Pengorbanan Itu Menyakitkan..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Nuna dah lama nak cari ruang untuk update entry.. Hari tu result keluar, teruk memang teruk. Balik je rumah kena basuh dengan akak Nuna.. ;"( Apa boleh buat. Sedih lagi bila dengar MH17 tu.. Haishhh kita pulak yang jadi mangsa kan.. Redha je la lagi.. Nuna dengar sedih tau. Nuna dengar ada yang nak balik raya, tapi tak kesampaian. Ada satu  family yang nak balik ke tanah air, tapi menemui ajal dahulu.. Siapa je yang tak sedih. Terasa tau.. Bayangkanlah kalau salah seorang daripada keluarga kita atau sahabat handai terlibat dalam tragedi tu. Ya Allah jauhkanlah.. Mengenangkan saudara-saudara kita kat Gaza lagi.. Astaghfirullah.. Mengucap panjang jelah Nuna.. Kita ni jauhh.. Nak pegang senapang pun apa tah lagi.. Yang kita mampu hanyalah berdoa.. Doa orang yang dizalimi adalah dimakbulkan..

Malam ni Nuna sentuh tentang Pengorbanan.. Nuna nak update entry ni pun, cari idea tau! Idea datang pun selepas tonton drama Jauh Dari Cinta lakonan Anzalna.. ya Allah sakitnya berkorban! Tambah-tambah bila melibatkan orang yang kita sayang, orang kita cinta. Rasa sakit tu Allah saja yang tahu.. Kadang-kadang kita sanggup korbankan segala-galanya semata-mata nak tengok orang yang kita cinta bahagia dengan pilihan hatinya.. Kadang-kadang kita terpaksa berkorban kerana hadirnya cinta lama yang menagih cinta.. Persoalannya sanggup kah kita?? Sanggup! ya Memang jawapan kamu adalah Sanggup! Namun hakikatnya kau 'tak sanggup'. Sanggup sedangkan hati terluka.. Itulah yang dimaksudkan Pengorbanan Itu Menyakitkan.

Kadang-kadang orang tak faham kenapa kita sanggup memilih pengorbanan daripada kehilangan kan.. Kalau Nuna pun mestilah Nuna pilih pengorbanan daripada kehilangan dia.. Alhamdulillah dekat sebulan hubungan ni.. Pernah suatu hari tu, retak menanti belah.. Sering bergaduh..Tak ada persefahaman.. Sekarang makin lama makin okey.. Kurang bergaduh.. Mungkin berkat doa Nuna setiap hari.. Nuna rasa bersalah dengan diri Nuna tau... Ishhh rasa nak hukum je diri ni! Lagi pun dia pun dah faham keadaan Nuna.. Dia faham kedudukan Nuna.. Ambil masa yang lama untuk terima, kenal dan faham diri Nuna.. Itu pun satu pengorbanan jugak.. Tolonglah faham awak.. Saya bukan seperti perempuan yang awak kenal selama ni.. Saya tak suka keluar dating.. Bila dengan awak, saya sangat malu! Harap awak faham k?


Pengorbanan itu perlu.. Walaupun kita tahu yang pengorbanan kadang kala memberikan kebahagiaan, kadang kala memberikan kekecewaan, kesakitan.. Tapi itulah yang kita kena terima.. Yang penting doa.. Nuna sendiri tak harapkan yang sempurna untuk diri Nuna.. Nuna tak pernah minta.. Kekurangan dia adalah kekurangan Nuna.. Kelebihan dia adalah kelebihan Nuna.. Selepas solat, Nuna memang selalu berdoa.. Kalau dia jodoh Nuna, Allah permudahkanlah.. Sekiranya tidak, jauhkanlah dia daripada aku.. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Maka, berdoalah.. Itu saja yang Nuna mampu selain menjaga hubungan ni.. Dia dan Nuna mengharapkan hubungan ni pergi lebih jauh.. Kita sama-sama nak yang terbaik untuk hubungan ni.. Kita semua sama-sama nak yang terbaik untuk diri kita kan? So, mintalah pada Allah.. Allah Maha Mendengar.. Kalau dia jodoh kita, jalannya pasti Mudah.. In shaa Allah..

Yang penting, jangan terlalu mencintai.. Jangan terlalu menyayangi.. Nanti bila berpisah, takut terlalu kecewa.. :') Okay... bye Selamat Malam sayang.. Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..