Apa yang akan berlaku selepas ini? #prayMH370



Mungkin tajuk entry nampak menakutkan sedikit.. Huhuhu tapi aku tidak kisah dengan semua itu. Satu dunia tahu mengenai kehilangan pesawat MH370 tu.. Adakah itu bala yang diturunkan oleh Allah? Sebelum ni ada ujian lagi yang menimpa negara kita.. Adakah kehilangan pesawat tersebut disebabkan hukuman yang diterima oleh Dato' Anwar??

Kenapa Nuna cakap macam tuh? Post untuk kali ini, tiada sebarang unsur politik dan belaan untuk mana-mana pihak. Tapi ini pendapat sesetengah masyarakat. Malam tu, Nuna tengok berita di TV3 yang memberitahu bahawa Dato' Anwar dikenakan hukuman penjara kerana kes liwatnya bersama bekas pembantu peribadinya. Esok tu, Nuna difahamkan Pesawat MH370 telah hilang lebih kurang jam dua pagi.. Dimana sebenarnya silap kita sebagai rakyat Malaysia sehingga  negara kita ditimpa sebegini.. Dimana silap pemimpin-pemimpin kita yang berwibawa lagi bijaksana..?

Jangan pernah membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia tidak pernah membuat silap. Jangan pernah kata yang pemimpin-pemimpin Malaysia tidak pernah membuat silap.. Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Besar. Disetiap apa yang berlaku pasti akan ada balasannya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Nuna berharap mana-mana blogger atau VIP-VIP atau mana-mana pihak yang baca entry Nuna ni selalu-selalulah membuat muhasabah diri dan tanyalah diri sendiri, dimanakah silap kita?

Nuna teringin nak tengok pemimpin-pemimpin Nuna yang berwibawa lagi bijaksana mengimamkan rakyat Malaysia, sertai dalam mencari pesawat MH370, yang mengetuai bacaan Yaasin, yang mengazakan ditengah-tengah Laut China dan Selat Melaka.. Nuna tak kata pemimpin kita tak berusaha mencari. Nuna tahu dia sanggup membatalkan lawatan beliau untuk ke luar negara. Rakyat, polis, tentera, telah banyak berkorban untuk negara.. Namun, apa salahnya sekiranya pemimpin mengambil peluang untuk berkorban kepada rakyat.. Allah lebih Mengetahui..

Apa yang Nuna kata ini berdasarkan luahan hati Nuna.. Alangkah indahnya pemimpin Nuna, pemimpin kita yang berwibawa itu melakukan hal tersebut. Nuna yakin, negara Malaysia akan lebih selamat, lebih aman, lebih makmur sekiranya pemimpin kitayang mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang sebenar.. Alangkah indahnya... Nuna juga yakin perkara ini mungkin tidak akan berlaku.. Adakah ini semua silap kita juga?

Nuna tahu dalam politik tetap ada rasuah untuk mendapatkan sesuatu, untuk menjatuhkan orang lain. Sikap ingin berkuasa, ingin memiliki, ingin mentadbir yang menguasai diri. Itu tidak salah kerana pemimpin mahu yang terbaik untuk semua rakyatnya. Tapi adakah caranya betul? Adakah ini punca kehilangan Pesawat MH370..? Yang berpunca daripadadiri dan pempimpin kita sendiri...?

Mungkin kesibukan dalam bekerja, sibuk dengan mensyuarat, sibuk dengan lawatan, sibuk dengan segala hal sehingga pemimpin sanggup meninggalkan solat? Pemimpin yang Nuna maksudkan bukan seorang tetapi semua pemimpin yang mengakui dirinya Pemimpin Negara kita.. Jujur Aku sedih bila mengenangkan kehilangan pesawat itu..

Nuna kasihankan keluarga yang kehilangan ahli keluarga.. Yang menangis tidak henti.. Berdoa tidak henti.. Kasian mereka. Janganlah salahkan sesiapa kerana kita semua tidak duga apa yang berlaku. Apa yang berlaku ini juga bukan kehendak kita. Namun, ini semua berlaku diluar jangkaan kita. Kita semua sedang berusaha.. Yang mana tidak mampu, diharapkan terus berdoa dan membuat solat taubat serta solat hajat. Yang mana termampu buatlah selagi mampu.. Itu sahaja harapan rakyat..



Sudah puas kita mencari di daratan. Sudah puas kita menggunakan teknolgi canggih. AS dan CHINA yang turut membantu.. Aduhh terharu sangat.. Bayangkanlah kalau negara Malaysia tiada persaudaraan dengan negara luar, siapa mahu bantu kita? Tambah-tambah negara kita negara yang sedang membangun.. Kenapa tak guna kapal selam saja untuk cari didasar laut? Ohh rupanya kapal selam untuk berperang! Ini darurat! Kenapa masih fikirkan itu semua? Tak kasihankah keluarga-keluarga yang sedang merendam dengan air mata, yang menunggu lama kepulangan ahli keluarga mereka...? Gunakanlah carikanlah apa saja untuk mencari mangsa.. Kasihanilah mereka.. Gunakanlah kapal selam.. Alat saterlit hanya pertolongan sampingan untuk mengesan sahaja.. Hampir 8 hari tidak jumpa.. Kasihan mereka...... .......



Ramai yang membuat spekulasi ke atas kehilangan pesawat tersebut. Nuna berpendapat bahawa memang ada. Mungkin Allah kaburkan penglihatan kita. Mungkin Allah 'simpan' dahulu. Mungkin ada didasar laut.. Mungkin pesawat itu ghaib.. Itu logik. Yang kurang logik adalah pesawat terhempas dilautan. Tak akanlah semua tak dengar sesuatu yang kuat terhempas, tak akanlah semua tak rasa sesuatu gegaran. MAS MH370 itu besar.. Tak mustahil juga itu boleh berlaku dan Allah boleh kaburkan itu semua daripada kita semua.. Siapa tahu? Semua ini penuh dengan rahsia Allah..

Apa yang Nuna mampu berkata ialah... teruskan solat taubat bagi rakyat dan PARA PEMIMPIN negara, solat hajat, bacaan yaasin dan doa... Allah sentiasa Dengar..


No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..