Cabaran Pada Bulan Ramadhan...

Assalammualaikum semua! Ya Allah susahnya nak cari masa untuk update blog.. :( Ni pun baru balik dari shopping beli kasut.. Hah ini lah parahnya kalau shopping last-last minute! Ramai gila orang! Sesak weh.. Fening eden.. Dah lah perut buat hal!

Cuaca tak menentu sepanjang bulan ramadhan ni. Kejab panas, kejab hujan.. Kalau panas, betul-betul panas. Kalau hujan, sampai banjir rumah Nuna tau.. Alhamdulillah tak ada apa-apa pun. Rumah just masuk air jek.. Nuna pulak kejab demam, kejab baik, kejab demam, kejab baik, seminggu tahu tak! Faktornya maybe cuaca. Waktu tu memang panas terik. Dah nama pun ramadhan kan? :) Itulah cabaran.. Tahu tak, tiga kali pergi jumpa Doktor! Ya Allah banyak gila ubat dalam beg Nuna tu.. First sekali pergi klinik kat Peringgit Melaka, second terpaksa pergi check kat Hospital Besar Melaka, thirdly Nuna pergi Peringgit balik arahan doktor kat hospital tu lah. Kena ambil darah dua kali! Satu kat hospital and satu lagi kat klinik Peringgit.. Sakit ke ambil darah tu?? Tak sakit pun.. Tak tipu lah.. Hahahaha bulan puasa buat apa nak tipu kan.. Tangan belah kiri satu, tangan belah kanan satu.. Bengkak urat gua maa... Kah3.. Alhamdulillah sekarang dah okey sikit.. Cuma perut je selalu sakit.. Ibu ajak pergi scan, tapi Nuna takut lah! Hahahaha



Cabaran lain pula ialah pbs  dan result sem dua yang sangat mengecewakan.. Adoi.. Apa boleh buat.. Ingat senang ke STPM ni? Susah wooo! Habis cikgu bebel kat kiteorang tau.. Kalau cikgu rasa kecewa, kiteorang 3kali ganda rasa kecewa.. Huhuhu redha and tawakkal je lah.. Result sem satu dulu lebih okey dari sem dua tau.. Sem paling killer sekali ialah sem dua. Subjek paling killer sekali ialah subjek pengajian perniagaan.. wa tak tipu lu bro.. Hahaha



Wa tak nak cakap banyak sama lu.. Wa nak susun sepuluh jari, masuk jari kaki, dua puluh jari, nak minta maaf lah kat lu semua! Manalah tahu wa ada sakitkan hati lu ke, buat lu semua terasa hati ke.. Wa kononnya nak bajet gangster der.. Hahahahaha poyoo jek kan! :) Selamat Menyambut Lebaran ya? Maaf Zahir Batin.. Kosong2 tau! Jab lagi nak iftar kat luar dengan kawan! k bye jaga diri bebaik tau.. Yang nak balik kampung tu, hati2 kat jalan raya sebab sesak sangat.. tata Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..