Dulu lain, Sekarang lain.. :)

Sejak hati dah dimiliki ni, Nuna tak tahu nak update tentang apa.. Yela kalau dulu, bertahun-tahun hidup single, banyak benda nak cerita kat korang. Sekarang macam dah tak ada benda nak cerita. Hahaha serius rindu nak menaip.. :'( Setiap kali nak menaip mesti fikir topik apa yang kita nak share kan?

Nuna tak tahulah nak cakap apa. Kadang-kadang Nuna sendiri tak faham dengan diri sendiri. Mungkin dah biasa single, hidup sorang-sorang, berangan sorang-sorang sampai Nuna terlupa yang Nuna dah berpunya sekarang ni... Gagagagagaaga macam tu lah pulak!

Bezanya dulu dengan sekarang, kalau dulu, fon selalu hilang entah kemana. Kalau dah hilang, cari tak jumpa, nuna just biarkan jek!kadang-kadang sampai terlupa fon letak kat mana sampai ibu marah. Akak Nuna pun ada cakap, "campak je fon kau tu jauh-jauh, jia..." hahahaha Malas nak cari.. Kalau dulu, fon tak bawak pergi jalan-jalan pun tak apa.. Kalau dulu, tak adanya nak malu-malu nak kawan dengan siapa-siapa.. Kalau dulu, tak ada teman nak mesej. Mesej pun mesej kawan perempuan or tanya perkara yang penting-penting. Kalau dulu, kredit banyak sampai berbelas-belas ringgit wooo! Hahahahaha tapi sekarang dah lain dah.. Kelakar kan..?

Sekarang, handphone kena 24 hours kat tangan. Hahahahaha Sekarang handphone tak boleh hilang, nanti dia merajuk.. Sekarang dah ada teman istimewa dah.. Sekarang guna bijak berjimat cermat sebab kredit.. -_- okey ni aku tak boleh accept.. hahahahaha normal lahkan.. Sekarang kena jaga pergaulan dengan sesiapa saja.. Hahahaha kena berlaku jujur tau.. Sekarang rasa lain sikit.. Nuna mengaku, janggal sikit bila bercinta ni.. Ahhhh tak pandai lah.. Nuna biasakan KAU AKU je dengan dia.. hahahahaha geli geliman aku dengan  Hubby la, b la, ayang la, anje la, ucuk la... Euuwww... Tolonglahh Nuna dah besar okey...

Semalam keluar dengan dia.. Upsssss bukan berdua okayy.. Pulak aku suka keluar dengan lelaki..? Tak kisahlah kau siapa pun.. Melainkan ramai-ramai.. Semalam Nuna tengah baca novel tau.. Saja belek-belek Novel tu.. Dia punyalah sengett terkejutkan aku! Terjongket bahu aku dibuatnya! Apa lagi, Nuna pukul dia dengan novel.. Kuss semangat! Pakkal lah buku-buku kat situ tak jatuh!

Nuna sebenarnya pemalu.. Nuna malu nak berdepan dengan dia.. Tiba-tiba Nuna jadi tak banyak cakap, pendiam bila berdepan dengan dia.. Dia tu pulak jenis yang banyak cakap.. Ada je benda dia nak menyakat Nuna.. Nuna tahu ketawa, senyum.. ketawa senyum.. Tu je lah! Hahahaha


Nuna macam tak percaya tau.. Nuna macam tak percaya yang Nuna dah berpunya.. Hahahahahahahahaha macam tak percaya jek.. Macam mimpi jek.. Macam main-main jek.. Macam rindu je kat dia...? Hahahahaha hurm.. :'') Nanti Nuna tunjukkan siapa dia ek.. Now, slow slow dulu.. Hubungan still baru lagi... keh3... Tak sangka dia ada rasa yang sama dengan Nuna. Tak sangka dia boleh terima Nuna. Hahahahaha macam tak percaya jek....? Hahahahahaha okey2.. Lepas ni in shaa Allah update entry merisik pulakk.. Hahahahahaha weehhh! Lama lagi lorhh jauh perjalanan.. Study first dulu!

2 comments:

  1. Wahhh intro kemahenn,, "Sejak hati dimiliki" gituuuu... :P

    ReplyDelete
  2. selamat belajar and good luck to your future....tengok pantai dapat pahala tau :D

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..