Lepas nih, tak payah membazirkan duit lagi! :)

Satu Klik, cukup sekali bersedekah.. Jasa baik anda, amat saya hargai.. Terima Kasih..

Kenapa Nuna buat status macam tuh? lepas ni, tak payah dah nak membazirkan duit lagi dengan beli handphone android! Kalau nak beli, belilah. Bagi yang tak mampu, tak payah beli. Ada yang sanggup beli semata-mata nak sign up account WeChat ! Dikk oii! Dunia dah maju. Diorang sengaja je tak bagi tahu yang WeChat boleh download kat laptop or PC jek! :) a good news right? 

Sebenarnya dah lama dah tahu! Cuma semua ini tak disebarkan di televisyen! Kalau disebarkan, habislah handphone android semua tak terjual! -_- ye dak? Cuma perkara ini disebarkan melalui laman sesawang saja! Itu pun orang ramai masih tak tahu lagi..

Lepas ni, korang boleh download Wasapps, Instagram, WeChat, Line, Camera360, games temple run, subway, hah macam-macamlah! Semua yang ada dalam android, kita boleh download tau! lepas ni, lappy kita pun boleh jadi android! :D hah korang happy tak dengar berita ni? Huhuhuhu

Mula-mula korang kenelah install yang ini dulu => http://www.bluestacks.com/
Lpeas tu, korang pilihlah yang mana yang sesuai dengan lappy korang.. Guna windows ke, TV ke, Lappy Apple ke.. then, klik download! hah lepas tu, baca arahan dan install! Senang saja.. :)

Nuna dah try but tak muat untuk physical memory Nuna.. Dia kata 2GB.. Nuna tak faham sebenarnya.. Ada sesiapa yang nak membantu tak? :) 


TUP TUP TUP result pun dah keluar!


TUP TUP TUP result Penggal 1 pun dah keluar! Alaa nak tengok result je kot? Itu pun takut! Bukannya ada hantu pun.. Hahahahahaha Aku? Belum tengok result pun dah menangis! Habis kene gelakkan kaw-kaw dengan kawan aku. Kah3 Kelakar.. Masa tu, line internet sengal! Sangat sengal! Waktu cikgu aku nak buka MPM, tak boleh buka! Dia loading jek! Eh berjanggut cikgu aku kalau tunggu lama-lama weh..

So, kiteorang pun ambil keputusan untuk tahu result melalui SMS sahaja.. Hantar ke 15888. Time tu kita orang kat sekolah tau. Habis macam mana nak SMS, sedangkan kat sekolah? Budak-budak semua bawak handphone pergi sekolah semata-mata nak check result sesame dengan kawan-kawan.. Sweet tak kiteorang? Sampai langgar peraturan! Hahahahahahahaha ala tak apa! Time sekolah nilah kena buat jahat.. J Nanti dah habis sekolah, kita akan rindukan sekolah pulak.. J

Result paling baik sekali ialah kawan lelaki aku. Happy gila dia! Memang tak payah repeat paper lah jawabnya.. Mana taknya, 3B 1C ! Apa lagi, kebetulan waktu tu pagi, dia dengan kawan dia sempat pergi solat kat surau sekolah. Bersyukur Alhamdulillah..

Hah aku ni pulak? Apa cerita? Huhuhu entahlah aku pun tak tahu. Tak adalah pandai mana. Kena repeat tak? Cikgu galakkan aku repeat paper sebab nanti akan memburukkan pointer aku. Lagi pun peratusan untuk penggal satu bagi STPM sangat tinggi! Ada kawan aku yang dapat FAIL tau! Ada yang cukup-cukup makan tapi kena repeat empat2 subjek..

Nuna bukan nak takut-takutkan korang. Tapi memang kenyataan yang STPM memang susah.. Level dia sangat tinggi. Orang yang buat soalan kami bukanlah orang sebarangan. Orang yang semak paper kami bukanlah guru sebarangan. Semuanya diselesaikan oleh MPM. STPM tak sama dengan MATRIK. Tak sama dengan POLI. Tak sama dengan yang lain. Kadang-kadang apa yang kita score subjek tu, belum tentu dapat score! Kawan Nuna sampai marah and geram dengan MPM. Dia memang confident dengan jawapan bagi subjek Pengajian Perniagaan dia. Tapi bila dapat result, FAIL!!! Jangan main-main.. Mana-mana pelajar STPM yang dapat sambung ijazah, orang lain akan pandang hormat. Sebab bukan calang-calang orang yang ambil STPM dapat sambung belajar. Dia orang respect sebab diorang semua tahu STPM susah!

