Insan yang bernama Lelaki....

Sambil blogging, dengar lagu Amylea-Seperti Dia.. Apa yang Nuna nak ceritakan ini adalah dari kisah benar. Dan Nuna harap semua perempuan tidak menyalahkan lelaki dan lelaki jangan salahkan perempuan sebab ini semua melibatkan perasaan. So, tiada siapa yang salah.. Namun, apabila korang dah terbaca entry ini, korang boleh simpulkan sendiri..



Sebelum-sebelum ni, Nuna rajin baca artikel-artikel tentang lelaki yang suka usik mengusik ni. Bahaya memang bahaya. Hahahaha jangan ambil serius sangat sebab itu hanyalah gurauan. Hanya gurauan? Yeke?

Lelaki ni susah kita nak tafsirkan! Lelaki ni susah betul orang perempuan nak baca. Apa yang Nuna tahu dan baca daripada semua artikel2 tu, lelaki ni memang susah! Lelaki ni kalau boleh, biar dia seorang je yang tahu.. Tak nak orang nampak.. Apa yang failnya pada lelaki, lelaki ni tak pandai nak tipu..? Betul ke?

Korang ada kawan lelaki? Nuna pun ada. Ramai lah juga.. Tapi kawan baik lelaki boleh kira dengan jari jelah. Sebab Nuna bukan seorang yang peramah. So, oranglah yang akan tegur Nuna, nak tunggu Nuna tegur orang? Alamatlahh jawabnya...

Satu perkara perempuan perlu tahu. Lelaki ni, dia ni ada macam-macam jenis layanan tau. Layanan seorang kekasih, layanan seorang kawan, layanan lelaki gatal, dan macam-macam! Perempuan paling mudah suka, mudah jatuh cinta, hatinya mudah terusik apabila seorang lelaki pandai bermain dengan kata-kata, prihatin, mengambil berat, suka mengusik, sering bergaduh, malu tapi mahu,... tapi pada masa yang sama....
"eh dia tu suka kat aku ke? atau aku je yang perasan?"

Lelaki ni kadang-kadang dia anggap layanan dia tu biasa-biasa je. Tanpa dia sedari layanan dia tu melebih hingga boleh ditafsirkan oleh orang sekeliling. Contohnya..
"Eh Midah, aku tengok si Amin tu suka nau ambil berat pada kau.. Aku rasa dia suka kat kau lah!"
Last-last si Midah ni menaruh harapan kat si Amin.. Bila Amin dapat tahu yang si Midah ni suka kat Amin, Amin pun cakap...
"Eh bila masa pulak aku suka kat Midah? Aku just ambil berat jek! Kawan okey!"
Ada dua kemungkinan yang akan berlaku. Sama ada putus kawan sebab Midah suka pada Amin atau hubungan kawan tu terkubur saja.. Hah Midah juga yang frust!

Lelaki perlu tahu bahawa hati perempuan ni mudah terusik.. Nuna pernah rasa.. Nuna pernah alami.. Nuna tahulahh.. Perempuan memang suka lelaki buat dia ketawa, ambil berat, penyayang.. so, Lelaki! Beringatlah! Kalau nak usik, nak ambil berat, biar berpada-pada. Mungkin betul juga lelaki tu ada hati kat perempuan tu ke kan.. Siapa tahu?

Nuna tak nak siapa-siapa yang kecewa nanti.. Nuna dah rasa.. Tapi Nuna tak bagi tahu dia.. Sebab Nuna tahu lelaki tu memang pandai berkata-kata! Memang romantik! Memang caring! Memang suka buat Nuna ketawa! Memang suka bergurau2! Tapi baru-baru ni Nuna dapat syak orang yang Nuna suka tu sebenarnya dah ada makwe dah... Tak ada jodoh.. Alhamdulillah.. :) kenapa Alhamdulillah? Biar Nuna seorang saja yang tahu...

Tak kisahlah siapa suka siapa. Tapi lelaki mesti bataskan cara layanan dia pada seseorang perempuan. Jangan cuba petik bunga di taman kalau niat tu saja-saja jek.. Perasaan orang. Kang perempuan tu suka kau, kau pulak tak suka. Lepas tu hina perempuan tu lah, putus kawan lah.. Tolong.. Perempuan pula jangan terlalu melayani perasaan, jangan terlalu perasan.. Think positif! Dia caring, hanya sebagai kawan saja! Tak lebih.. Kalau tersuka, pendam jek dulu! Takut bertepuk sebelah tangan.. Kalau berani, luahkanlah..

Tak salah pun.. Cuma biar berpada-pada... :)

1 comment:

  1. stujuu sngat2 SUSAH NK BACA HATI MEREKA.. TAPI KITE JUGAK YANG MERANA AKHIRNYA.. HUHUHU diorang x sedar cara diorang lyan kite tuh yang wat kite terpedaya.. ape boleh buat jngan mudah percaya.. heeeeee

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..