MUET Ohh MUET..

Aku mengambil kesempatan ini untuk update entry yow! Ya Allah dekat seminggu blog aku terbiar macam ni.. Sekarang semakin sukar untuk aku blogwalking ke blog korang.. Terutama sekali yang tinggalkan jejak kat cbox Nuna. Huhuhu In shaa Allah ada masa, Nuna settlekan malam ni jugak.. Nak share sikit lah. Pageview blog semakin meningkat.. Uppss meningkat mendadak. Peliklah jugak.. Ngeh3.. Nuna pun cariklah faktor mana yang menyebabkan pageview blog kita meningkat. Faktor utama ialah entry blog! So, updatelah entry yang boleh membuatkan readers nak datang ke blog kita lagi ea? :)

Isnin ni, Nuna akan berdepan dengan exam MUET.. Dahlah tak pandai BI, MUET? Apa lagi. Cukup-cukup makan je BI Nuna time SPM 2012.. Sekarang dah 2014.. Tiba-tiba rasa rindu pulak zaman sekolah.. :( Nuna paling takut part reading. Reading dia, ya Allah! Reading bukan yang kena baca depan pengawas.. Reading tu soalan dia macam karangan dan ada jawapan pilihan. Macam biasa tuh? Memang macam biasa. Tapi ayat dia peghhhh memang susah nak faham.. Ayat dia level dia tinggi.. Tu yang susah nak faham.. Kawan Nuna yang A BI dalam SPM pun cukup2 makan je dalam trial hari tu..

MUET akan jadi senang kepada budak-budak yang pakar dalam BI.. Kenapalah MUET tak dibubarkan saja? Sungguh menyeksa kami! Mwaaaah! Rasa nak menangis jek tau.. Dah lah kena bayar RM100. Paling kuman pun kena dapat BAND 3.. Kalau dapat BAND 1, nanti kena repeat balik. So, membazir je lah duit korang RM100 tu.. Kalau tak nak membazir, buat lah yang terbaik k! Nuna ni tak tahulah macam mana t. Alahaiiii.... Dah lah mahal.. Hurm apa pun tak boleh.. Terpaksa telan walaupun pahit..

nenek nuna.. kawan2 kata gambar ni walaupun tua
walaupun dah jadi nenek, tapi comel.. hahaha
kawan kata 'nenek omey'.. sengal!


Hari jumaat hari tu kelas MUET, sir bagi practice speaking jek.. Duduk dalam group ikut angka giliran.. Nasib baik semuanya perempuan and kawan-kawan aku je.. Kalau dapat orang luar? Ada sesetengah orang yang pandai BI pentingkan diri tau! Tambah-tambah bila dia duduk dalam kumpulan yang lawannya memang tak pandai BI.. Apa lagi, dia pun ambillah kesempatan.. Ishh jangan macam tuh.. Kerjasama tu perlu.. Dah tahu kawan tak pandai BI, patutnya tolong lah. Bukan hentam2 dengan soalan yang orang tak faham.. Terutama sekali dalam group discussion. Haishhhh :'(

Pleaseee fikir orang lain juga.. Kepada sesiapa yang nak ambil MUET tu, sesi Julai ni, semoga berjaya and wish me luck k... Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..