Perempuan gemuk tak layak bercinta???

Assalammualaikum! Kali ni tajuk entry nampak saspen sikit.. Bukan sikit woo! Nampak macam banyak! Hahahahaha Ingat tak dalam islam, dalam al-Quran ada bagi tahu EMPAT perkara dalam mencari pasangan hidup kita iaitu Keturunan yang baik, Rupa paras, Agama dan Harta. Tapi Rasulullah SAW lebih menekankan AGAMAnya.


Nuna mengenangkan kawan Nuna yang lebih besar dari Nuna. Biar Nuna describe kan dia macam mana ek? Dia pendek, berbadan besar, berkulit hitam manis.Tapi Nuna suka part pipi dia. Ya Allah comelnya! Kalau kira pandang wajah kita kat cermin, nampak tak cantik or hodoh or buruk, ingatkan diri supaya bersyukur. Sebab ada yang lebih teruk dari kita. Kalau kita tatap bentuk tubuh kita kat cermin, nampak gemuk, montel or kurus macam lidi ke, ingatkan diri supaya bersyukur juga Sebab ada yang lebih teruk dari itu.

Allah tak pernah larang untuk kita cari pasangan kita yang kacak or cantik. Tapi kadang2, sesetengah orang akan cakap yang kononnya ikut cara islam. Pada hal, dia memang begitu memilih pasangan mengikut rupa. Kalau terlalu memilih mengikut rupa paras, habis yang hodoh ni, yang gemuk ni, yang tak cantik ni?



Nuna tak suka orang kata 'Cantik itu Subjektif!' Rasa nak cekik2 jek! Memanglah cantik tu subjektif. Tapi kalau muka tu dah memang cantik, tak payah lah ulang ayat yang sama. Maksud Nuna rupa dia yang Allah bagi tu memang nampak cantik.. Itu maksud Nuna. Ni tetiba masuk subjektif, objektif, adjektif bebagai ni dah kenapa.. Cantik itu Subjektif' adalah membawa erti Cantik jek.. Ye dak? hurm



Semua orang layak menerima cinta. Semua orang layak merasai nikmatnya. Semua berhak memiliki apa yang orang lain miliki. Tiada pengecualian! Semua orang layak menerima kasih sayang daripada pasangan kita sendiri. Termasuklah orang gemuk! Nuna kesian kat kawan Nuna tu sebab dia kena hina sebab dia gemuk. Nuna tak sangka masih ada lagi manusia begitu yang tak berperikemanusiaan kat atas muka bumi ni. Hina rupa sama je hina ciptaan Allah tau. Berdosa!

Sampai kawan Nuna update status kat facebook.. "Nak ke lelaki kat perempuan yang gemuk macam aku ni?" Kenapa perlu tanya soalan macam tuh? Ye Nuna pun pernah tanya soalan macam tu. Mungkin orang cantik tak pernah cakap macam tu kan? Am i right? Tapi cuba selami hati perempuan yang mengalami masalah macam ni.. Kesian kawan Nuna. Bukankah kita sepatutnya berusaha dengan berdoa..? Ramai sangat Nuna jumpa, Nuna tengok perempuan gemuk, tembam, dapat lelaki yang hensem.. Itu namanya jodoh tau.. Beruntung dapat lelaki yang mampu menerima kita seadanya..

Ada kawan Nuna kat facebook. Nuna dah block dah. Sebab rimas dia ganggu Nuna. Nuna jujur. Dia memang tak hensem, berbadan gempal. Kawan Nuna pun pelik dengan lelaki tuh. "Eh Nuna si polan tu kenapa kalau update status mesti tag perempuan? Perempuan tu pulak semuanya cantik-cantik! Dah kenapa?" Entahlahh Nuna pun tak tahu.. Apa yang Nuna tahu dari segi ilmu ialah bina keyakinan diri..
Bila gemuk, kita kena bina keyakinan diri. Pekakkan telinga bila orang hina kita. Bisukan mulut kalau orang kutuk kita. Buat muka bodoh jek. Jangan bagi respon pun!

Nuna tak kurus pun.. Nuna tak cantik pun. Serius tak tipu. Buat apa nak tipu kan? Tapi sekurang-kurangnya, Nuna sempurna! Ada mata, ada hidung, ada telinga, ada mulut, ada hati, ada perasaan. Complete! Alhamdulillah! Beb, rupa tak kekal lama. Sebab ini semua dunia sahaja.. Cantik! Tapi tetap berkedut juga bila tua nanti.. Ye dak?

