Now, Boleh focus pada study!

Assalammualaikum! Terasa macam nak jerit je kat korang! Rindu weh rindu! Serius rindu! Rindu sebab seminggu tak update blog and tak bebel panjang2 lebo! Hah ni pun curi masa sikit dari study.. Huhuhu shhh! Jangan kecoh2!

Tup2 dah dekat tiga minggu syawal kan.. Raya pun makin lama makin hilang rasa.. Alaaa hari raya akan rasa best bila minggu pertama jek.. Nuna pelik lah. Kat instagram, budak perempuan ni, nak pergi marhaban pun siap nak selfie dulu.. -_- apa keheh nya? Pleasee don't do that..


Kalau tahun lepas, Nuna menyebelahi pasukan bola jaring. And now, Nuna jadi penyokong kat Bola tampar pulak. Kemenangan tidak berpihak kepada kiteorang alaa sampai suku akhir jek. Sebab psycho dari pihak lawan ramai and mengganggu sangat. Secara tidak langsung, kefokusan diorang pun sedikit terganggu.. Apa boleh buat.. Time ni pun tengah buat latihan and tunggu next games.


Walaupun kalah, tapi kiteorang happy sebab dapat spent time together. Kalah, adat permainan kan. Kalau semua orang nak menang je, yang kalahnya sape kan? Peghh naik kelas nanti mesti kene bahan dengan cikgu kiteorang.. Hahahaha yelah kalah kan.. Ngeh3 Kebalkan telinga je lah!


Selain bola tamparand bola jaring perempuan, ada juga bola tampar lelaki and futsal. Tapi gambar bola tampar lelaki memang tak ada. Futsal je ada! Ni yang nak tunjuk dia ni! Hahahaha janji kau makin gelap k! Hahaha bukan aku cakap bro, kawan gua cakap. Kah3



Diam tak diam dah dekat dua bulan dah... Huhuhu yang belah kanan pakai baju kekotak tu kan, hah dia guru kelas kiteorang and pebimbing futsal. Dah macam bapak kiteorang dah weh! Dia yang mana? Yang ganjil! Klu dia tu jek! Hahahaha aku selalu gaduh dengan dia! Hahahahaha senget biskut aku tu weh..

Selesai sudah karnival sukan untuk tahun ni. Tahun depan tak ada. Sebab tahun ni last semester! :( Huhuhu will miss you all.. Tahun lepas, sekolah jadi tuan rumah. Tapi tahun ni, sekolah lain pulak. Huhuhu Now, dah boleh focus pada study and pbs.. Kali ni, aku nak balas dendam pada sem tiga ni! Aku nak buat betul2.. Dah pasang niat dah ni.. K2.. tak nak bebel lama2.. Nak study! Hahahaha LOL!
Bye korang.. Assalammualaikum..




Raya Dah Habis!

Satu family menghadap cerita Juvana The Movie. Best la cerita dia. Huhu Esok hari apa? Ahad! Eh esok dah mula naik hostel lah! Aduhh kerja tak settlel lagi ni. Huhuhu

Dua hari satu malam saya di Kajang. Sana sini, bangunan jek! Panas and bahang tu memang lah kan. Yela Nuna tak biasa kat tempat orang lagi.. Bayangkan! Dah mandi, tetap rasa panas and bahangnya. Dah tidur, bawa kipas, tapi still berpeluh, sampai buka baju tahu tak! Hahaha Berpeluh2.. Rumah pun rumah batu kat Taman Seri Mewah. Cantik rumah kat sekitar taman tu. Beso2!


Alhamdulilllah lah sebab sepanjang perjalanan tu tak adalah jam sangat. Biasa2 jek! Dah nama pun highway. Kalau kat Melaka, kereta Saga FLX tu la yang paling laju! Tapi bila kat highway, kereta tu lah yang paling last. Dah bawa kelajuan 100 pun macam tak rasa.. -_- ayah lepas ni beli audi k! huhuhu nuna tengok ramai sangat guna audi kat highway. Smart2 pulak tu! Geram je rasa. Dah lama tau Nuna usha! hahahaha

Tu kat Sungai Congkak Hulu Langat.. Paling kelakar ialah nak pergi sana pun kena bayar Tol? Nuna pun ceritalah kat kawan Nuna. Dia cakap zaman sekarang semuanya guna duit. Mati pun guna duit jugak kan.. Macam2!

time tu kat Mydin. Tak ramai orang! Parking pun tak banyak but okey lah sebab masih baru lagi kan.. Huhuhu murah2! Harga sama jugak! Paling sedap sate Kajang. Boleh tahan.Kah3! Nuna tambah2 tau.. Nuna suka sate ayam and kerang.. Huhuhu

Raya pun dah habis. Nuna pergi kajang hari Jumaat sebab raya rumah sedara kat sana. Tak decides pun tak nak tidur sana, nasib baik bawa baju spair. Huhuhu itu pun Nuna lupa nak bawa. Mana taknya bawa salah beg. Baju tu masuk dalam beg lain.. Okeyy citer Juvana dah sampai klimaks! hahahaha


Raya dah habis! Huhuhu yang belajar tu, sambung belajar k! Nuna pun nak sambung kerja dulu. K tata Assalammualaikum..