Perempuan gemuk tak layak bercinta???

Assalammualaikum! Kali ni tajuk entry nampak saspen sikit.. Bukan sikit woo! Nampak macam banyak! Hahahahaha Ingat tak dalam islam, dalam al-Quran ada bagi tahu EMPAT perkara dalam mencari pasangan hidup kita iaitu Keturunan yang baik, Rupa paras, Agama dan Harta. Tapi Rasulullah SAW lebih menekankan AGAMAnya.


Nuna mengenangkan kawan Nuna yang lebih besar dari Nuna. Biar Nuna describe kan dia macam mana ek? Dia pendek, berbadan besar, berkulit hitam manis.Tapi Nuna suka part pipi dia. Ya Allah comelnya! Kalau kira pandang wajah kita kat cermin, nampak tak cantik or hodoh or buruk, ingatkan diri supaya bersyukur. Sebab ada yang lebih teruk dari kita. Kalau kita tatap bentuk tubuh kita kat cermin, nampak gemuk, montel or kurus macam lidi ke, ingatkan diri supaya bersyukur juga Sebab ada yang lebih teruk dari itu.

Allah tak pernah larang untuk kita cari pasangan kita yang kacak or cantik. Tapi kadang2, sesetengah orang akan cakap yang kononnya ikut cara islam. Pada hal, dia memang begitu memilih pasangan mengikut rupa. Kalau terlalu memilih mengikut rupa paras, habis yang hodoh ni, yang gemuk ni, yang tak cantik ni?



Nuna tak suka orang kata 'Cantik itu Subjektif!' Rasa nak cekik2 jek! Memanglah cantik tu subjektif. Tapi kalau muka tu dah memang cantik, tak payah lah ulang ayat yang sama. Maksud Nuna rupa dia yang Allah bagi tu memang nampak cantik.. Itu maksud Nuna. Ni tetiba masuk subjektif, objektif, adjektif bebagai ni dah kenapa.. Cantik itu Subjektif' adalah membawa erti Cantik jek.. Ye dak? hurm



Semua orang layak menerima cinta. Semua orang layak merasai nikmatnya. Semua berhak memiliki apa yang orang lain miliki. Tiada pengecualian! Semua orang layak menerima kasih sayang daripada pasangan kita sendiri. Termasuklah orang gemuk! Nuna kesian kat kawan Nuna tu sebab dia kena hina sebab dia gemuk. Nuna tak sangka masih ada lagi manusia begitu yang tak berperikemanusiaan kat atas muka bumi ni. Hina rupa sama je hina ciptaan Allah tau. Berdosa!

Sampai kawan Nuna update status kat facebook.. "Nak ke lelaki kat perempuan yang gemuk macam aku ni?" Kenapa perlu tanya soalan macam tuh? Ye Nuna pun pernah tanya soalan macam tu. Mungkin orang cantik tak pernah cakap macam tu kan? Am i right? Tapi cuba selami hati perempuan yang mengalami masalah macam ni.. Kesian kawan Nuna. Bukankah kita sepatutnya berusaha dengan berdoa..? Ramai sangat Nuna jumpa, Nuna tengok perempuan gemuk, tembam, dapat lelaki yang hensem.. Itu namanya jodoh tau.. Beruntung dapat lelaki yang mampu menerima kita seadanya..

Ada kawan Nuna kat facebook. Nuna dah block dah. Sebab rimas dia ganggu Nuna. Nuna jujur. Dia memang tak hensem, berbadan gempal. Kawan Nuna pun pelik dengan lelaki tuh. "Eh Nuna si polan tu kenapa kalau update status mesti tag perempuan? Perempuan tu pulak semuanya cantik-cantik! Dah kenapa?" Entahlahh Nuna pun tak tahu.. Apa yang Nuna tahu dari segi ilmu ialah bina keyakinan diri..
Bila gemuk, kita kena bina keyakinan diri. Pekakkan telinga bila orang hina kita. Bisukan mulut kalau orang kutuk kita. Buat muka bodoh jek. Jangan bagi respon pun!

Nuna tak kurus pun.. Nuna tak cantik pun. Serius tak tipu. Buat apa nak tipu kan? Tapi sekurang-kurangnya, Nuna sempurna! Ada mata, ada hidung, ada telinga, ada mulut, ada hati, ada perasaan. Complete! Alhamdulillah! Beb, rupa tak kekal lama. Sebab ini semua dunia sahaja.. Cantik! Tapi tetap berkedut juga bila tua nanti.. Ye dak?

Bagi yang gemuk tu, jangan frust menonggeng! Allah lebih Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Trust Allah. Kalau jodoh lambat, teruskan usaha dengan berdoa. Dekatkan diri dengan Allah.. Allah pasti dengar.. Dah-dah. Jangan nak mengenangkan nasib pulak! Tak baik.. So, move on lah! :)

Tak apa yang sempurna dalam dunia ni. Memang perempuan lain cantik, tapi disebalik kecantikkan itu terselit kelemahan dia.. Kelemahan yang kita sendiri tak nampak kerana diselindungi oleh Kecantikkan. Faham? Maksudnya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya.. Ingat! Semua manusia, semua makhluk ciptaan Allah berhak dapat segala-galanya.. :)

#kalau nuna salah, tolong tegur ya?



7 comments:

  1. Setuju sangat dengan kak nuna. Semua orang layak untuk menerima apa sahaja yang diterima oleh orang lain. Tak ada pengecualian. Tak mengapa, pasti suatu hari nanti akan ada yang akan datang dan cari kawan kak nuna tu. :D

    ReplyDelete
  2. kecantikan yang sebanar lahir dri hati yang bersih dn suci. tak perlu untuk cantik luaran sahaja yang penting dalaman juga perlu cantik :)

    ReplyDelete
  3. COMEYYYYYYYYY......

    :D SPECIAL GIVEAWAY --------------------------------> {MOTOROLA GOLD EDITION}

    ReplyDelete
  4. Ikha setuju dengan sis nuna.. tahun lepas seorang budak lelaki ni selalu ejek hitam atau ayat memerli sebab saya kulit hitam manis.. geram je nak tumbuk tapi saya sabar je..

    ReplyDelete
  5. hari tu baru pergi kenduri,
    tengok wife dia chubby2 camtu,suami dia hensem giloo..hehe
    dua2 sweet sangat3!!
    cinta memang tak mengenal rupa ^_^

    ReplyDelete
  6. kalau cari kecantikkan fizikal...cinta tu sampai situ je...kalau dah tak cantik..hilang cintany :D

    ReplyDelete
  7. sy ni dulu2 slim laa..pastu jd gemuk....
    dulu ade la sorg dua brani nk dekat2 ngan kite...skrg semenjak gemuk ni,mmg nampak mcm mak org...mmg xde pon org nk dekat...dh rupe mcm org ade ank....mmg xsemua org xsuka org gemuk,sy pon nak slim balik...tp seksa jgk tu nk slim tu....kesimpulannya,mari la sama2 kite turunkan berat badan scra sihat...jgn pts asa....bkn kite nk pikat hati org,tpi utk kesihatan kita...kejarlah keredhaan Allah,biarlah manusia mengata tntg fizikal kite,tp kite kena usaha utk org x ejek kite...

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..