Bagi yang gemuk tu, jangan frust menonggeng! Allah lebih Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Trust Allah. Kalau jodoh lambat, teruskan usaha dengan berdoa. Dekatkan diri dengan Allah.. Allah pasti dengar.. Dah-dah. Jangan nak mengenangkan nasib pulak! Tak baik.. So, move on lah! :)

Tak apa yang sempurna dalam dunia ni. Memang perempuan lain cantik, tapi disebalik kecantikkan itu terselit kelemahan dia.. Kelemahan yang kita sendiri tak nampak kerana diselindungi oleh Kecantikkan. Faham? Maksudnya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya.. Ingat! Semua manusia, semua makhluk ciptaan Allah berhak dapat segala-galanya.. :)

#kalau nuna salah, tolong tegur ya?



Khas untuk LELAKI dan WANITA.. :)

Best pula dengar lagu Aiman Hakim Ridza-Buatmu Cinta.. Alaa drama ‘Projek Memikat Suami’ tuh… Tapi Nuna tak minat drama tuh. Haishh Nuna pelik lah.. Hari tu Nuna pergi kedai buku.. Alaa yang time Nuna nak guna voucher tapi tak guna tuh.. Hah part tu lah kan.. Nuna kalau pergi beli buku, walaupun nak beli buku sekolah, tempat yang Nuna akan pergi ialah tempat novel! That my first place! Wahhh banyaknya. But semuanya Nuna tak berkenan! Tajuk novel zaman sekarang makin MEREPEK! Semuanya nak kene ada perkataan ‘SUAMI’ la.. Nak kene ada perkataan ‘ISTERI’ lahh… Errrr tak sukanya! Okeyy letak balik.. 




Then, Nuna tercapai satu novel yang really berkenan.. Huhuhu Tajuk dia ‘Miss XL’.. Okay, baca sinopsis pun dah jatuh cinta. So, Nuna beli and hadiahkan kat akak Nuna sebab birthday dia.. Sampai sekarang novel tu still berbalut lagi… L Errrr akak Nuna cakap, selagi novel tu tak berbalut, sorang pun tak  boleh baca! Errrr sungguh sadisss!

Okay itu baru mukadimah! Mukadimah memang lari dari tajuk entry kay. Huhuhu forget it! Hah yang ini baru nak masuk cerita.. Huhuhu.. Nuna mengaku sejak akhir-akhir ni Nuna makin pelik.. Pelik sebab penyakit berangan ni makin lama makin parah pula.. Hahahaha tak nak cakaplah aku berangan pasal apakann… Shhhh tak nak bagi tahu.. Nanti kantoi! :p Sibuk jek nak tahu.. Tangan kat bahu, mata jelling atas..
Nuna pernah bagi tahu korang kalau nak pasangan yang baik, kena jaga hubungan kita dengan Allah kan.. Hah! Nuna lupa nak cakap.. Kalau kita nak yang terbaik untuk diri kita, first thing! Kita kena jadi yang terbaik juga! Buruknya perangai! Yela, nak yang bagus-bagus! Nak yang pandai-pandai, nak yang alim-alim, tapi diri kita ni.. Hah cuba tengok…? Baiki diri dulu pelase.. Nuna pun tengah baiki ni. Kita sama2 berubah k?



Entry ni sebenarnya khas untuk lelaki-lelaki yang still remaja dan yang on the way nak jadi suami orang.. Abang, dik, suami ni tanggungjawab dia berat tau. Dah ready nak tanggung anak dara orang? Cukup ilmu agama dan dunia? Cukup ilmu nak didik anak-anak nanti? Cukup ilmu nak ajar isteri nanti? Cukup nak belajar tentang ekonomi rumah tangga? Cukup bijak dalam mengaturkan kewangan keluarga? Dah mampu berdikari tanpa tinggal dengan ibu bapa kita? Mampu jalankan tanggungjawab terhadap isteri dan ibu bapa nanti? Hah jawablah!

Sebelum kahwin dik, abang, kalau rasa tak yakin dengan kebolehan, still ragu-ragu lagi, buat solat sunat istikharah. Kalau tak sure juga, timba ilmu. Penuhkan ilmu di dada dulu. Kalau rasa-rasa dah mampu menjawab soalan-soalan cepu cemas Nuna tuh, go on! Tapi kena ingat, suami mesti bijak menyelesaikan masalah! Yang penting agama kena jaga dan tanggungjawab sebagai seorang suami! Isteri kalau degil, pukul jek! Janganlah pukul yang manja2 lepas tu tak jalan. Janganlah pukul sampai jadi kes dera. Kang Nuna juga yang kena. Pukullah si isteri tu kalau dia tak nak dengar cakap suami. Dengan syarat jangan sampai memudaratkan.. Contoh nasihat, jentik sikit ke, etc. Huhuhuhu Aku ni bercerita macam dah ada pengalaman pula… keh3 tiba-tiba tersenyum sorang-sorang.. :D



