#Kosongkosongokey!

Subhanallah! Jalan jam teruk kat Melaka.. Lalu jalan ini, jam.. Jalan itu, jam.. Sampai ayah and akak Nuna dah tak tahu nak jalan kat mana lagi.. Hahahaha beratur panjang kat traffic light.. Yela masing2 ada yang dah nak balik KL kan, sambung kerja lepas lima hari cuti..

Pagi-pagi raya dah kecoh! Ibulah. Bangun jam 6 pagi.. Tapi nak gerak 6 setengah pagi.. Ibu, anak-anak ibu ada lima orang perempuan tau. Dah lah siap lambat, nak itu lagi, nak ini lagi.. Hahahaha macam2 berlaku waktu pagi tu. Lepas tu dah okey sikit..

Hari pertama makan, hari kedua makan. Seharian makan tahu tak! Perut penuh sampai dah tak tahu nak sumbat apa.. Ni hah, asyik kentut2 je! Hahaha By the way, Nuna nak ucapkan selamat hari raya tauuu.. Maaf zahir batin..

Letihnya badan.. Rasa nak tidur aja.. Hahaha ngantuk pun dah ngantuk dah ni.. Tapi just kuatkan mata sebab nak update entry blog. Exited ni! Ayat cliche! Hahahaha Tengah2 update entry, tak perasan kumbang badak kat hujung kaki.. Melompat aku! Apa lagi,, lari !!!

Kan Nuna kata tahun ni Nuna nak buat dress kembang bawah.. Mula2 nampak pelik sikit tau bila Nuna pakai. Tapi bila dah siap jahit sulaman tu, jahit manik, (buat sendiri tau) nampak cantik lah pulok... Hahahaha puji diri sendiri.. Tapi puaslah juga dengan hasilnya..



Okeylah1 Tak nak cakap banyak. Takut nanti ada yang muntah pulak baca entry yang terlebih over pulok.. Hahahaha ready baldi dulu kalau nak baca entry kat blog ni! Hahaha gurau k gurau! Bagi yang memandu, pandu kereta tu baik-baik k. Taling kaledar jangan lupa pakai. Sama juga yang bermotor. Helmet jangan lupa pakai. Jangan bawa laju2 sebab kereta banyak. Biar lambat asalkan selamat k. Assalammualaikum

Cabaran Pada Bulan Ramadhan...

Assalammualaikum semua! Ya Allah susahnya nak cari masa untuk update blog.. :( Ni pun baru balik dari shopping beli kasut.. Hah ini lah parahnya kalau shopping last-last minute! Ramai gila orang! Sesak weh.. Fening eden.. Dah lah perut buat hal!

Cuaca tak menentu sepanjang bulan ramadhan ni. Kejab panas, kejab hujan.. Kalau panas, betul-betul panas. Kalau hujan, sampai banjir rumah Nuna tau.. Alhamdulillah tak ada apa-apa pun. Rumah just masuk air jek.. Nuna pulak kejab demam, kejab baik, kejab demam, kejab baik, seminggu tahu tak! Faktornya maybe cuaca. Waktu tu memang panas terik. Dah nama pun ramadhan kan? :) Itulah cabaran.. Tahu tak, tiga kali pergi jumpa Doktor! Ya Allah banyak gila ubat dalam beg Nuna tu.. First sekali pergi klinik kat Peringgit Melaka, second terpaksa pergi check kat Hospital Besar Melaka, thirdly Nuna pergi Peringgit balik arahan doktor kat hospital tu lah. Kena ambil darah dua kali! Satu kat hospital and satu lagi kat klinik Peringgit.. Sakit ke ambil darah tu?? Tak sakit pun.. Tak tipu lah.. Hahahaha bulan puasa buat apa nak tipu kan.. Tangan belah kiri satu, tangan belah kanan satu.. Bengkak urat gua maa... Kah3.. Alhamdulillah sekarang dah okey sikit.. Cuma perut je selalu sakit.. Ibu ajak pergi scan, tapi Nuna takut lah! Hahahaha



Cabaran lain pula ialah pbs  dan result sem dua yang sangat mengecewakan.. Adoi.. Apa boleh buat.. Ingat senang ke STPM ni? Susah wooo! Habis cikgu bebel kat kiteorang tau.. Kalau cikgu rasa kecewa, kiteorang 3kali ganda rasa kecewa.. Huhuhu redha and tawakkal je lah.. Result sem satu dulu lebih okey dari sem dua tau.. Sem paling killer sekali ialah sem dua. Subjek paling killer sekali ialah subjek pengajian perniagaan.. wa tak tipu lu bro.. Hahaha



Wa tak nak cakap banyak sama lu.. Wa nak susun sepuluh jari, masuk jari kaki, dua puluh jari, nak minta maaf lah kat lu semua! Manalah tahu wa ada sakitkan hati lu ke, buat lu semua terasa hati ke.. Wa kononnya nak bajet gangster der.. Hahahahaha poyoo jek kan! :) Selamat Menyambut Lebaran ya? Maaf Zahir Batin.. Kosong2 tau! Jab lagi nak iftar kat luar dengan kawan! k bye jaga diri bebaik tau.. Yang nak balik kampung tu, hati2 kat jalan raya sebab sesak sangat.. tata Assalammualaikum..

