Ingat Senang ke STPM?? -_-



Tajuk aku kali ini mungkin ganas! Berbunyi geram! Huhuhu semua ada! Btw, isnin dah keluar result untuk penggal satu nih! Siapa yang tak takut der? Aku yang dengar ni pun dah tak tentu arah dah! Aku cakap dengan kawan aku, aku rasa macam nak berhenti je form 6 nih.. Yes! Aku seorang yang mudah berputus asa! Now, aku ni dah macam orang yang tak  ada motivasi diri dah! Kawan-kawan semua suggest kan pada aku supaya beli no pin yang baru and daftar upu sama dengan budak form 5 sebagai persediaan! Peghh membazir je duit mak bapak aku melabur kat aku selama ni, lepas tu nak sambung DIP lagi.. Memang taklah kan! Terus kawan aku terdiam..

Aku ada satu soalan.. Jawapan untuk soalan ni hanyalah bergantung kepada individu.. Apakah perkara yang senang dalam hidup kita? Fuh! Semuanya susah! Memanglah semua masalah ada penyelesaiannya tapi… hish tak tahulah nak cakap..

Aku bukan nak menakut-nakutkan korang! Tapi ini adalah kenyataan yang sememangnya kat depan mata aku sendiri.. Ye, memang susah STPM.. Kau baca buku bagai nak rak, pergi library sana, buat latihan, buat itu buat ini.. Confirm dengan jawapan.. Tapi cara MPM semak tak sama macam cara GURU semak tahu tak??

Apa yang MPM nak? MPM nak kita ni berfikir luar daripada otak! Bersifat kedewasaan, kematangan! Bukan ayat-ayat korang yang macam SPM yang siap guna ayat cecanggih bebagai.. Bukan macam tu tau! Macam mana kau baca surat khabar, baca artikal-artikal dalam internet, baca buku sasterawan, hah! Macam tuh lah ayat kitaorang kene buat! Okay! Inilah cabaran!Pecah kepala otak aku bila mengenangkan graf tadi … -_-

Apa nak buat? Aku kenalah teruskan juga! Tak akan aku nak berhenti kowt? Tapi yang pasti, seramai mana pun pelajar form 6 dalam sekolah tuh, yang masuk Universiti boleh kira dengan jari jek! Satu, dua, tiga, empat orang.. Yang lain, sambung DIP or kerja sendiri! Ingat senang ke? Frust ke? Eh of course lah frust!
So? Tolong bagi aku some motivate kejab!  Commentlah pepanjang lebar.. Aku rasa macam dah tak berdaya lagi dah nak belajar.. Dah fed up! Bayar RM101 untuk MUET. Kalau dapat band 1 sia2 je hidup kau! Masuk mana-mana univerisiti ingat senang ke dengan ada BAND 1?? Susah tahu tak! Paling kuman pun Band 3! Bergantung kepada kos yang korang ambil..

In a nutchell, dalam hidup tak ada apa pun yang senang! Semuanya susah.. Kat mana kau pergi, kat situ jugalah ujian yang kau KENA tempuh! Semua kena tumpuh! Tiada pengecualian, termasuklah aku! Mana-mana kau pergi mesti ada cabaran. Tapi korang kena ingat! Setiap masalah dan cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan jadi macam aku ni ah! Cepat nau putus asa..


Manalah tak putus asanya? Aku dah tengok semua result senior2 aku. Eh, kalau sesiapa pun tengok, mesti terkejut lah! Aku yang tengok ni terus down tahu tak! Terngangah kejab! Terdiam tak terkata! Pendek kata aku boleh gila lah macam ni.. Nak kena repeat paper lagi. Satu paper rm50.. Kesian mak bapak aku.. Kalaulah aku tak belajar pandai-pandai, sia2 je lah ibu and ayah aku bekerja keras selama ni kan.. Mesti diorang sedih kan…. Hurm… Kat manalah tempat aku selepas ni,, aku pun tak tahu!

6 comments:

  1. Salam pemilik blog, jom join GA ni http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/02/first-giveaway-sempena-pembukaan-syofia.html

    hadiahnye kupon RM50 tau^^ btw done follow u :-)

    ReplyDelete
  2. akak lepasan stpm....awak dah sem 1, kalau benti rugi..
    rugi msa, rugi duit..

    tgk blog akak ade pasal form 6 :)

    syiralokman.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Hi! 안녕하세요~~! We are Twinscraftlife! we sell
    purely handmade products such as pouch,
    phone cover, pencil case, and more cute items!
    쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
    http://twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Alooo adik sayang :) akak pun baru lepas stpm je nie . memang tak boleh nafi , susah . mane2 pun susah kann , yg penting usaha . Usaha semaksimum boleh . Masa form6 nie lah banyak sangat dugaan , dh banyak akak tempuh . Kadang macam jugak adik pkir , rasa dh tak bdaya dh nk teruskan . Tpi , demi mak ayah :') Bila pkir , Allah ada . Allah jaga kita , Allah nak uji . Mana ada nk berjaya tanpa rasa susah ^^ be strong okay ?

    ReplyDelete
  5. Salam kak, saya dapat form 6 dan diploma. Nak pilih yg mana?

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..