Cintakan Allah Dahulu...

Now kat library sekolah bertemankan kawan saya si Jihah yang sedang lena diulit mimpi. Huhuhu sejuk kowt. Mana taknya, duduk kat bawah air-cond lagikan.. dengan lagu patah hati-hafiz AF lagi.. Melayan perasaan kejab.. Apa-apa pun nuna nak share something dengan korang. Nunakan suka share sesuatu kan. Hahaha tak salah pun kan? J



Rasa Cinta, Bercinta dan Couple! Tiga perkataan yang seakan-akan sama, macam sama, macam serupa tapi makna yang berlainan.. Daripada youtube Ustazah Fatimah Syarha. Bolehkah Bercinta pada usia macam kita ni? Salahkah ada rasa cinta? Tak salah. Sebab dalam al Quran ada cakap yang perasaan, rasa cinta itu semua fitrah manusia.. Salah ke kalau bercinta? Tak salah kalau masing2 menjaga batas masing. Mempu mengawal diri daripada maksiat.. Bercinta yang berlandaskan syariat. Bercinta yang mengikut undang-undang islam. Boleh je. Bercinta yang mampu membawa kita ke arah kebaikan, kesan yang positif dan baik.. Boleh je.. Couple? Say NO to couple okey!! No couple2! Couple ni bagi Nuna ialah couple yang keluar berdua, dating2, jumpa berdua, duduk berdua, agagagagaga… maka adalah yang ketiga.. Astaghfirullah..
Kenapa tetiba Nuna startkan entry macam tu? Sebab sebenarnya Nuna nak bercinta yang berlandaskan Islam.. 



Rindu? Berdoalah.. Tak selalu mesej, tak call, semuanya melalui doa.. Itulah cita-cita Nuna.. Nuna nak bersihkan hati dengan cara itu. Andai kata Nuna dan dia putus di tengah jalan, tak mengapa malah bersyukur kerana Allah masih sayangkan Nuna.. Kalau hubungan tu berpanjangan, ada hikmah dan mungkin dia memang ditakdirkan untuk Nuna.. Baru je mula.. Dua minggu lebih dah.. Nak dekat sebulan.. Tapi belum genap lagi.. Huhuhu

Persefahaman tu penting dalam sesebuah hubungan. Hubungan tidak akan membawa erti apa-apa dan hanyalah sia-sia saja.. Yela bercinta bagai nak rak, tapi taka da persefahaman.. Toleransi dan komunikasi itu perlu.. Nuna tak adalah pakar sangat dalam soal hati dan perasaan ni. Nuna tak adalah pengalaman yang banyak. Tapi Nuna lebih banyak mendengar masalah kawan-kawan, membaca dan melihat depan mata sendiri.. Sebenarnya Nuna takut keadaan Nuna sekarang.. Nuna sebenarnya kalau boleh nak bercinta selepas nikah, tapi lain yang dirancangnya, lain yang jadinya. Allah yang menentukan segala-galanya kan.. Nuna pun tak boleh nak tolak..



Nuna masih mencari-cari diri Nuna yang dulu.. Nuna rasa macam hati Nuna ni dah kotor sangat bila bercinta.. Aduhhh Memanglah bercinta tu tak salah tapi hurm.. Nuna redha.. Dia pun boleh terima Nuna.. Gaduh tu perkara biasa dalam Nuna.. Nuna nak buat solat sunat taubatlah.. Nak ajak dia sama-sama berubah.. Sejukkan hati.. Cintakan Allah terlebih dahulu.. Kalau kita ada jodoh, adalah.. Jangan takut kehilangan seseorang yang kita cintai. Jangan takut! Kalau kita takut, soalah-olah kita macam tak percayakan kuasa Allah.. Betul tak? In Shaa Allah selepas Ustazah Fatimah Syarha, Nuna akan muncul pula.. Berbicara tentang cinta anak muda yang kian leka dan hanyut pada masa sekarang ni…


Apa-apa pun, Nuna nak bersihkan hati dulu…




No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..