Nuna bukan tak nak bagi tahu result Nuna.. Nuna malu.. Tak adalah pandai mana pun.. Selalunya, kalau Nuna blogwalking, blogger-blogger semua mesti dapat banyak A dalam UPSR, PMR, SPM! Ada yang sampai ambil Sarjana, PhD.. Untunglah kan.. Rezeki korang. Mungkin rezeki Nuna bukan kat situ…?




Bayangkan Kalau Kita Yang Meninggal . . . . . . . .

Sekarang Jam 12:05 minit pagi.. Entry ini ditaip pada 16 Februari 2014! Line wifi jam teruk! No internet. Nak marah pun tak guna sebab yelah.. Just a thing right! Benda! Kalau marah pun, macamlah bende alah tu nak hidup balik..

By The way thanks kepada blogger yang rajin bagi komen kat entry Nuna.. Nuna sekarang dah susah nak update blog lagi, susah nak bagi respond lagi.. Dah tak tahu kenapa.. Macam-macam bende Nuna fikir.. For your information result pointer untuk penggal satu ni, akan keluar pada 18 Februari 2014 jatuh pada hari Isnin! Siapa punya hari jadi ler tu ea? Huhuhuhu Selamat hari Jadi J Oh ye! Raya Cina still meriah lagi ek? Taman rumah atok Nuna meriah dengan tanglong-tanglong! Cantik! Huhuhu HCNY!

Pernah kita bayangkan macam apa yang Nuna TITLEkan entry ni? Waktu tu Nuna kat surau sekolah.. Nuna tak ingat Nuna tengah buat apa waktu. Yelakann.. budak kaki berangan memang berangan tak kira tempat! Huhuhuhu Ingat mati itukan sunat? Tak salahkan?

Nuna tertanya-tanya apa rasa kita mati nanti? Apa ek yang ada lepas kita mati nanti? Apa yang berlaku kat kita ek? Semuanya akan terjawab selepas kita mati nanti.. Nuna tak nak dengar jawapan yang sememangnya Nuna dah tahu.. Pahala dan dosa dihisab, akan disoal oleh Malaikat, sakit cabut nyawa bagai diheret durian kat kulit. Nuna tak nak tahu itu! Sebab Nuna dah tahu, korang pun dah tahu. Semua orang dah tahu..
Tapi apa yang buat Nuna tertanya-tanya ni adalah orang yang tak mampu nak jawab. Sebab apa? Sebab dia belum meninggal. Macam mana dia nak bagi tahu? Tak akanlah nak seru hantu…hoiii hantu ngenong ngenong ngenong, macam mana kau mati! Mahu tak larinya aku? Dahlah menjelma dengan rupa yang sebenar.. Ishhh citer kat situ lah!

Kepala sakit, selesema, suara pun sengau.. Sekarang musim kemarau, dah sebulan hujan tak turun! Banyak kan minum air ya? Okey sambung cerita balik. Waktu Nuna kat surau, Nuna bayangkan kalaulah Nuna meninggal atau ‘pergi’ dengan keadaan Nuna bersujud, atau sedang sembahyang atau baca al-Quran.. Nuna dapat bayangkan mayat Nuna dibungkus oleh kain kafan ditengah-tengah surau! Nuna dapat bayangkan roh Nuna berjalan-jalan melihat orang yang dia sayang menangisi kepergiaan Nuna.. Cuba korang bayang kan…

Nuna bayangkan kalau ayah Nuna meninggal dunia.. Dulu masa kecik-kecik umur dalam lima, enam tahun something like that lah! Tidur dengan ayah! :D Angkat lengan ayah, then tidur kat atas ketiak! Hua3 waktu tu busuk ke tak busuk ke wajib tidur! Kalau ayah dengan ibu, Nuna lebih rapat dengan ayah sejak kecil lagi.. Gurau-gurau dengan ayah, gaduh-gaduh dengan ayah.. Huhuhu tapi kadang-kadang Nuna takut bila ayah marah.. Ayah kalau dah marah, bukan marah! Menengking! Sesiapa yang dengar pun boleh sentap! Nuna pernah kena! Sebab Nuna nakal masa kecik-kecik dulu! Sekarang dah besar, ayah dah tak nak tidur dengan Nuna, ayah kata Jia dah besar! Anak perempuan yang dah besar buat apa nak tidur dengan ayah lagi kan.. Hahahahahahahahahahahahhaahhahaa


