Ramadhan Tiba! Ramadhan Tiba! Lalalala...

Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam sejahtera! Ce wah.. Aca2 je pembukaan dia.. Wauu memandangkan dah ramai blogger yang update entry pasal Bulan Ramadhan kan. So, Nuna pun nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan..

Tak sabar rasanya nak sambut ahad ni kan.. Yang paling best sekali dan exitednya bila semua adik beradik Nuna dapat berkumpul sama-sama.. Yela susah tau nak berkumpul macam ni. Bukannya selalu pun.. Malam tadi jalan-jalan dengan mereka semua! Best woo! Pergi Eye On Melaka, Sungai Melaka and Pantai Klebang.. :) Memang best pergi malam-malam.. ;)



ibu : "anak-anak awak jalan, tak balik-balik lagi..."
ayah : "biarlah budak-budak.."

Balik sampai rumah jam satu pagi lebih.. Bukak pintu je, tengok ayah dah nyenyak. Betul2 tak sedar kepulangan kiteorang.. Rasa-rasanya kalau ayah sedar, bebel dia tengok anak dara dia balik sampai cam tu sekali. Bila balik jam macam tu, tidur pun dalam kol dua and tiga pagi cam tu. Ni hah adik kat sebelah still tak bangun tidur lagi.. -_- Almaklumlah budak asrama.. Sebulan, dua bulan kadang2 sampai tiga bulan tak balik rumah. Alolololo eca comel sangat.. :p

Kebetulan ibu tengah gaji waktu tu, dengan rela hatinya ibu benarkan kiteorang keluar sesama dengan busu. Dua kereta.. Satu kereta tak muat! So, ajaklah busu.. :) Thanks busu sebab tangkapkan gambar. Pakkallah busu belum kahwin lagi. Nanti dah kahwin maybe susah kowt nak kuar sesama lagi.. :( Hahahaha


Itulah anak-anak Abu Kassim dan Rosnah.. Semua sekali enam! Memperkenalkan, Dari kiri Muhammad Nasrul Aiman(6), Nurrul Najiha(4), Nurrul Nazuhan(3), Nurrul Nadilah(2), Nurrul Nazulah(1) dan Nurrul Natasya(5).


Bila disedari,, diri disayangi.. Hahaha ce wah! Itu siapa? Itu aku lah.. :D Pendek oh pendek.. 151, cam tu lah.. Last ukur tinggi waktu form 4. Hahaha kalau dah tinggi pun naik bape kerat je kowt. Tapi Nuna tengok macam tak naik langsung je. Stay macam tu je sampai sekarang. Tapi tak tahulah kalau dah tinggi sikit. Hahahaha

Nuna nak ambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Paling tak sabar ialah sambut puasa kat hostel.. Sebab nikmat dia memang terasa gila! Solat terawih lagi.. Best sangat.. :( Kemanisan Iman tu dapat rasa tau... :) Semoga kita dapat bertemu bulan Ramadhan k? :)

Bye Assalammualaikum..

2 comments:

  1. seronoknya main, lama jgk liz tk main bnd2 macam ni

    ReplyDelete
  2. best nye have fun..
    singgah n follow sini #712

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..