"Dulu budak ni kata................"

Tak tido lagi! Tak tido lagi! Tak tido lagi! Bersengkang mata buat proposal, siapkan borang soal selidik PA, siapkan borang lawatan ke Parlimen Kuala Lumpur, ahh macam-macam lagi lah! Tapi yang penting, homework! Confirm tak siap! Ngeh3

Bukannya apa, aku dulukan mana yang penting dulu.. Pening, pening, pening sebab sepanjang cuti ni just fikir pasal PBS and surat lawatan tu jek! Kerja sekolah semuanya ketepi! Oppsss by the way, welcome februari in 2014! Selamat datang! Pejam celik pejam celik dah bulan dua. Kalau pejam tak celik-celik?? Haisshhh apa yang aku merepek ni! :p Ingat matikan sunat.. :)



Korangkan tahu yang now umur aku dah 19 tahun kan.. Dah boleh kahwin dah kan? Heheheehehhe Dulu budak ni tak nak kahwin tau! Dulu budak ni tak suka lelaki! Dulu budak ni kata dia nak hidup sengsowang, nak 'kongker' hidup sengsowang! Dulu budak ni kata dia boleh hidup tanpa lelaki lah! Tahu tak Budak tu siapa? Hah aku lah! Sengal tak?

Memanglah nak kahwin tapi belum ada calon lagi.. :( Aku ada suka kat seseorang ni tau.. :) Tapi aku tak cakap and tak bagi tahu dia pun.. Aku malu nak cakap sebab satu kelas.. Aku memang suka pendam. Sebab aku tahu, dia tak akan pilih kekasih yang macam aku nih.. Baiklah! Biar aku describekan lelaki tu macam mana ek? Lelaki yang aku suka tuh, chubby2, nak kata hensem, memang tak hensem! Hahahahahaha jahat aku! Tapi dia comel.. ;) Bajet-bajet tough tu ada.. Hahahahahha sedangkan badan tak tough pun.. Lemak je lebih.. Hahahahahahahahha Aku kutuk dia dalam blog aku weh.. Hahahahaha..



Kalau aku dapat kahwin dijodohkan dengan dia, aku akan usik-usik lemak dia kat bawah dagu dia tuh! Hahahahahaha lepas tu tiap-tiap pagi hujung minggu, aku akan ajak dia jogging bagi kurus! Hahahahahahahahaha sengal tak aku?? Sengal kan?

Dulu budak ni kata dia nak lelaki yang kacak. Dulu budak ni kata, dia nak lelaki yang soleh. Dulu budak ni kata dia nak lelaki yang kaya. Dulu budak ni kata dia tak suka lelaki yang merokok. Siapa budak tu? of course lah aku! Korang, nasihat aku, tolong jangan ada sikap memilih dalam memilih pasangan.. Errr apa cakap ni? Kah2! Boleh je nak ada citarasa. Tapi takut nanti apa yang kita nak tu tak dapat and diterbalikkan.. Ya Allah... Takut pulak aku dengar!

Tadi aku lari lintang pukang dek kerana kumbang badak! Kuwang asam betul! Meremang bulu aku.. Hahahahahaha now, aku tengah berselubung dengan selimut tebal atau dikenali sebagai toto. Takut2 nanti kumbang tu terbang and melekat kat baju aku kang! Euuwww!




No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..