Nuna bayangkan dalam keluarga Nuna, depan mayat ayah, Nuna seorang saja yang tak menangis! Kononnya nak tunjuk kuat lah tu.. Nuna berangan yang kalau Ayah and Ibu meninggal nanti, Nuna tak nak menangis! Nuna nak sedekahkan yaasin and al-fatihah banyak-banyak! Nuna kalau boleh tak nak menangis! Nanti Nuna nak selalu pergi kubur, bersihkan kubur ayah or ibu.. In shaa Allah.. Tapi Nuna tetap takut mati.. Yelakan.. Semua manusia akan tinggalkan dunia ni.. Tiada yang kecuali.. Takut tetap takut.. Entah apa tah yang ada kat sana…. Kan.. hurm…

Ingat Senang ke STPM?? -_-



Tajuk aku kali ini mungkin ganas! Berbunyi geram! Huhuhu semua ada! Btw, isnin dah keluar result untuk penggal satu nih! Siapa yang tak takut der? Aku yang dengar ni pun dah tak tentu arah dah! Aku cakap dengan kawan aku, aku rasa macam nak berhenti je form 6 nih.. Yes! Aku seorang yang mudah berputus asa! Now, aku ni dah macam orang yang tak  ada motivasi diri dah! Kawan-kawan semua suggest kan pada aku supaya beli no pin yang baru and daftar upu sama dengan budak form 5 sebagai persediaan! Peghh membazir je duit mak bapak aku melabur kat aku selama ni, lepas tu nak sambung DIP lagi.. Memang taklah kan! Terus kawan aku terdiam..

Aku ada satu soalan.. Jawapan untuk soalan ni hanyalah bergantung kepada individu.. Apakah perkara yang senang dalam hidup kita? Fuh! Semuanya susah! Memanglah semua masalah ada penyelesaiannya tapi… hish tak tahulah nak cakap..

Aku bukan nak menakut-nakutkan korang! Tapi ini adalah kenyataan yang sememangnya kat depan mata aku sendiri.. Ye, memang susah STPM.. Kau baca buku bagai nak rak, pergi library sana, buat latihan, buat itu buat ini.. Confirm dengan jawapan.. Tapi cara MPM semak tak sama macam cara GURU semak tahu tak??

Apa yang MPM nak? MPM nak kita ni berfikir luar daripada otak! Bersifat kedewasaan, kematangan! Bukan ayat-ayat korang yang macam SPM yang siap guna ayat cecanggih bebagai.. Bukan macam tu tau! Macam mana kau baca surat khabar, baca artikal-artikal dalam internet, baca buku sasterawan, hah! Macam tuh lah ayat kitaorang kene buat! Okay! Inilah cabaran!Pecah kepala otak aku bila mengenangkan graf tadi … -_-

Apa nak buat? Aku kenalah teruskan juga! Tak akan aku nak berhenti kowt? Tapi yang pasti, seramai mana pun pelajar form 6 dalam sekolah tuh, yang masuk Universiti boleh kira dengan jari jek! Satu, dua, tiga, empat orang.. Yang lain, sambung DIP or kerja sendiri! Ingat senang ke? Frust ke? Eh of course lah frust!
So? Tolong bagi aku some motivate kejab!  Commentlah pepanjang lebar.. Aku rasa macam dah tak berdaya lagi dah nak belajar.. Dah fed up! Bayar RM101 untuk MUET. Kalau dapat band 1 sia2 je hidup kau! Masuk mana-mana univerisiti ingat senang ke dengan ada BAND 1?? Susah tahu tak! Paling kuman pun Band 3! Bergantung kepada kos yang korang ambil..

