Bayangkan Kalau Kita Yang Meninggal . . . . . . . .

Sekarang Jam 12:05 minit pagi.. Entry ini ditaip pada 16 Februari 2014! Line wifi jam teruk! No internet. Nak marah pun tak guna sebab yelah.. Just a thing right! Benda! Kalau marah pun, macamlah bende alah tu nak hidup balik..

By The way thanks kepada blogger yang rajin bagi komen kat entry Nuna.. Nuna sekarang dah susah nak update blog lagi, susah nak bagi respond lagi.. Dah tak tahu kenapa.. Macam-macam bende Nuna fikir.. For your information result pointer untuk penggal satu ni, akan keluar pada 18 Februari 2014 jatuh pada hari Isnin! Siapa punya hari jadi ler tu ea? Huhuhuhu Selamat hari Jadi J Oh ye! Raya Cina still meriah lagi ek? Taman rumah atok Nuna meriah dengan tanglong-tanglong! Cantik! Huhuhu HCNY!

Pernah kita bayangkan macam apa yang Nuna TITLEkan entry ni? Waktu tu Nuna kat surau sekolah.. Nuna tak ingat Nuna tengah buat apa waktu. Yelakann.. budak kaki berangan memang berangan tak kira tempat! Huhuhuhu Ingat mati itukan sunat? Tak salahkan?

Nuna tertanya-tanya apa rasa kita mati nanti? Apa ek yang ada lepas kita mati nanti? Apa yang berlaku kat kita ek? Semuanya akan terjawab selepas kita mati nanti.. Nuna tak nak dengar jawapan yang sememangnya Nuna dah tahu.. Pahala dan dosa dihisab, akan disoal oleh Malaikat, sakit cabut nyawa bagai diheret durian kat kulit. Nuna tak nak tahu itu! Sebab Nuna dah tahu, korang pun dah tahu. Semua orang dah tahu..
Tapi apa yang buat Nuna tertanya-tanya ni adalah orang yang tak mampu nak jawab. Sebab apa? Sebab dia belum meninggal. Macam mana dia nak bagi tahu? Tak akanlah nak seru hantu…hoiii hantu ngenong ngenong ngenong, macam mana kau mati! Mahu tak larinya aku? Dahlah menjelma dengan rupa yang sebenar.. Ishhh citer kat situ lah!

Kepala sakit, selesema, suara pun sengau.. Sekarang musim kemarau, dah sebulan hujan tak turun! Banyak kan minum air ya? Okey sambung cerita balik. Waktu Nuna kat surau, Nuna bayangkan kalaulah Nuna meninggal atau ‘pergi’ dengan keadaan Nuna bersujud, atau sedang sembahyang atau baca al-Quran.. Nuna dapat bayangkan mayat Nuna dibungkus oleh kain kafan ditengah-tengah surau! Nuna dapat bayangkan roh Nuna berjalan-jalan melihat orang yang dia sayang menangisi kepergiaan Nuna.. Cuba korang bayang kan…

Nuna bayangkan kalau ayah Nuna meninggal dunia.. Dulu masa kecik-kecik umur dalam lima, enam tahun something like that lah! Tidur dengan ayah! :D Angkat lengan ayah, then tidur kat atas ketiak! Hua3 waktu tu busuk ke tak busuk ke wajib tidur! Kalau ayah dengan ibu, Nuna lebih rapat dengan ayah sejak kecil lagi.. Gurau-gurau dengan ayah, gaduh-gaduh dengan ayah.. Huhuhu tapi kadang-kadang Nuna takut bila ayah marah.. Ayah kalau dah marah, bukan marah! Menengking! Sesiapa yang dengar pun boleh sentap! Nuna pernah kena! Sebab Nuna nakal masa kecik-kecik dulu! Sekarang dah besar, ayah dah tak nak tidur dengan Nuna, ayah kata Jia dah besar! Anak perempuan yang dah besar buat apa nak tidur dengan ayah lagi kan.. Hahahahahahahahahahahahhaahhahaa


Nuna bayangkan dalam keluarga Nuna, depan mayat ayah, Nuna seorang saja yang tak menangis! Kononnya nak tunjuk kuat lah tu.. Nuna berangan yang kalau Ayah and Ibu meninggal nanti, Nuna tak nak menangis! Nuna nak sedekahkan yaasin and al-fatihah banyak-banyak! Nuna kalau boleh tak nak menangis! Nanti Nuna nak selalu pergi kubur, bersihkan kubur ayah or ibu.. In shaa Allah.. Tapi Nuna tetap takut mati.. Yelakan.. Semua manusia akan tinggalkan dunia ni.. Tiada yang kecuali.. Takut tetap takut.. Entah apa tah yang ada kat sana…. Kan.. hurm…

1 comment:

  1. pnah membayangkan, smpai x bleh tido malam... :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..