Pengorbanan Itu Menyakitkan..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Nuna dah lama nak cari ruang untuk update entry.. Hari tu result keluar, teruk memang teruk. Balik je rumah kena basuh dengan akak Nuna.. ;"( Apa boleh buat. Sedih lagi bila dengar MH17 tu.. Haishhh kita pulak yang jadi mangsa kan.. Redha je la lagi.. Nuna dengar sedih tau. Nuna dengar ada yang nak balik raya, tapi tak kesampaian. Ada satu  family yang nak balik ke tanah air, tapi menemui ajal dahulu.. Siapa je yang tak sedih. Terasa tau.. Bayangkanlah kalau salah seorang daripada keluarga kita atau sahabat handai terlibat dalam tragedi tu. Ya Allah jauhkanlah.. Mengenangkan saudara-saudara kita kat Gaza lagi.. Astaghfirullah.. Mengucap panjang jelah Nuna.. Kita ni jauhh.. Nak pegang senapang pun apa tah lagi.. Yang kita mampu hanyalah berdoa.. Doa orang yang dizalimi adalah dimakbulkan..

Malam ni Nuna sentuh tentang Pengorbanan.. Nuna nak update entry ni pun, cari idea tau! Idea datang pun selepas tonton drama Jauh Dari Cinta lakonan Anzalna.. ya Allah sakitnya berkorban! Tambah-tambah bila melibatkan orang yang kita sayang, orang kita cinta. Rasa sakit tu Allah saja yang tahu.. Kadang-kadang kita sanggup korbankan segala-galanya semata-mata nak tengok orang yang kita cinta bahagia dengan pilihan hatinya.. Kadang-kadang kita terpaksa berkorban kerana hadirnya cinta lama yang menagih cinta.. Persoalannya sanggup kah kita?? Sanggup! ya Memang jawapan kamu adalah Sanggup! Namun hakikatnya kau 'tak sanggup'. Sanggup sedangkan hati terluka.. Itulah yang dimaksudkan Pengorbanan Itu Menyakitkan.

Kadang-kadang orang tak faham kenapa kita sanggup memilih pengorbanan daripada kehilangan kan.. Kalau Nuna pun mestilah Nuna pilih pengorbanan daripada kehilangan dia.. Alhamdulillah dekat sebulan hubungan ni.. Pernah suatu hari tu, retak menanti belah.. Sering bergaduh..Tak ada persefahaman.. Sekarang makin lama makin okey.. Kurang bergaduh.. Mungkin berkat doa Nuna setiap hari.. Nuna rasa bersalah dengan diri Nuna tau... Ishhh rasa nak hukum je diri ni! Lagi pun dia pun dah faham keadaan Nuna.. Dia faham kedudukan Nuna.. Ambil masa yang lama untuk terima, kenal dan faham diri Nuna.. Itu pun satu pengorbanan jugak.. Tolonglah faham awak.. Saya bukan seperti perempuan yang awak kenal selama ni.. Saya tak suka keluar dating.. Bila dengan awak, saya sangat malu! Harap awak faham k?


Pengorbanan itu perlu.. Walaupun kita tahu yang pengorbanan kadang kala memberikan kebahagiaan, kadang kala memberikan kekecewaan, kesakitan.. Tapi itulah yang kita kena terima.. Yang penting doa.. Nuna sendiri tak harapkan yang sempurna untuk diri Nuna.. Nuna tak pernah minta.. Kekurangan dia adalah kekurangan Nuna.. Kelebihan dia adalah kelebihan Nuna.. Selepas solat, Nuna memang selalu berdoa.. Kalau dia jodoh Nuna, Allah permudahkanlah.. Sekiranya tidak, jauhkanlah dia daripada aku.. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Maka, berdoalah.. Itu saja yang Nuna mampu selain menjaga hubungan ni.. Dia dan Nuna mengharapkan hubungan ni pergi lebih jauh.. Kita sama-sama nak yang terbaik untuk hubungan ni.. Kita semua sama-sama nak yang terbaik untuk diri kita kan? So, mintalah pada Allah.. Allah Maha Mendengar.. Kalau dia jodoh kita, jalannya pasti Mudah.. In shaa Allah..

Yang penting, jangan terlalu mencintai.. Jangan terlalu menyayangi.. Nanti bila berpisah, takut terlalu kecewa.. :') Okay... bye Selamat Malam sayang.. Assalammualaikum..

Anda dan Pasangan Anda! Check sekarang!!

Jom sama2 semak! :D

Januari 01-09 ~ hamster
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ hamster
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ jerung
Jun 21-24 ~ hamster
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati 

»»» maksud/erti :

# JERUNG: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

# TIKUS: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

# SINGA: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

# KUCING: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

# KURA-KURA: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

# MERPATI: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!

# HARIMAU BINTANG: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

# HAMSTER: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu.
Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan..