In a nutchell, dalam hidup tak ada apa pun yang senang! Semuanya susah.. Kat mana kau pergi, kat situ jugalah ujian yang kau KENA tempuh! Semua kena tumpuh! Tiada pengecualian, termasuklah aku! Mana-mana kau pergi mesti ada cabaran. Tapi korang kena ingat! Setiap masalah dan cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan jadi macam aku ni ah! Cepat nau putus asa..


Manalah tak putus asanya? Aku dah tengok semua result senior2 aku. Eh, kalau sesiapa pun tengok, mesti terkejut lah! Aku yang tengok ni terus down tahu tak! Terngangah kejab! Terdiam tak terkata! Pendek kata aku boleh gila lah macam ni.. Nak kena repeat paper lagi. Satu paper rm50.. Kesian mak bapak aku.. Kalaulah aku tak belajar pandai-pandai, sia2 je lah ibu and ayah aku bekerja keras selama ni kan.. Mesti diorang sedih kan…. Hurm… Kat manalah tempat aku selepas ni,, aku pun tak tahu!

Iphone 6!! Really Awesome!

Sekarang Start Guna Fair and Lovely..

Assalammualaikum guys! Apa khabar? Nuna alhamdulillah.. Sihat.. Harap korang pun macam tuh lah.. Btw, isu MLM masih hangat deperkatakan sehinggalah sekarang. Nuna nak ucapkan congrates kepada Kumpulan Sepahtu kerana memperoleh juara dalam pertandingan tuh.. Sebenarnya Nuna minat Shiro.. Shahrul Shiro tuh? Nuna harapkan diorang menang... :) Tapi tak ada rezeki.. :) lagi pun kedudukan pemenang satu hingga lima semuanya dapat duit! Bezanya bilangan angka and tempat pertama dapat kereta, tu jek! Huhuhuhu Kenal saya?? Saya peminat shahrul shiro! Heheheheehhe :)

Dulu kulit Nuna waktu darjah enam, gelap lah jugak sebab aktif dalam bidang sukan kan.. Sampai berbelang kulit muka Nuna tau.. Form one, form two, nuna memang tak decides nak pakai mana-mana pencuci or krim muka nih.... Sampailah pada suatu hari, akak Nuna yang number dua tu cakap.. "Eh jia, kau tak pakai pencuci muka ke? Kita kan dah besar.. kenalah pandai jaga muka.." Waktu tu, akak saya pengguna Safi Balqis! So, masuk je form 3, nuna terus guna Safi Balqis dengan krim dia sekali! Just dua tu sahaja! Tak ada yang lain!


krim muka dia ada warna biru and hijau kan? Hah bagi Nuna, krim biru and hijau tu sama jek! Tak ada bezanya pun! Yang bezanya daripada segi warna jek! Krim safi ni amalkan sebelum tidur, kalau nak pergi jenjalan ke, jadikan krim safi ni sebagai bedak asas.. Nuna amalkan! Masa Nuna kat bawah matahari yang panas terik, muka-muka kawan-kawan Nuna semuanya berbelang! Nuna takut! Muka aku berbelang jugak ke? Nuna pergi je tandas, Nuna check and belek2 muka kejab.. Tiba-tibe je tersenyum simpul! Tak ada belang pun tau... :)


Yang warna oren cair tu scrub muka! Memang elok sangat dengan kulit Nuna.. Tapi tak selalu pakai, just pakai pencuci dengan krim sahaja. :) Yang biru tu pencuci dia! Tak tipu, nuna pakai memang berkesan.. Bila dah selalu pakai kan, sampai tak perasan ada perubahan.. Hahahahahahaha adalah juga beberapa orang yang bertanya... Muka kau lain lah.. Muka kau dah putih lah.. Jia kau pakai pencuci muka apa..?

Alaa Safi Balqis je kowt! :) Tapi start umur Nuna menjangkau 19 tahun, Nuna tukar and try guna kepada Fair&Lovely.. Why??? Bukankah selama ni Nuna guna Safi Balqis? Bukankahh Nuna kata Safi Balqis tu elok??

