TUP TUP TUP result pun dah keluar!


TUP TUP TUP result Penggal 1 pun dah keluar! Alaa nak tengok result je kot? Itu pun takut! Bukannya ada hantu pun.. Hahahahahaha Aku? Belum tengok result pun dah menangis! Habis kene gelakkan kaw-kaw dengan kawan aku. Kah3 Kelakar.. Masa tu, line internet sengal! Sangat sengal! Waktu cikgu aku nak buka MPM, tak boleh buka! Dia loading jek! Eh berjanggut cikgu aku kalau tunggu lama-lama weh..

So, kiteorang pun ambil keputusan untuk tahu result melalui SMS sahaja.. Hantar ke 15888. Time tu kita orang kat sekolah tau. Habis macam mana nak SMS, sedangkan kat sekolah? Budak-budak semua bawak handphone pergi sekolah semata-mata nak check result sesame dengan kawan-kawan.. Sweet tak kiteorang? Sampai langgar peraturan! Hahahahahahahaha ala tak apa! Time sekolah nilah kena buat jahat.. J Nanti dah habis sekolah, kita akan rindukan sekolah pulak.. J

Result paling baik sekali ialah kawan lelaki aku. Happy gila dia! Memang tak payah repeat paper lah jawabnya.. Mana taknya, 3B 1C ! Apa lagi, kebetulan waktu tu pagi, dia dengan kawan dia sempat pergi solat kat surau sekolah. Bersyukur Alhamdulillah..

Hah aku ni pulak? Apa cerita? Huhuhu entahlah aku pun tak tahu. Tak adalah pandai mana. Kena repeat tak? Cikgu galakkan aku repeat paper sebab nanti akan memburukkan pointer aku. Lagi pun peratusan untuk penggal satu bagi STPM sangat tinggi! Ada kawan aku yang dapat FAIL tau! Ada yang cukup-cukup makan tapi kena repeat empat2 subjek..

Nuna bukan nak takut-takutkan korang. Tapi memang kenyataan yang STPM memang susah.. Level dia sangat tinggi. Orang yang buat soalan kami bukanlah orang sebarangan. Orang yang semak paper kami bukanlah guru sebarangan. Semuanya diselesaikan oleh MPM. STPM tak sama dengan MATRIK. Tak sama dengan POLI. Tak sama dengan yang lain. Kadang-kadang apa yang kita score subjek tu, belum tentu dapat score! Kawan Nuna sampai marah and geram dengan MPM. Dia memang confident dengan jawapan bagi subjek Pengajian Perniagaan dia. Tapi bila dapat result, FAIL!!! Jangan main-main.. Mana-mana pelajar STPM yang dapat sambung ijazah, orang lain akan pandang hormat. Sebab bukan calang-calang orang yang ambil STPM dapat sambung belajar. Dia orang respect sebab diorang semua tahu STPM susah!

Nuna bukan tak nak bagi tahu result Nuna.. Nuna malu.. Tak adalah pandai mana pun.. Selalunya, kalau Nuna blogwalking, blogger-blogger semua mesti dapat banyak A dalam UPSR, PMR, SPM! Ada yang sampai ambil Sarjana, PhD.. Untunglah kan.. Rezeki korang. Mungkin rezeki Nuna bukan kat situ…?




2 comments:

  1. alhamdulillah jika berjaya setapak lagi...

    ReplyDelete
  2. Takut pula dengar STPM susah.. Haih, percaya sajalah kak Allah akan bantu kak.. Jangan putus harapan! :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..