Carilah yang sempurna!

Assalammualaikum. Now kat library sekolah.. Hati sedikit sakit, tapi masih mampu bersabar dengan kejadian tadi.. Nuna nak share sikit tentang orang selalu pertikaikan iaitu SEMPURNA. Biasanya kita akan dengar orang cakap, orang update status kata 'nobody perfect!' right? Tapi dalam Islam, seorang iaitu Nabi saw. Kan kan kan.. Okay, Nuna nak cakap pasal sempurna dalam memilih kawan pula..

"Kita janji, walau apa pun yang berlaku, gaduh sikit ke apa, kita tak akan berpisah tau. Aku harap hubungan persahabatan ini kekal macam ni sampai bila-bila!"

Pernah tak kita cakap macam tu kat kawan kita? Pernah tak korang janji dengan berkata macam tu? Gaduh dalam hubungan persahabatan bagi aku perkara biasa. Macam Nuna dengan kawan Nuna yang si Adaa and Jiehah tu, gaduh, gaduh lah juga.. Tapi kiteorang tak pernah menungkit kisah lama. Macam perkara yang lama tu tak pernah berlaku..

SEMPURNA! Bagi Nuna perkataan sempurna tu begitu asing dalam hidup Nuna sebab Kita sendiri tahu yang tak ada yang sempurna. Carilah yang sempurna! Carilah! Sampai ke lobang cacing kau tak akan jumpa kawan yang sempurna! Sampai kau kiamat pun tak akan jumpa kawan yang kau inginkan! Nak cari juga? Baik masuk hutan. pergi kawan dengan beruk! Rasa beruk pun tak nak kawan dengan kita.. ye dak?

Dah habis tu? Asyik nak mempertikaikan kelemahan kawan kita jek? Nak buat macam mana? Dah perangai dia macam tu? ye dak? Apa kata kalau kita terima seadanya je? Tak salah pun kan? Hadoii.. Nuna paling tak suka orang yang berjanji macam kat atas tadi, tapi dia terkena kat diri sendiri. Yelah! Cakap ya ya jek! Last2, hah amek kau!

Jangan banding-bandingkan kawan kita yang dulu, dengan kawan kita yang sekarang. Jangan sesekali mempertikaikan dengan apa yang korang ada sekarang. Cukuplah korang seorang saja yang tahu. Cukuplah korang saja yang faham. Jangan! Faham perkataan Jangan?? Kalau rasa rimas dengan kawan yang sekarang, pergilah cari kawan yang lebih baik, yang setanding dengan kau.. Itu yang kau nak kan?

Kalau still ada kawan yang macam tu macam mana? Kadang2 kita kena jadi seorang yang pentingkan diri sendiri, kadang-kadang tidak! Soal perasaan jangan pentingkan diri sendiri.. Jangan fikir perasaan kau jek! Jangan fikir kau je kecik hati dengan orang! Jangan fikir kau je yang sakit hati dengan orang! Sedar sikit orang sekeliling kita mungkin lebih sakit dengan perengai kita.. Pentingkan diri kalau waktu-waktu belajar. Contohnya lah! Kau nak belajar, dia tak nak belajar, dia jalan pun lembab, dia bising waktu belajar, hah tu boleh tinggalkan! Macam tu kawan yang mampu bawa kita hingga berjaya? Tidak bukan? Kalau mampu nasihat, nasihat lah! Atau cakap dengan berlemah lembut dengan berkata "Sorry weh, aku nak belajar.." Soal dia faham ke, dia tak faham ke, dia kecik hati ke, besak hati ke, lantak sama dia!

Nampak tak perbezaan perasaan dengan bukan perasaan..? Kalau kita bijak, kita bawa kawan kita ke arah yang lebih baik sebab tak ada apa yang sempurna.. Nuna pun tak sempurna.. Engkorang sempurna sangat ke? Tak kan....? Jangan cari yang sempurna. Takut apa yang ada depan mata korang, hilang sekelip mata. Jujur, hatiku sakit dengan apa yang berlaku tadi. Tapi aku tahu, dia pun sakit dengan apa yang berlaku tadi juga.. Masalahnya, aku rasa aku lebih sakit.. Huhuhu daripada malam tadi.. Kah3

Dan aku mula tunjuk belang. But kawan aku si Jieha tu kata "Dah! Kang gaduh pulak kang..." Maka Nuna tidaklah terlalu mengikut perasaan. So, istighfar adalah jalan2 yang terbaik.. :') Full stop!

So, nak cari yang lebih sempurna atau terima kekurangan sahaja? Tepuk dada tanya selera..!


2 comments:

  1. nak cari yang sempurna memang takde..tapi kita bleh menjadikan orang tu sempurna dimata kita dengan pertolongan kan...

    ReplyDelete
  2. its to fing the perfect ones. maybe takda kot. haha. but yaa. dengan kekurangan yang dia ada tu. cuba kita sempurnakan. i mean melengkapi and need each other. should give and take. hehehe. peace.

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..