Nuna kan suka berangan. So, Nuna tertanya-tanya tau.. Betapa susahnya menjadi seorang lelaki yang bergelar ‘SUAMI’ ni. Setiap manusia, mesti pasang niat untuk BERKAHWIN. Kena ada! Kalau tak, Nabi tak mengaku umat.. J Nuna pun nak kahwin.. Tapi mengenangkan masa depan, mengenangkan ilmu belum cukup, Nuna kena study dulu. Nuna tak nak time Nuna study, Nuna terikat dengan mana-mana hubungan! Oh mennn.. Pleaseelah..!

Nuna tak suka mesej dengan lelaki.. Yang tiap-tiap hari kena layan, kena menghadap dia jek sepanjang masa. Nuna tak suka lah. Nuna rimas! Ada pakwe ni macam susahlahh.. Buang masa, buang kredit! Hah dan TAK BEST!!!



Tak best sebab apa? Sebab ada lelaki or wanita lain yang dah rasa kasih sayang kita. Ada lelaki or wanita yang dah tahu rahsia diri kita, tingkah laku kita, err tak nak lah macam tu. Tak best kan.. Ada yang belum ada apa2 ikatan pun dah sibuk kenaa bagi tahu macam2.. Dah macam reporter pulakk. Belum confirm jadi suami or isteri lagi dah nak tanya macam-macam. Cinta tu kadang-kadang boleh menjerat diri sendiri tau. LOVE IS DANGEROUS! Boleh buat hati kita buta tau!

“b, kat mana…?”

“dah sampai t bagi tahu tau..”

“sayang, b dah sampai umah..?”

Eeuuuww? Tak geli ke? Hahahahahaha sorry ek, Nuna ni jujur orangnya.. Siapa yang tak pernah couple, ada niat nak BERCINTA SELEPAS NIKAH, kita geng! Itu maknanya cinta kita ‘LIMITED EDITION’! Itu baru best! Sebab just suami kita sahaja yang akan rasa kasih sayang kita.. Wahh sweetnya.. Huhuhuhu :D
My sis tanya.. “Jia kau nak kahwin umur berapa…” Nuna jawab lama lagi.. dalam 26 or 27 ke.. Lepas tu dia cakap lamanya! Nuna jawablah banyak lagi ilmu yang Nuna kena pelajari. Lagi pun sekarang Nuna lebih fikirkan soal masa depan… J Alaaa jodoh! Nuna tak risau sangat pun. Sebab Jodoh Nuna memang ada pun. Kena tunggu masa jek! :D Ahhhh sweetnya.. :D Jodoh kita semua ada… kat luar sana…


#nasihat Nuna! Wahai lelaki, wanita, jangan bagi apa2, duit ke, maruah ke, harta benda ke, kepada kekasih yang belum tentu menjadi MILIK kita.. Trust me.. Jangan menyesal ya.. Jangan cakap perempuan or lelaki tu pengkikis. Tapi yang sebenarnya kamu yang bodoh!

#kadang2 lebih baik bercinta dengan orang jahat sebab kita sendiri dah tahu yang dia memang jahat. Daripada bercinta dengan orang baik. Baik ada makna. Mungkin kejahatan terselindung sebalik kebaikannya. Bahayanya!

Review : Daya The Sixth yowww!!

Relax-relax jab.. Kerja tolak tepi focus pada blog Daya The Sixth! Ohhh feeling terlebih dengar lagu Fiq-Setia Hujung Nyawa ni.. Hahahahahaha Okaylahh Nak teruskan misi dan tunaikan janji.. Ce wah! Nuna kalau review tengah2 ada mood kan, Nuna cari sampai lobang cacing gambar tuan punya blog tuh.. Nak tengok? Lawa! Ciptaan Allah semuanya cantik! =D



Nuna berharap Nuna publish entry ini pada masa yang tepat! Hahahahahaha Sebenarnya Nuna berkenan sungguh dengan border dia tuh.. Okay warna purple! Warna kegemaran Nuna tau.. :)





Untuk tengok dengan lebih real lagi, tak puas kat entry Nuna kan.. -_- boleh tengok sendiri.. Daya The Sixth!!

Kisah semalam yang sangat Memalukan!

