Katakan TIDAK kepada suami orang !

Ergghh! Terasa lama gila tak update tentang hal-hal personal Nuna kat korang kan! Huhuhu bestnya dengar lagu Dadali Disaat Sendiri.. Rasa nak nangis jek nih! By the way, kecoh seluruh negara pasal kehilangan MAS tuh? Pelik dan ganjil dan musykil! Mana pergi ek? Hilang macam tu jek? Aik? Apa-apa pun kita berdoa sajalah yang semoga semua penumpang dan pemandu selamat. Amin ya Allah! :)

muka macam budak2 kan.. hahahahaha abaikan!


Nuna sedihlah tengok Liyana Manan tuh. Kenal? Baca surat khabar tak? Apa perasaan korang bila suami korang berlaku curang? Menduakan korang? Soalan bodoh kan? Hurm! Tak akan happy kowt? Nuna ada seorang kawan. Waktu tu kiteorang ceritalah bab madu-madu ni or poligami dalam Islam. Dia jawab apa, "Aku tak kisah pun kalau bermadu. Aku rela dan bersedia. Lagi pun aku akan dapat payung emas kat akhirat nanti.." Amboi! Belum kahwin dah buat pengunguman! Eh, Nuna tak sanggup nak bermadu, Nuna tak sanggup dimadu. Sebab Nuna kenal diri Nuna.. Sakit dia hanya Allah saja yang tahu. Jujur Nuna cakap, Nuna lebih rela diceraikan daripada dimadukan.. please..

Wahai kaum hawa kalau boleh elakkan berkawan dengan suami orang, elakkan dan kalau boleh JANGAN kawan dengan suami orang pun tak apa! Macamlah suami orang tu tak ada kawan lelaki kan? Tapi kenapa pilihan perempuan mesti SUAMI ORANG?? Sedangkan berlambak lelaki-lelaki kat luar sana yang lebih baik dari suami orang tu? Kenapa ya? Adakah mata itu telah dibutakan? Hurm soalan cepu cemas!

Nuna kadang-kadang sedih tau tengok isteri terpaksa bercerai kerana suami yang curang, suami yang kahwin lain, suami yang dah tak sayang isteri lagi, yang dah ada perempuan lain, perempuan simpanan, macam-macam lah! Apa yang Allah bagi tu tak cukup ke? Peliklah.. Berdosa tau kalau meruntuhkan masjid orang sedangkan kita tahu yang lelaki tu dah berkahwin.. ya Allah, jauhkanlah aku daripada semua ni berlaku..

Sedihlah macam ni.. Nak cari lelaki yang betul-betul nama lelaki ni susah tau! Satu dalam Seribu! ya Allah.. Patutlah Allah kata Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik. Limited Edition rupanya.. Memang patut pun Allah sorokkan lelaki and perempuan yang limited edition nih! Takut dipermainkan oleh anak-anak ikan..

Bila tengok isteri menangis disebabkan penceraian, Nuna sedihlah. Nak menangis pun ada.. Kebanyakannya bercerai kerana lelaki curang, lelaki nak kahwin lagi.. Nuna jadi takut nak kahwin.. Kita sendiri tak tahu apa yang bakal terjadi kat kita selepas kita kahwin nanti.. Apa-apa pun redha dan tawakkal sajalah.. Allah itu Maha Adil.. Kesian kat anak-anakkan.. Selalunya anak-anak yang jadi mangsa..

Selalunya, faktor utama berlakunya kecurangan ini ialah faktor lemah iman atau agama! Kalau kita mencintai seseorang kerana agama dia, in shaa Allah, Allah akan sentiasa pelihara masjid kita.. Bila kita jaga Hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia yang lain..

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya baik-baik saja dan minta dijauhkan itu semua..

2 comments:

  1. msa sebelum kwe..syitan bisik suruh buat maksiat..tapi..lepas kawin..syaitan bisik suruh kita jauh dari yg halal..hurmm..

    visit me back..

    ReplyDelete
  2. Kesian sangat dengan Liyana Manan tu. And saya benci sangat dengan yang gatal2 nakkan suami orang tu. Dah kenapa kan. Kalau suka lelaki berusia pon, janganlah lelaki orang. Haish macam dah tak ada lelaki bujang dalam dunia ni. Muka cantik tak akan tak boleh cari yang single, ye dok? >.<

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..