Jangan mempermainkan perasaan orang..

Aku kalau dah suka kat seseorang, susah betul nak lupa and nak lepaskan. Aku tak suka lelaki mempermain-mainkan perasaan aku. Aku tak bersalah! And please jangan buat aku macam ni. Aku sedih dan nak menangis bila ingatkan balik. Hati aku bertambah sakit bila mengenangkan balik apa yang diorang katakan. Dan aku terasa diri aku ni seperti dipermainkan. Yang bodohnya mestilah aku kerana memberikan harapan untuk dia. Okey aku mengaku aku bodoh.

Tolong layan aku sama macam mana kau layan orang lain. Tolong layan aku sama macam mana kau layan kawan-kawan aku. Termasuklah aku! Tolonglah weh.. Aku tak kuatlah.. Jangan cuba usik pintu hati aku, kalau kau sendiri tak ada niat! Tolonglah. Aku rasa macam nak mention je nama kau kat sini. Aku rasa aku macam nak bawa jek diri aku pergi dari sini. Sungguh aku kecewa.

Aku terasa aku seperti menjadi teman sepermainan kau. Mungkin bagi kau, aku ni patung, kawan dikala kau sunyi, teman untuk kau bercanda, kadang kala kau juga sering mengambil berat perihal aku. Pada masa yang sama, hati aku turut terusik dengan cara dia. Sedangkan niat kau yang sebenarnya ialah untuk jadikan aku sebagai teman dikala duka sahaja! Kau tahu tak, kau dah ketuk pintu hati aku? Kau tahu tak kau seolah-olah dah memberikan aku harapan? Jujur aku menangis.. Tapi aku tak mampu nak menangis. Sebab aku tak mampu nak tunjukkan kesedihan aku depan kawan-kawan aku.

Tadi aku terasa nak menangis, aku cakap dengan kawan aku yang aku terasa nak menangis.. Kawan aku tanya kenapa, tapi aku diamkan. Aku pun sempat berjalan ke tandas. Tak sangka pula aku menangis. Tiba-tiba kawan aku nampak aku. Dia tanya kenapa. Aku jawab “Tolong tinggalkan aku sorang2.. and jangan bagi tahu orang..” Alhamdulillah.. dapat kawan yang memahami.

Aku redha. Dan aku cuba pujuk hati aku untuk jangan terlalu berharap. Sebab aku tahu aku tak mampu nak jadi yang terbaik untuk sesiapa. Aku bukan siapa-siapa. Aku tak ada apa yang nak dibanggakan. Bukan macam orang lain.  Cukuplah aku ni bahan mainan kau saja. Umpama tong sampah bagi aku.. Aku nak menangis.. Aku terasa ada suatu beban dalam dada aku. Aku rasa macam aku nak pukul2 je dada aku ni. Sakit dia, tuhan saja yang tahu..

Air mata aku jujur menitis pada cinta pertama aku. Kali ini aku tak tahu apa pula tafsirannya. Sungguh aku kecewa. Dan aku malas nak tegur dia lagi lepas ni. Aku terasa aku dipermainkan! Aku memang suka lagu tuh. Aku suka lagu tuh, sejak aku dengar lagu tu keluar dari radio. Tahun lepas kalau tak silap aku atau awal tahun ni. Tapi aku diam kan saja. Aku tak tahu sama ada ini suratan atau kebetulan. Dan aku tertanya-tanya kenapa aku perlu rasai peritnya suka dengan bertepuk sebelah tangan.. Aku nak menangis… ………………………………………………………………………………………………………..

Mungkin betul, aku bukan untuk dia….. Mungkin betul aku tak layak untuk dia…... Dan memang betul dia 
tak ada hati langsung pada aku! Aku je yang perasann! Muka tembok, tak tahu malu.
Ditaip pada 7/5/2014

Masa : 7:32 PM

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..