Busy giler! PA tak siap lagi ni.. Tengah collect data. Tu pun ketepikan kejab. Adik Nuna sibuk dengan Running Man tengah charge lappy. Habis Nuna? Baterry tengah 23% je lagi ni. Jab lagi kang mati lahh.. Niat hati nak buat graf, nak siapkan kira2 bende alah ni.. Lepas tu tido, tapi tetiba terasa nak update puloxxx! Ape pun tak boleh.... :p

Nuna dah dapat voucher RM250 dah. Korang dah dapat. Arghhh semalam, Nuna keluar dengan kawan Nuna, pergi beli buku lah, guna voucher! Exited giler ni.. Yang penting ic kene bawak k? Dah pilih buku dah ni... Nak bayar dah ni.. Dah sampai kat kaunter bayaran dah ni.. Dah hulur voucher dah ni.. "Kad id awak?" Tanya si cashier tuh.. Id Card??? Kene ke? Eh terkejut Nuna.. Nak beli barang guna voucher pun macam2 cara! ya Allah lecehnya! Ingat aku bawa id kad tu bila aku keluar? Mestilah Nuna bawa time kat sekolah je kan. Tak sangka lah pulak dia minta id kad.. Sungguh melecehkan.. Tiba-tiba boleh rasa darah tinggi puloxx.. Nuna pun ketepikan balik buku-buku tu semua.. Haishh...



Peninglah layan kedai ni.. Nak beli barang pun macam2 syarat kene. Kenapa, guna IC pun tak percaya ke? Apa pun tak boleh! Takut nau orang tipu. Tak akan nak tipu kowt? Kalau tipu report la polis. Apa susah! Dah lah buku untuk penggal 3 tak ada lagi.. Macam2lah yang berlaku semalam!

Paling mengejutkan ialah part seluar koyak! Malu gila! Waktu tu, Nuna dengan kawan Nuna nak pergi MBO. Kawan Nuna nak parking moto. Nuna ni tumpang dia. Kawan Nuna nak masuk and dia tak perasan moto rapat sangat dengan bontot kereta sampai tergeser seluar Nuna terkoyak.. Zapppp!

Dari peha sampai ke betis nampak! Waktu tu, Nuna rasa macam nak menangis je sebab tahan malu. Tak ada orang nampak. Pulak tak ada! Ada! Tapi sorang lah.. Orang INDIA pulak tuhh! Dia sibuk2 cakap "Hey seluar you koyak!" Aku tahulah bongok! Dia pulak tegur waktu Nuna sememangnya dah perasan!! Nuna rasa nak tumbuk je jantan INDIA tuh.. Sambil cakap tu, siap tersengih2 lagi! Hishhh rasa nak belasah je dia waktu tu... :'((

Nuna pun ambillah dua butang kat tudung, pin seluar Nuna.. :( Kawan Nuna minta maaf banyak2.. Kalau minta maaf pun tak boleh betulkan seluar Nuna lagi dah.. Bayangkan Nuna tak marah pun.. Nuna terpaksa tahan malu gara2 India tu lah.. Dah lah malas nak cerita lagi.. Buat sakit hati jek! Huh!




Cintaku 'Limited Edition'..

"Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.." #salamjumaat

Hampir seminggu aku meninggalkan blog aku.. Sekarang, aku kembali dengan ‘mengemas’ segala habuk-habuk dan sesawang yang makin naik lemak.. Huhuhu gurau.. J

Nuna berazam, yela, Nuna kan dalam proses nak berubah. Ingat senang ke nak berhijrah ni? Nuna ingat nak menahan diri dari suka atau jatuh hati pada sesiapa.. Nuna tak nak ada apa2 perasaan kat sesiapa. Nuna takut lain niat, lain perbuatan, boleh ke arah zina. Tapi baru-baru ni hati Nuna sedikit terusik dengan seseorang yang boleh dikatakan lebih tua dari Nuna. 
Yang boleh dikatakan dia seperti seorang abang kepada Nuna. Nuna sendiri tak tahu status dia apa. Bila lihat dari segi fizikal dia, nampak macam dah kahwin.. hurm?

Nuna rasa berdosa sangat.. Rasa nak menangis pun ada.. Sebab Nuna banyak kali terserempak dengan dia. Nuna malu nak pandang muka dia. Bila berselisih, nuna lalu sebelah dia, arah bertentangan, Nuna tunduk jek.. Rasa nak menangis pula..  Aduhh kenapalah kau patut ada rasa macam ni jia…….. Jangan tanya aku, sebab perasaan itu fitrah manusia..

Aku rasa berdosa bila suatu hari tu, aku dengan dia saling berpandangan, lepas tu aku sedekahkan senyuman. Aku tak sangka pula senyuman aku dibalas dengan begitu mesra sekali.. Mungkin mood dia okey pada waktu itu..? Hingga sekarang aku masih teringat-ingat kejadian tu. Kejadian yang kawan-kawan tak tahu! Semua orang tak tahu.. Hari ni berselisih dengan hampir tiga kali. Semalam hampir lima kali. Tiga campur lima berapa?? Lapan kali berselisih dengan dia dalam seminggu.

