Pahit Ku Telan Jua..

Ruang yang ketiga untuk aku luahkan sesuatu selepas berdoa dan luahkan pada kawan-kawan ialah dengan menaip. Dengan menaip aku dapat rasa seperti ada sesuatu kekuatan. Dengan menaip aku dapat luahkan dengan kata-kata. Dengan menaip aku dapat berkongsi dengan semua orang. Dengan semua orang aku akan peroleh pendapat dari semua readers. Aku ingin memperkatakan tentang diri aku sendiri. Now, tahan sebak sebab depan kawan-kawan. Aku tak nak menyusahkan kawan-kawan. Aku tak nak kawan tertanya-tanya kenapa aku macam ni.

Selepas solat, waktu aku berdoa, aku memang tak lupa minta supaya Allah kuatkan hati aku, tabahkan hati aku, berikan kesabaran sepenuhnya.. Dan aku dapat kesan yang positif sekarang. Allah dah makbulkan doa aku yang hari-hari tu. Allah memberikan aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan pada aku tanpa aku sedari, tanpa aku perasan. Aku mula sedari apabila ujian menimpaku. Dan aku tak sangka aku mempunyai kekuatan sekuat ini. Kesabaran sekuat ini. Ketabahan sekuat ini. Semua itu mengajar aku untuk menghadapi masalah dengan lebih kuat lagi.. Aku redha dengan ketentuan dan ujian yang telah Allah beri pada aku.. 

Walaubagaimanapun, hakikatnya betapa sakitnya menanggung sengsara dan derita semua ini. Betapa sakitnya hati ni nak berdepan dengan semua ini. Betapa sakitnya jiwa dan raga ini untuk sabar, tabah dan kuat untuk berdepan dengan semua ini..

Aku tak tahu dimana silap aku dalam semua ni. Aku tak tahu besar mana dosa aku selama ni. Ya aku tahu dia menunjukkan diri dia yang sebenar. Aku tahu itu bukan lakonan dia. Dan aku terima segala kekurangan dia. Aku selalu pujuk hati aku bahawa ada hikmah disebalik semua ini, Ada hikmah kenapa Allah mempertemukan aku dengan dia. Ada hikmah kenapa semua ini terjadi pada aku. Mungkin Allah nak uji aku. Itu sudah semestinya. Mungkin juga Allah ingin aku menimba pengalaman dari semua ni. Mungkin juga Allah ingin aku bersedia dari sekarang dari segi mental dan fizikal. Aku cuba pujuk hati aku dengan berikan kata-kata positif pada diri aku.. Allah tahu aku kuat, Allah tahu aku tabah, Allah tahu aku sabar, maka sebab itulah Allah beri aku ujian sebegini rupa.

Cemburu adalah sebuah penyakit yang sememangnya ada pada semua orang. Cemburu cukup sinonim dengan perempuan. Ada juga lelaki yang cemburu. Tapi kadang-kadang lelaki, kerana ego mampu menutup cemburunya. Perempuan kalau cemburu tandanya apa ya?

Siapa je yang faham hati ni? Allah. SIapa je yang faham resah ini? Allah. Siapa je yang tahu sakit ini? Allah. Dan selebihnya ialah Kawan. Kawan adalah segala-galanya pada aku. Tanpa kawan, siapalah aku ni. Tanpa kawan, aku tak mampu jadi sekuat ini. Dan aku bersyukur masih ada lagi kawan yang mengambil perat perihal aku. Ahh sebak terasa.. Rasa macam nak menangis tapi aku tahan je. Tak kena ditempatnya. Kali ni aku tak nak kawan-kawan tahu. Aku cuba menutup air muka aku. Tapi kawan-kawan tetap tahu..

Aku terima ujian ini dengan redha walaupun terasa amat pahit. Walaupun pahit, aku terpaksa telan. Aku kena berdepan juga. Sebab aku! Aku yang pilih jalan ni. Aku yang pilih laluan ni! Aku yang ikut kata hati!! Aku yang begitu senang….! Ahhh lupakan saja.. Apa lagi yang aku ingin cakapkan.. Cukup hanya aku mampu kata bahawa hati aku cukup sakit dengan apa yang aku rasa, dengar dan lihat tadi….


Assalammualaikum..


1 comment:

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..