Dah semak? Komen lah sikit! :D

DOA DIGERUNI YAHUDI DAN KUNCU2NYA.





DOA INI DISAMPAIKAN IMAM MASJIDIL HARAM MEKAH: SHAIKH MUHAMMAD AL-MOHAISANY, YG KETIKA SELESAI MEMBACAKAN DOA TERSEBUT DENGAN DI-AMINKAN OLEH JUTAAN JAMAAH, KEMUDIAN SHAIKH TSB DITANGKAP & DITAHAN SAMPAI SEKARANG OLEH PENGUASA THOGUT U.S.A.

Jangan asyik nak fikirkan untung giveaway jek! Join sana, join sini.. sampai lupa yang susah, derita, sengsara kat sana.. Lebih bagus untung giveaway tu sedekah pada mereka.. korban sikit raya ni..

Pahit Ku Telan Jua..

Ruang yang ketiga untuk aku luahkan sesuatu selepas berdoa dan luahkan pada kawan-kawan ialah dengan menaip. Dengan menaip aku dapat rasa seperti ada sesuatu kekuatan. Dengan menaip aku dapat luahkan dengan kata-kata. Dengan menaip aku dapat berkongsi dengan semua orang. Dengan semua orang aku akan peroleh pendapat dari semua readers. Aku ingin memperkatakan tentang diri aku sendiri. Now, tahan sebak sebab depan kawan-kawan. Aku tak nak menyusahkan kawan-kawan. Aku tak nak kawan tertanya-tanya kenapa aku macam ni.

Selepas solat, waktu aku berdoa, aku memang tak lupa minta supaya Allah kuatkan hati aku, tabahkan hati aku, berikan kesabaran sepenuhnya.. Dan aku dapat kesan yang positif sekarang. Allah dah makbulkan doa aku yang hari-hari tu. Allah memberikan aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan pada aku tanpa aku sedari, tanpa aku perasan. Aku mula sedari apabila ujian menimpaku. Dan aku tak sangka aku mempunyai kekuatan sekuat ini. Kesabaran sekuat ini. Ketabahan sekuat ini. Semua itu mengajar aku untuk menghadapi masalah dengan lebih kuat lagi.. Aku redha dengan ketentuan dan ujian yang telah Allah beri pada aku.. 

Walaubagaimanapun, hakikatnya betapa sakitnya menanggung sengsara dan derita semua ini. Betapa sakitnya hati ni nak berdepan dengan semua ini. Betapa sakitnya jiwa dan raga ini untuk sabar, tabah dan kuat untuk berdepan dengan semua ini..

Aku tak tahu dimana silap aku dalam semua ni. Aku tak tahu besar mana dosa aku selama ni. Ya aku tahu dia menunjukkan diri dia yang sebenar. Aku tahu itu bukan lakonan dia. Dan aku terima segala kekurangan dia. Aku selalu pujuk hati aku bahawa ada hikmah disebalik semua ini, Ada hikmah kenapa Allah mempertemukan aku dengan dia. Ada hikmah kenapa semua ini terjadi pada aku. Mungkin Allah nak uji aku. Itu sudah semestinya. Mungkin juga Allah ingin aku menimba pengalaman dari semua ni. Mungkin juga Allah ingin aku bersedia dari sekarang dari segi mental dan fizikal. Aku cuba pujuk hati aku dengan berikan kata-kata positif pada diri aku.. Allah tahu aku kuat, Allah tahu aku tabah, Allah tahu aku sabar, maka sebab itulah Allah beri aku ujian sebegini rupa.

Cemburu adalah sebuah penyakit yang sememangnya ada pada semua orang. Cemburu cukup sinonim dengan perempuan. Ada juga lelaki yang cemburu. Tapi kadang-kadang lelaki, kerana ego mampu menutup cemburunya. Perempuan kalau cemburu tandanya apa ya?

Siapa je yang faham hati ni? Allah. SIapa je yang faham resah ini? Allah. Siapa je yang tahu sakit ini? Allah. Dan selebihnya ialah Kawan. Kawan adalah segala-galanya pada aku. Tanpa kawan, siapalah aku ni. Tanpa kawan, aku tak mampu jadi sekuat ini. Dan aku bersyukur masih ada lagi kawan yang mengambil perat perihal aku. Ahh sebak terasa.. Rasa macam nak menangis tapi aku tahan je. Tak kena ditempatnya. Kali ni aku tak nak kawan-kawan tahu. Aku cuba menutup air muka aku. Tapi kawan-kawan tetap tahu..

Aku terima ujian ini dengan redha walaupun terasa amat pahit. Walaupun pahit, aku terpaksa telan. Aku kena berdepan juga. Sebab aku! Aku yang pilih jalan ni. Aku yang pilih laluan ni! Aku yang ikut kata hati!! Aku yang begitu senang….! Ahhh lupakan saja.. Apa lagi yang aku ingin cakapkan.. Cukup hanya aku mampu kata bahawa hati aku cukup sakit dengan apa yang aku rasa, dengar dan lihat tadi….


Assalammualaikum..