Salahkah kita suka kat seseorang? Ya Allah.. Memanglah tak salah.. Tapi benda ni boleh bagi banyak impak tau. Kadang2 Nuna takut suka kat orang ni. Kang teringat-teringat, lagi payah! Boleh tak jadi manusia yang tidak berperasaan? Yang tak ada rasa sayang, rasa cinta, yang tak ada rasa benci, rasa suka.. Boleh tak..?

Nuna tahu nama seseorang yang Nuna suka tuh. Nuna terpegun tengok dia berjubah putih, berkopiah. Nuna pandang dari jauh sekilas saja. Lepas tuh, Nuna tak pandang dah! 

Nuna rasa, Nuna memang patut lupakan dia. Nuna rasa dia dah kahwin.. Alaaa tak ada jodoh dengan dia lah maknanya.. Tak apa.. Nuna redha.. Jodoh Nuna yang bakal halal, ada diluar sana.. Nuna tak risau pun.  :’)

Kawan Nuna kata, Nuna seorang yang istimewa.. Hati yang sangat istimewa.. Boleh dikatakan 'Limited Edition'.. Yang akan dimiliki oleh seorang suami bukan calang2 orang.. Nuna mengaku Nuna tak pernah bercouple. Bagi Nuna, bercouple atau bercinta tanpa tujuan iaitu BERNIKAH, adalah perkara yang sia-sia! So, elakkan lah! Itu hanya membawa kepada zina sahaja.. Nuna tak suka bercinta atau bercouple yang putus setengah jalan.. Macam couple putus, couple putus tuh.. Kita perempuan.. Ada hati dan perasaan.. Kalau benarlah ingin bercinta biarlah hingga menjadi yang halal..



But, Nuna decide nak bercinta selepas nikah je la.. Orang kata sweet! :) Huhuhu now, tumpu pada study jek.. 19 May start exam penggal dua.. Gud Luck for me! Pray for me and MH370 too.. Assalammualaikum..



Apa yang akan berlaku selepas ini? #prayMH370



Mungkin tajuk entry nampak menakutkan sedikit.. Huhuhu tapi aku tidak kisah dengan semua itu. Satu dunia tahu mengenai kehilangan pesawat MH370 tu.. Adakah itu bala yang diturunkan oleh Allah? Sebelum ni ada ujian lagi yang menimpa negara kita.. Adakah kehilangan pesawat tersebut disebabkan hukuman yang diterima oleh Dato' Anwar??

Kenapa Nuna cakap macam tuh? Post untuk kali ini, tiada sebarang unsur politik dan belaan untuk mana-mana pihak. Tapi ini pendapat sesetengah masyarakat. Malam tu, Nuna tengok berita di TV3 yang memberitahu bahawa Dato' Anwar dikenakan hukuman penjara kerana kes liwatnya bersama bekas pembantu peribadinya. Esok tu, Nuna difahamkan Pesawat MH370 telah hilang lebih kurang jam dua pagi.. Dimana sebenarnya silap kita sebagai rakyat Malaysia sehingga  negara kita ditimpa sebegini.. Dimana silap pemimpin-pemimpin kita yang berwibawa lagi bijaksana..?

Jangan pernah membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia tidak pernah membuat silap. Jangan pernah kata yang pemimpin-pemimpin Malaysia tidak pernah membuat silap.. Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Besar. Disetiap apa yang berlaku pasti akan ada balasannya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Nuna berharap mana-mana blogger atau VIP-VIP atau mana-mana pihak yang baca entry Nuna ni selalu-selalulah membuat muhasabah diri dan tanyalah diri sendiri, dimanakah silap kita?

Nuna teringin nak tengok pemimpin-pemimpin Nuna yang berwibawa lagi bijaksana mengimamkan rakyat Malaysia, sertai dalam mencari pesawat MH370, yang mengetuai bacaan Yaasin, yang mengazakan ditengah-tengah Laut China dan Selat Melaka.. Nuna tak kata pemimpin kita tak berusaha mencari. Nuna tahu dia sanggup membatalkan lawatan beliau untuk ke luar negara. Rakyat, polis, tentera, telah banyak berkorban untuk negara.. Namun, apa salahnya sekiranya pemimpin mengambil peluang untuk berkorban kepada rakyat.. Allah lebih Mengetahui..