Ya! Memanglah elok.. Memang berkesan.. But sepanjang Nuna pakai Safi Balqis, kulit Nuna berjerawat! Tiba-tiba je teringat kata-kata kawan Nuna.. "Aku tak boleh guna Safi Balqis! Nanti muka aku berjerawat!" Eh, Nuna ingatkan Nuna sorang je yang kene? Ada jugak yang lain kene? So, Nuna cubalah Fair&Lovely ni.. Akak Nuna yang first tu guna Fair&Lovely dari pada sekolah menengah sampailah umur dia menjangkau 24 tahun! Dia tak tukar pun product lain! Setialah katakan.. Muka dia memang licin! Sampai kawan dia cakap dia pakai collegen sebab kulit licin.. Hishh mana ada!



So, Nuna pun tukarlah! Alhamdulillah jerawat kurang.. :) Bila guna fair&lovely, amalkan guna pencuci and krim dia.. lepas cuci muka, guna krim muka dia..  Thanks juga kerana Safi Balqis yang berkesan and welcome kepada Fair&Lovely !! Gud Luck..

btw, semua ni bergantung kepada jenis kulit jugak.. :D kalau sesuai, sesuai lah! Okayy gudluck!

**entry ini ditaip pada tengah hari semalam..oleh kerana line wifi teruk kene kacau, dipublish pada hari ahad.




"Dulu budak ni kata................"

Tak tido lagi! Tak tido lagi! Tak tido lagi! Bersengkang mata buat proposal, siapkan borang soal selidik PA, siapkan borang lawatan ke Parlimen Kuala Lumpur, ahh macam-macam lagi lah! Tapi yang penting, homework! Confirm tak siap! Ngeh3

Bukannya apa, aku dulukan mana yang penting dulu.. Pening, pening, pening sebab sepanjang cuti ni just fikir pasal PBS and surat lawatan tu jek! Kerja sekolah semuanya ketepi! Oppsss by the way, welcome februari in 2014! Selamat datang! Pejam celik pejam celik dah bulan dua. Kalau pejam tak celik-celik?? Haisshhh apa yang aku merepek ni! :p Ingat matikan sunat.. :)



Korangkan tahu yang now umur aku dah 19 tahun kan.. Dah boleh kahwin dah kan? Heheheehehhe Dulu budak ni tak nak kahwin tau! Dulu budak ni tak suka lelaki! Dulu budak ni kata dia nak hidup sengsowang, nak 'kongker' hidup sengsowang! Dulu budak ni kata dia boleh hidup tanpa lelaki lah! Tahu tak Budak tu siapa? Hah aku lah! Sengal tak?

Memanglah nak kahwin tapi belum ada calon lagi.. :( Aku ada suka kat seseorang ni tau.. :) Tapi aku tak cakap and tak bagi tahu dia pun.. Aku malu nak cakap sebab satu kelas.. Aku memang suka pendam. Sebab aku tahu, dia tak akan pilih kekasih yang macam aku nih.. Baiklah! Biar aku describekan lelaki tu macam mana ek? Lelaki yang aku suka tuh, chubby2, nak kata hensem, memang tak hensem! Hahahahahaha jahat aku! Tapi dia comel.. ;) Bajet-bajet tough tu ada.. Hahahahahha sedangkan badan tak tough pun.. Lemak je lebih.. Hahahahahahahahha Aku kutuk dia dalam blog aku weh.. Hahahahaha..



Kalau aku dapat kahwin dijodohkan dengan dia, aku akan usik-usik lemak dia kat bawah dagu dia tuh! Hahahahahaha lepas tu tiap-tiap pagi hujung minggu, aku akan ajak dia jogging bagi kurus! Hahahahahahahahaha sengal tak aku?? Sengal kan?

Dulu budak ni kata dia nak lelaki yang kacak. Dulu budak ni kata, dia nak lelaki yang soleh. Dulu budak ni kata dia nak lelaki yang kaya. Dulu budak ni kata dia tak suka lelaki yang merokok. Siapa budak tu? of course lah aku! Korang, nasihat aku, tolong jangan ada sikap memilih dalam memilih pasangan.. Errr apa cakap ni? Kah2! Boleh je nak ada citarasa. Tapi takut nanti apa yang kita nak tu tak dapat and diterbalikkan.. Ya Allah... Takut pulak aku dengar!

Tadi aku lari lintang pukang dek kerana kumbang badak! Kuwang asam betul! Meremang bulu aku.. Hahahahahaha now, aku tengah berselubung dengan selimut tebal atau dikenali sebagai toto. Takut2 nanti kumbang tu terbang and melekat kat baju aku kang! Euuwww!