari pagi sampai ke malam, aku baring jek!! Bangun tu ada! Sekali sebab nak mandi. Mandi pun duduk! Jalan nak pergi tandas pun kene pegang dinding tau.. ya Allah sedihnya mengenangkan balik. Sepanjang aku hidup, inilah pertama kali aku demam sampai empat kali dalam masa terdekat. Tak pernah pun macam ni. 

Paling terkejut demam ni bila dia kejab okey, kejab tak, kejab okey, kejab tak. Ayah sampai sanggup carikan air kelapa, tak tidur malam pulak tu jaga aku tau. Malam tu memang tak dapat tidur sebab badan panas, sakit kepala. Macam tulah kisahnya budak demam. Korang bayangkan berapa kali aku cuti. Khamis, Jumaat, Isnin, Selasa, Rabu.. Lima hari! Dari minggu lepas kowt. Cikgu pun macam dah faham dah. Semua tanya kawan baik aku, “Najiha mana?” kawan aku pun jawab “Najiha demam!” Esok barulah aku datang. Ikutkan hati nak sambung je cuti. Hehehe Tapi mengenangkan minit mesyuarat pun tak siap lagi, nak cuti apanya.. Terpaksa gigihkan juga badan ni.. Apa boleh buat.. Hurm..

Senang cerita badan aku ni mudah dapat penyakit. Senang demam. Cepat jatuh sakit. Demam jadi teruk bila demam waktu musim hujan. Makin sejuk, makin susah nak baik demam. Take a long time! Nak cerita kat korang sebab tak penah terjadi sampai empat kali demam dalam masa terdekat. Sampai kawan pun pandailah buat spekulasi.. Kene jangkitan kuman kowt? Hahahaha mana ada..

Doktor just pesan kalau demam sekali lagi, terus pergi hospital saja. Doktor just takut demam denggi jek. Tapi sebenarnya demam biasa je. Junior yang satu dorm dengan Nuna pun cakap benda yang sama. "Kita tak pernah demam teruk macam Kak jia ni." Nak buat macam mana. Allah sayang akak, sebab tu Dia bagi sakit.. :)

Itu Eyhaa. Junior yang Nuna cakap tu.. Happy go lucky plus gila-gila
aku layan dia.. Hahaha

Paling terharu bila my twin lapkan kaki, muka, tangan yang panas malam tu.. Semalam kat kelas pun kawan tegur. Jia, badan kau panas lagi ni.. Sedangkan aku rasa macam dah okey.. Daripada minggu lepas, khamis, jumaat, isnin, selasa, rabu.. Tak datang sekolah sebab demam panas tu lah.. :)