Apa yang Nuna kata ini berdasarkan luahan hati Nuna.. Alangkah indahnya pemimpin Nuna, pemimpin kita yang berwibawa itu melakukan hal tersebut. Nuna yakin, negara Malaysia akan lebih selamat, lebih aman, lebih makmur sekiranya pemimpin kitayang mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang sebenar.. Alangkah indahnya... Nuna juga yakin perkara ini mungkin tidak akan berlaku.. Adakah ini semua silap kita juga?

Nuna tahu dalam politik tetap ada rasuah untuk mendapatkan sesuatu, untuk menjatuhkan orang lain. Sikap ingin berkuasa, ingin memiliki, ingin mentadbir yang menguasai diri. Itu tidak salah kerana pemimpin mahu yang terbaik untuk semua rakyatnya. Tapi adakah caranya betul? Adakah ini punca kehilangan Pesawat MH370..? Yang berpunca daripadadiri dan pempimpin kita sendiri...?

Mungkin kesibukan dalam bekerja, sibuk dengan mensyuarat, sibuk dengan lawatan, sibuk dengan segala hal sehingga pemimpin sanggup meninggalkan solat? Pemimpin yang Nuna maksudkan bukan seorang tetapi semua pemimpin yang mengakui dirinya Pemimpin Negara kita.. Jujur Aku sedih bila mengenangkan kehilangan pesawat itu..

Nuna kasihankan keluarga yang kehilangan ahli keluarga.. Yang menangis tidak henti.. Berdoa tidak henti.. Kasian mereka. Janganlah salahkan sesiapa kerana kita semua tidak duga apa yang berlaku. Apa yang berlaku ini juga bukan kehendak kita. Namun, ini semua berlaku diluar jangkaan kita. Kita semua sedang berusaha.. Yang mana tidak mampu, diharapkan terus berdoa dan membuat solat taubat serta solat hajat. Yang mana termampu buatlah selagi mampu.. Itu sahaja harapan rakyat..



Sudah puas kita mencari di daratan. Sudah puas kita menggunakan teknolgi canggih. AS dan CHINA yang turut membantu.. Aduhh terharu sangat.. Bayangkanlah kalau negara Malaysia tiada persaudaraan dengan negara luar, siapa mahu bantu kita? Tambah-tambah negara kita negara yang sedang membangun.. Kenapa tak guna kapal selam saja untuk cari didasar laut? Ohh rupanya kapal selam untuk berperang! Ini darurat! Kenapa masih fikirkan itu semua? Tak kasihankah keluarga-keluarga yang sedang merendam dengan air mata, yang menunggu lama kepulangan ahli keluarga mereka...? Gunakanlah carikanlah apa saja untuk mencari mangsa.. Kasihanilah mereka.. Gunakanlah kapal selam.. Alat saterlit hanya pertolongan sampingan untuk mengesan sahaja.. Hampir 8 hari tidak jumpa.. Kasihan mereka...... .......



Ramai yang membuat spekulasi ke atas kehilangan pesawat tersebut. Nuna berpendapat bahawa memang ada. Mungkin Allah kaburkan penglihatan kita. Mungkin Allah 'simpan' dahulu. Mungkin ada didasar laut.. Mungkin pesawat itu ghaib.. Itu logik. Yang kurang logik adalah pesawat terhempas dilautan. Tak akanlah semua tak dengar sesuatu yang kuat terhempas, tak akanlah semua tak rasa sesuatu gegaran. MAS MH370 itu besar.. Tak mustahil juga itu boleh berlaku dan Allah boleh kaburkan itu semua daripada kita semua.. Siapa tahu? Semua ini penuh dengan rahsia Allah..

Apa yang Nuna mampu berkata ialah... teruskan solat taubat bagi rakyat dan PARA PEMIMPIN negara, solat hajat, bacaan yaasin dan doa... Allah sentiasa Dengar..


Katakan TIDAK kepada suami orang !

Ergghh! Terasa lama gila tak update tentang hal-hal personal Nuna kat korang kan! Huhuhu bestnya dengar lagu Dadali Disaat Sendiri.. Rasa nak nangis jek nih! By the way, kecoh seluruh negara pasal kehilangan MAS tuh? Pelik dan ganjil dan musykil! Mana pergi ek? Hilang macam tu jek? Aik? Apa-apa pun kita berdoa sajalah yang semoga semua penumpang dan pemandu selamat. Amin ya Allah! :)

muka macam budak2 kan.. hahahahaha abaikan!


