#Kosongkosongokey!

Subhanallah! Jalan jam teruk kat Melaka.. Lalu jalan ini, jam.. Jalan itu, jam.. Sampai ayah and akak Nuna dah tak tahu nak jalan kat mana lagi.. Hahahaha beratur panjang kat traffic light.. Yela masing2 ada yang dah nak balik KL kan, sambung kerja lepas lima hari cuti..

Pagi-pagi raya dah kecoh! Ibulah. Bangun jam 6 pagi.. Tapi nak gerak 6 setengah pagi.. Ibu, anak-anak ibu ada lima orang perempuan tau. Dah lah siap lambat, nak itu lagi, nak ini lagi.. Hahahaha macam2 berlaku waktu pagi tu. Lepas tu dah okey sikit..

Hari pertama makan, hari kedua makan. Seharian makan tahu tak! Perut penuh sampai dah tak tahu nak sumbat apa.. Ni hah, asyik kentut2 je! Hahaha By the way, Nuna nak ucapkan selamat hari raya tauuu.. Maaf zahir batin..

Letihnya badan.. Rasa nak tidur aja.. Hahaha ngantuk pun dah ngantuk dah ni.. Tapi just kuatkan mata sebab nak update entry blog. Exited ni! Ayat cliche! Hahahaha Tengah2 update entry, tak perasan kumbang badak kat hujung kaki.. Melompat aku! Apa lagi,, lari !!!

Kan Nuna kata tahun ni Nuna nak buat dress kembang bawah.. Mula2 nampak pelik sikit tau bila Nuna pakai. Tapi bila dah siap jahit sulaman tu, jahit manik, (buat sendiri tau) nampak cantik lah pulok... Hahahaha puji diri sendiri.. Tapi puaslah juga dengan hasilnya..



Okeylah1 Tak nak cakap banyak. Takut nanti ada yang muntah pulak baca entry yang terlebih over pulok.. Hahahaha ready baldi dulu kalau nak baca entry kat blog ni! Hahaha gurau k gurau! Bagi yang memandu, pandu kereta tu baik-baik k. Taling kaledar jangan lupa pakai. Sama juga yang bermotor. Helmet jangan lupa pakai. Jangan bawa laju2 sebab kereta banyak. Biar lambat asalkan selamat k. Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..