Cintaku Hanya Milik Allah..

Assalammualaikum aku tujukan khas kepada pembaca yang membaca entry aku yang ini. Entry pada kali ini begitu istimewa sekali buat semua pembaca! Boleh dikatakan seperti gud news jugak lah! :D Saja nak share dengan korang..

Ketika tangan ku sibuk menaip, telinga aku tidak lepas daripada mendengar zikir daripada Haifz Hamidun iaitu Astaghfirullah.. Sungguh! Sungguh benar dengan apa yang ingin aku kata dan kongsikan ini datangnya daripada Allah dan daripada hati aku sendiri.. Mungkin ada yang diantara kita akan terkejut? Siapa tahu..?
Aku mengaku, aku mempunyai ramai kawan di tempat aku belajar sekarang. Kawan rapat, kawan tak rapat, semuanya sama saja.. Namun, aku tidak rapat dengan pelajar lelaki kerana aku bukanlah seorang yang peramah, aku bukanlah pandai berkata-kata.. Aku seorang yang sangat pemalu.. Tapi bila kawan dengan kawan yang ‘gila-gila’, aku turut jadi gila! Huhuhu Pada masa yang sama aku turut menjaga batas pergaulan dengan kawan lelaki.

Sejak umur ku menjangkau umur 19 tahun (belum genap lagi), aku mula sedar tentang sesuatu.. Sesuatu yang selama ini aku tercari-cari.. Sejak aku sekolah menengah lagi! Aku mulai rapat dengan seorang kenalan perempuan yang bertudung labuh, very humble, seorang yang pendiam, menjaga agamanya, sering menegur silap rakan-rakannya, membuatkan jiwa aku sedikit terharu dan terusik..

Lalu, aku bertanya akan diriku.. “Bukankah itu yang kau mahukan dari dulu lagi..?” “Bukan kah itu diri sebenar yang kau tercari-cari selama ni…?” Sebak mula menyesakkan dada ku ..
Aku mengaku, aku pernah berniat untuk itu (bertudung labuh/menutup aurat).. Aku mengaku aku pernah berniat untuk berniqab.. Tapi apabila aku melihat diriku ini, banyak tabiat buruk yang  sukar untuk aku tinggalkan.. Aku terbaca satu novel yang bertajuk Cinta High Class daripada Fatimah Syarha. Ciri-ciri seorang muslimah ialah lemah lembut, berkata apa yang perlu, menutup aurat dan sebagainya.. Apa yang aku baca dalam buku itu, aku akan banding dan lihat diriku semula.. Bagaimana ingin aku tinggalkan tabiat aku selama aku hidup sehingga usia ku 18 tahun..?

“Muslimah yang berlemah-lembut..”  Aku bukanlah seorang wanita yang lemah lembut.. Bukanlah seorang wanita yang bersopan santun. Bukanlah seorang wanita yang begitu menjaga tatatertibnya. Malah, aku seorang wanita yang serba kekurangan.

Dulu, aku suka  pakai seluar jeans ketat, baju tshirt dan tudung selandang atau bawal dengan mengikut gaya yang terkini.. Pada usia ku meningkat remaja, aku begitu mengikut dengan trend semasa iaitu gaya memakai tudung dan cara berpakaian yang ranggi untuk muslimah. Aku memang menat. Tambahan pula, citarasaku dan citarasa kakak sulung ku adalah sama! Kami selalu berkongsi bersama. Sekiranya dia ingin membeli tudung, dia akan meminta pendapat dariku.

Namun, kini sudah berubah! Dulu lain, sekarang lain. Sekarang, aku dah bagi seluar jeans aku kepada kakak aku. Aku hanya memakai seluar slack hitam serta baju Muslimah yang sama sahaja. Respond kakak aku ialah “Fuyoooo.. Jia dah berubah..” Aku tidak mengerti apa maksud disebalik kata-kata itu. Aku hanya mampu tersenyum dan berdoa agar, kakak ku berubah. Amin.

Perkara pertama yang membuatkan aku berubah personaliti menjadi lebih baik ialah faktor kawan! Kawan adalah pengaruh yang kuat dalam hidup kita. Sejak aku mulai rapat dengan dia, aku mula mencintai ilmu. Sejak aku mulai rapat dengannya, aku juga mulai rapat dengan Yang Esa. Tetapi aku hanya mampu melakukan ibadah mengikut kemampuan ku sahaja.. Allah lebih memahami..

Sekiranya aku mempunyai sebarang pertanyaan tentang hal-hal agama, aku akan bertanya kepada dia. Kami sering bertukar-tukar buku agama, bertukar-tukar kata hikmah, berkongsi ilmu yang aku masih tak tahu dan pelbagai lagilah!

Perkara kedua yang membuatkan aku berubah ialah novel Cinta High Class.. Novel tersebut memberikan kesan yang positif dalam diriku dan aku turut merasainya sendiri.. Aku tidak tahu mengapa aku berasa Allah berada dekat denganku. Buku tu banyak mengajarku.Tentang mencintai Ilmu, menjaga pergaulan, tatatertib dalam pertunangan dan perkahwinan.. Alhamdulillah! Aku dapat banyak maklumat dalam tu. Aku kagum dan bersyukur dengan apa yang aku baca.. Entahlahh! Aku pun tak tahu mengapa.

‘Berusaha mencari jodoh..’ Dulu aku menganggap ayat itu seperti ini. Berusaha dengan menghusha, memikat lelaki dan sebagainya.. Selepas aku mengamati buku itu, baru aku faham apa maksudnya.. Maksud ayat itu ialah berusaha mencintai Allah dahulu. Berusaha mendekatkan diri kita dengan Allah dahulu. Barulah Allah akan temukan pasangan yang sesuai untuk kita. Allah pernah berjanji didalam al-Quran. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..

Cabaran dalam berhijrah ini ialah istiqamah! Orang yang mahu berubah, perlu betul-betul istiqamah! Tetapkan hati untuk berubah.. Jangan tangguh-tangguh.. Tapi imanku masih lemah, masih goyah.. Aku mahukan seseorang untuk terus berada disisiku dan menyokongku.. :’) Ya Allah, tetapkanlah hatiku hanya pada-Mu.. Ya Rabb.. Amin.



#aku dah beli dah tudung labuh tuh. Tapi aku tak pakai lagi. Sebab aku malu. Aku kalau nak pakai tudung labuh kena pakai niqab sekali. Aku tak nak orang kenal aku.. L macam mana ya? Salah ke apa yang aku buat ni?? Hurm..

2 comments:

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..