Nuna sedihlah tengok Liyana Manan tuh. Kenal? Baca surat khabar tak? Apa perasaan korang bila suami korang berlaku curang? Menduakan korang? Soalan bodoh kan? Hurm! Tak akan happy kowt? Nuna ada seorang kawan. Waktu tu kiteorang ceritalah bab madu-madu ni or poligami dalam Islam. Dia jawab apa, "Aku tak kisah pun kalau bermadu. Aku rela dan bersedia. Lagi pun aku akan dapat payung emas kat akhirat nanti.." Amboi! Belum kahwin dah buat pengunguman! Eh, Nuna tak sanggup nak bermadu, Nuna tak sanggup dimadu. Sebab Nuna kenal diri Nuna.. Sakit dia hanya Allah saja yang tahu. Jujur Nuna cakap, Nuna lebih rela diceraikan daripada dimadukan.. please..

Wahai kaum hawa kalau boleh elakkan berkawan dengan suami orang, elakkan dan kalau boleh JANGAN kawan dengan suami orang pun tak apa! Macamlah suami orang tu tak ada kawan lelaki kan? Tapi kenapa pilihan perempuan mesti SUAMI ORANG?? Sedangkan berlambak lelaki-lelaki kat luar sana yang lebih baik dari suami orang tu? Kenapa ya? Adakah mata itu telah dibutakan? Hurm soalan cepu cemas!

Nuna kadang-kadang sedih tau tengok isteri terpaksa bercerai kerana suami yang curang, suami yang kahwin lain, suami yang dah tak sayang isteri lagi, yang dah ada perempuan lain, perempuan simpanan, macam-macam lah! Apa yang Allah bagi tu tak cukup ke? Peliklah.. Berdosa tau kalau meruntuhkan masjid orang sedangkan kita tahu yang lelaki tu dah berkahwin.. ya Allah, jauhkanlah aku daripada semua ni berlaku..

Sedihlah macam ni.. Nak cari lelaki yang betul-betul nama lelaki ni susah tau! Satu dalam Seribu! ya Allah.. Patutlah Allah kata Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik. Limited Edition rupanya.. Memang patut pun Allah sorokkan lelaki and perempuan yang limited edition nih! Takut dipermainkan oleh anak-anak ikan..

Bila tengok isteri menangis disebabkan penceraian, Nuna sedihlah. Nak menangis pun ada.. Kebanyakannya bercerai kerana lelaki curang, lelaki nak kahwin lagi.. Nuna jadi takut nak kahwin.. Kita sendiri tak tahu apa yang bakal terjadi kat kita selepas kita kahwin nanti.. Apa-apa pun redha dan tawakkal sajalah.. Allah itu Maha Adil.. Kesian kat anak-anakkan.. Selalunya anak-anak yang jadi mangsa..

Selalunya, faktor utama berlakunya kecurangan ini ialah faktor lemah iman atau agama! Kalau kita mencintai seseorang kerana agama dia, in shaa Allah, Allah akan sentiasa pelihara masjid kita.. Bila kita jaga Hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia yang lain..

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya baik-baik saja dan minta dijauhkan itu semua..

Cintaku Hanya Milik Allah..

Assalammualaikum aku tujukan khas kepada pembaca yang membaca entry aku yang ini. Entry pada kali ini begitu istimewa sekali buat semua pembaca! Boleh dikatakan seperti gud news jugak lah! :D Saja nak share dengan korang..

Ketika tangan ku sibuk menaip, telinga aku tidak lepas daripada mendengar zikir daripada Haifz Hamidun iaitu Astaghfirullah.. Sungguh! Sungguh benar dengan apa yang ingin aku kata dan kongsikan ini datangnya daripada Allah dan daripada hati aku sendiri.. Mungkin ada yang diantara kita akan terkejut? Siapa tahu..?
Aku mengaku, aku mempunyai ramai kawan di tempat aku belajar sekarang. Kawan rapat, kawan tak rapat, semuanya sama saja.. Namun, aku tidak rapat dengan pelajar lelaki kerana aku bukanlah seorang yang peramah, aku bukanlah pandai berkata-kata.. Aku seorang yang sangat pemalu.. Tapi bila kawan dengan kawan yang ‘gila-gila’, aku turut jadi gila! Huhuhu Pada masa yang sama aku turut menjaga batas pergaulan dengan kawan lelaki.

Sejak umur ku menjangkau umur 19 tahun (belum genap lagi), aku mula sedar tentang sesuatu.. Sesuatu yang selama ini aku tercari-cari.. Sejak aku sekolah menengah lagi! Aku mulai rapat dengan seorang kenalan perempuan yang bertudung labuh, very humble, seorang yang pendiam, menjaga agamanya, sering menegur silap rakan-rakannya, membuatkan jiwa aku sedikit terharu dan terusik..

