Kata-kata Yang Memakan Diri Sendiri..


Allahu! Assalammualaikum korang.. Huhuhu hari ni rasa lain macam jek. Perut sakit sebab tak makan. Lauk kat dapur dah habis. Now tahan je la laparnya.. Okay Now Nuna nak kongsi cerita tentang kata-kata yang boleh memakan diri sendiri. Bukan hanya kepada orang cakap besar, tapi bagi semua orang! Baiklah Nuna dah rasa dah dan Nuna tak mampu nak menolak.. Sayangnya Nuna pada dia, Allah saja yang tahu. Setiap kali selepas solat, Nuna mesti sebut nama dia dalam doa Nuna.. Andai dia bukan jodoh Nuna, bukan untuk Nuna, Nuna redha..

Nuna memang tak suka bercinta.. Bila orang yang dah lama single, bertahun-tahun lamanya single, bila bercinta akan rasa lain atau istilah lain JANGGAL! Lagi pun Nuna tak ada pengalaman.. Nuna pernah bagi tahu korang yang kalau boleh Nuna nak bercinta selepas Nikah. Mengenali dia selepas Nikah. Mencintai dia selepas Nikah. Tapi perasaan yang datang secara tiba-tiba ni tak mampu Nuna tolak! Kata-kata yang memakan diri sendiri..

Sepatutnya kita perlu kata begini... "Aku terima dengan redha apabila cinta itu hadir dalam hati aku pada bila-bila masa saja. Maka, dari sini aku mula bersedia.." Bukan nak mengajar. Tapi inilah hakikat yang telah Nuna lalui.. Now, Nuna tak tahu macam mana kesudahannya.. Nuna takut nak teruskan hubungan tu. Nuna mengaku memang Nuna sayangkan dia. Tapi....... ahh, biarlah takdir yang menentukan hubungan kita..

Baru je tadi dia mengakui perasaan dia. Alhamdulillah.. Nuna tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi tadi ada sedikit perselisihan faham. Andai kata dia membaca entry Nuna yang ini, Nuna cuma nak dia tahu yang Nuna terima dia seadanya. Terima kekurangan dia sepenuhnya. Ikhlas.. kerana Allah taala.. Nuna berharap dia mencintai-NYA lebih dari Nuna..

Semua orang nak yang terbaik untuk diri dia dan orang yang dia sayangkan.. Semua orang nak kebahagian yang sempurna.. Tapi siapa kita.. Nuna tak marah dia.. Nuna tahu kelemahan dia.. Dia tidak berlakon depan Nuna. Dia jadi diri dia yang sendiri depan Nuna.. Alhamdulillah Allah memberikan Nuna kekuatan, kesabaran dan ketabahan selama ni. Alhamdulillah Nuna mampu berdepan semua ni dengan tenang.. :) Tak sia-sia doa Nuna selama ni..

Kalau Nuna dengan dia bergaduh, biarlah Nuna mengalah. Sebab Nuna tak suka bergaduh.. Bergaduh mampu mengeruhkan lagi keadaan. Bergaduh manja-manja tu lain citer! huhuhu Dia anak pertama, so faham-faham je lah anak pertama ni macam mana. Tapi Nuna anak keempat.. So saling melengkapi antara satu sama lain.. Kalau boleh, carilah pasangan yang berbeza bilangannya dalam adik beradik. Jangan sama!

Bukan nak kata apa. Ini pengalaman yang Nuna rasa kita perlu ambil pengajarannya. Seorang lelaki ni telah berkahwin. Indahnya percintaan mereka tidak terkata. Apabila sudah berkahwin, semuanya keluar. Tingkah laku kita, cara kita. Yang Nuna dapat tahu kisah mereka ini, akhirnya mereka bercerai.. Dua-dua panas baran, dua-dua keras kepala, dua-dua degil.. Si isteri meninggi kan suara, si suami pula ada perempuan lain.. Perang mulut sana, perang mulut sini.. Dan akhirnya bercerai.. Perkahwinan yang didirikan hampir 30 tahun.. Tiada jodoh.. Penceraian itu diminta oleh si bekas isterinya..

Takdir Allah, Ketentuan Allah, Rancangan Allah, tiada siapa yang tahu.. Bila mati kita, bila jodoh kita, tiada siapa yang tahu. Oleh itu sekaranglah kita mula bersedia... Zaman sekarang, kerana sayang sanggup buat apa saja kan.. Yang penting ikhlaskan hati kita... Terima seadanya.. Bawalah berbincang sekiranya ada masalah.. Jangan mengapi-apikan pergaduhan.. Jangan menyelesaikan masalah dengan melibatkan orang lain.. sebab ada buruknya. Jangan!! Terima dia seadanya....

"Saya redha andai itu takdir kita.. Saya sayangkan awak.. Saya sentiasa mendoakan awak.." :')

2 comments:

  1. Salam..baca entri ni mcm imbas pula hal dulu2.hehe em, apa2 pun..kena banyak berdoa..dan satu pesanan yg fiza nak kongsi kan sb pesanan ni ialah dr mak fiza, kalau nak sayang/cinta kan seorang tu..jgn 100% kat dia. Simpan lah sekurang2 nya 1% untuk diri sendri supaya tak bersedih sgt d kemudian hari jika blaku apa2. Tp, hopefully nuna sentiasa bahagia. Happy for you. :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..