Cintaku 'Limited Edition'..

"Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.." #salamjumaat

Hampir seminggu aku meninggalkan blog aku.. Sekarang, aku kembali dengan ‘mengemas’ segala habuk-habuk dan sesawang yang makin naik lemak.. Huhuhu gurau.. J

Nuna berazam, yela, Nuna kan dalam proses nak berubah. Ingat senang ke nak berhijrah ni? Nuna ingat nak menahan diri dari suka atau jatuh hati pada sesiapa.. Nuna tak nak ada apa2 perasaan kat sesiapa. Nuna takut lain niat, lain perbuatan, boleh ke arah zina. Tapi baru-baru ni hati Nuna sedikit terusik dengan seseorang yang boleh dikatakan lebih tua dari Nuna. 
Yang boleh dikatakan dia seperti seorang abang kepada Nuna. Nuna sendiri tak tahu status dia apa. Bila lihat dari segi fizikal dia, nampak macam dah kahwin.. hurm?

Nuna rasa berdosa sangat.. Rasa nak menangis pun ada.. Sebab Nuna banyak kali terserempak dengan dia. Nuna malu nak pandang muka dia. Bila berselisih, nuna lalu sebelah dia, arah bertentangan, Nuna tunduk jek.. Rasa nak menangis pula..  Aduhh kenapalah kau patut ada rasa macam ni jia…….. Jangan tanya aku, sebab perasaan itu fitrah manusia..

Aku rasa berdosa bila suatu hari tu, aku dengan dia saling berpandangan, lepas tu aku sedekahkan senyuman. Aku tak sangka pula senyuman aku dibalas dengan begitu mesra sekali.. Mungkin mood dia okey pada waktu itu..? Hingga sekarang aku masih teringat-ingat kejadian tu. Kejadian yang kawan-kawan tak tahu! Semua orang tak tahu.. Hari ni berselisih dengan hampir tiga kali. Semalam hampir lima kali. Tiga campur lima berapa?? Lapan kali berselisih dengan dia dalam seminggu.

Salahkah kita suka kat seseorang? Ya Allah.. Memanglah tak salah.. Tapi benda ni boleh bagi banyak impak tau. Kadang2 Nuna takut suka kat orang ni. Kang teringat-teringat, lagi payah! Boleh tak jadi manusia yang tidak berperasaan? Yang tak ada rasa sayang, rasa cinta, yang tak ada rasa benci, rasa suka.. Boleh tak..?

Nuna tahu nama seseorang yang Nuna suka tuh. Nuna terpegun tengok dia berjubah putih, berkopiah. Nuna pandang dari jauh sekilas saja. Lepas tuh, Nuna tak pandang dah! 

Nuna rasa, Nuna memang patut lupakan dia. Nuna rasa dia dah kahwin.. Alaaa tak ada jodoh dengan dia lah maknanya.. Tak apa.. Nuna redha.. Jodoh Nuna yang bakal halal, ada diluar sana.. Nuna tak risau pun.  :’)

Kawan Nuna kata, Nuna seorang yang istimewa.. Hati yang sangat istimewa.. Boleh dikatakan 'Limited Edition'.. Yang akan dimiliki oleh seorang suami bukan calang2 orang.. Nuna mengaku Nuna tak pernah bercouple. Bagi Nuna, bercouple atau bercinta tanpa tujuan iaitu BERNIKAH, adalah perkara yang sia-sia! So, elakkan lah! Itu hanya membawa kepada zina sahaja.. Nuna tak suka bercinta atau bercouple yang putus setengah jalan.. Macam couple putus, couple putus tuh.. Kita perempuan.. Ada hati dan perasaan.. Kalau benarlah ingin bercinta biarlah hingga menjadi yang halal..



But, Nuna decide nak bercinta selepas nikah je la.. Orang kata sweet! :) Huhuhu now, tumpu pada study jek.. 19 May start exam penggal dua.. Gud Luck for me! Pray for me and MH370 too.. Assalammualaikum..



No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..