Lalu, aku bertanya akan diriku.. “Bukankah itu yang kau mahukan dari dulu lagi..?” “Bukan kah itu diri sebenar yang kau tercari-cari selama ni…?” Sebak mula menyesakkan dada ku ..
Aku mengaku, aku pernah berniat untuk itu (bertudung labuh/menutup aurat).. Aku mengaku aku pernah berniat untuk berniqab.. Tapi apabila aku melihat diriku ini, banyak tabiat buruk yang  sukar untuk aku tinggalkan.. Aku terbaca satu novel yang bertajuk Cinta High Class daripada Fatimah Syarha. Ciri-ciri seorang muslimah ialah lemah lembut, berkata apa yang perlu, menutup aurat dan sebagainya.. Apa yang aku baca dalam buku itu, aku akan banding dan lihat diriku semula.. Bagaimana ingin aku tinggalkan tabiat aku selama aku hidup sehingga usia ku 18 tahun..?

“Muslimah yang berlemah-lembut..”  Aku bukanlah seorang wanita yang lemah lembut.. Bukanlah seorang wanita yang bersopan santun. Bukanlah seorang wanita yang begitu menjaga tatatertibnya. Malah, aku seorang wanita yang serba kekurangan.

Dulu, aku suka  pakai seluar jeans ketat, baju tshirt dan tudung selandang atau bawal dengan mengikut gaya yang terkini.. Pada usia ku meningkat remaja, aku begitu mengikut dengan trend semasa iaitu gaya memakai tudung dan cara berpakaian yang ranggi untuk muslimah. Aku memang menat. Tambahan pula, citarasaku dan citarasa kakak sulung ku adalah sama! Kami selalu berkongsi bersama. Sekiranya dia ingin membeli tudung, dia akan meminta pendapat dariku.

Namun, kini sudah berubah! Dulu lain, sekarang lain. Sekarang, aku dah bagi seluar jeans aku kepada kakak aku. Aku hanya memakai seluar slack hitam serta baju Muslimah yang sama sahaja. Respond kakak aku ialah “Fuyoooo.. Jia dah berubah..” Aku tidak mengerti apa maksud disebalik kata-kata itu. Aku hanya mampu tersenyum dan berdoa agar, kakak ku berubah. Amin.

Perkara pertama yang membuatkan aku berubah personaliti menjadi lebih baik ialah faktor kawan! Kawan adalah pengaruh yang kuat dalam hidup kita. Sejak aku mulai rapat dengan dia, aku mula mencintai ilmu. Sejak aku mulai rapat dengannya, aku juga mulai rapat dengan Yang Esa. Tetapi aku hanya mampu melakukan ibadah mengikut kemampuan ku sahaja.. Allah lebih memahami..

Sekiranya aku mempunyai sebarang pertanyaan tentang hal-hal agama, aku akan bertanya kepada dia. Kami sering bertukar-tukar buku agama, bertukar-tukar kata hikmah, berkongsi ilmu yang aku masih tak tahu dan pelbagai lagilah!

Perkara kedua yang membuatkan aku berubah ialah novel Cinta High Class.. Novel tersebut memberikan kesan yang positif dalam diriku dan aku turut merasainya sendiri.. Aku tidak tahu mengapa aku berasa Allah berada dekat denganku. Buku tu banyak mengajarku.Tentang mencintai Ilmu, menjaga pergaulan, tatatertib dalam pertunangan dan perkahwinan.. Alhamdulillah! Aku dapat banyak maklumat dalam tu. Aku kagum dan bersyukur dengan apa yang aku baca.. Entahlahh! Aku pun tak tahu mengapa.

‘Berusaha mencari jodoh..’ Dulu aku menganggap ayat itu seperti ini. Berusaha dengan menghusha, memikat lelaki dan sebagainya.. Selepas aku mengamati buku itu, baru aku faham apa maksudnya.. Maksud ayat itu ialah berusaha mencintai Allah dahulu. Berusaha mendekatkan diri kita dengan Allah dahulu. Barulah Allah akan temukan pasangan yang sesuai untuk kita. Allah pernah berjanji didalam al-Quran. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..

Cabaran dalam berhijrah ini ialah istiqamah! Orang yang mahu berubah, perlu betul-betul istiqamah! Tetapkan hati untuk berubah.. Jangan tangguh-tangguh.. Tapi imanku masih lemah, masih goyah.. Aku mahukan seseorang untuk terus berada disisiku dan menyokongku.. :’) Ya Allah, tetapkanlah hatiku hanya pada-Mu.. Ya Rabb.. Amin.



#aku dah beli dah tudung labuh tuh. Tapi aku tak pakai lagi. Sebab aku malu. Aku kalau nak pakai tudung labuh kena pakai niqab sekali. Aku tak nak orang kenal aku.. L macam mana ya? Salah ke apa yang aku buat ni?? Hurm..