Pengalaman kene 'enjet' HPV... Hurm.. :"(



Sibuk dengan PBS, buat proposal, kerja kursus itu, kerja kursus ini.. Nak kene bereh itu, bereh ini lagi.. Ya Allah! Macam-macam aku fikir! Huhuhuhu Bohonglah kalau aku kata aku tak pening kan.. Anyway, aku nak ucapkan terima kasih kepada comment di entry sebelum entry ini.. Thanks sebab bagi respond.. Huhuhuhu

Nak citer sikit ni, hari Rabu, 29 Januari kan.. Nuna kene 'enjet'.. :( Enjet apa? Enjet HPV.. Punyalah seronok naik bas ramai-ramai dengan kawan-kawan kelas, dengan cikgu lagi.. Waktu tu, huh! Rasa takut pun tak ada! Alaaa nak enjet je kowt? Wat apa nak takut? Sakit sikit jek.. Lagi pun dos yang pertama ni tak sakit mana pun... Huhuhuhu umur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan.. Nanti u alls pun kena jugak k...? Akak aku citer, dulu dia ada amek borang HPV, tapi dia tak pergi enjet pun, dia lari! Ape pun tak boleh! Tengok macam aku? Sanggup dan berani tau! Hahahahahahahaha

Dengan bangganya aku masuklah di Bilik Kesihatan kat sekolah Seri Kota tuh.. Dengar nurse tu bebel sana, bebel sini, isi borang itu, isi borang ini, rebut-rebut pen sana, rebut-rebut pen sini, dah berapa minit? Bising pulak tuh? Bising bukan sebab apa! Bising sebab exited nak kena enjet! Itu satu hal! Hal kedua bising sebab takut.. Macam-macam ragam lah! Tak payah cakap.. Macam akak aku ni lari sebab tak berani nak tengok jarum! Haishhh jarum je kowt? Tu pun takut? Ape pun tak boleh....

Dipendekkan cerita, tibalah turn aku pulak kene enjet... Aku ni kelam kabut sikit! Hahahahahaha Nurse tu kata "okey, letak tangan kat perut.. Jangan banyak bergerak k?" ... Okay nurse! Aku pun letak kat perut. Sekali dia picit bende alah tuh! ya Allah! Rasa nak pengsan aku waktu tuh.. Muka aku straight cemberut kowt?! Pulak tak sakit?? Sakit lah der.. Sakit part dia masukkan ubat dalam badan kita tuh!

Aku pun masuk bilik rehat.. Tengok muka kawan-kawan aku yang dah kene enjet.. Kawan aku yang pertama cakap "tak sakit pun weh.. sekejab gila!" .... Tak sakit? Kenapa aku punya sakit dia lain macam? Cikgu aku cakap, "awak ada keras kan tangan ke? kalau keraskan tangan memang sakit!" Persoalannya sekarang, aku ada keraskan tangan ke? Aku tak sedar and tak perasan langsung pun! Yela, muka tengah cemberut tahan sakit kan... Manalah perasan apa yang aku buat...

Lepas kena enjet, tingkah laku kawan-kawan aku semuanya berubah! Ada yang otak 'masuk air', gelak semacam, gila meremang bulu aku, ada yang marah.. Hahahahahaha dan selepas kena enjet, ada yang terus jadi DIAM! Iaitu AKU wehhhh! Terdiam sebab sebelum pergi confident cakap tak sakit.. Last2 sakit kowt.. Yang peliknya kenapa kawan-kawan aku kata tak sakit? Tangan aku kebas and sengal-sengal..Dekat dua jam bende alah tu nak ilang..

Petang tu pula aku balik rumah.. Sampai je rumah, akak aku tepuk tangan kiri aku! Terkejut gila aku! Menjerit le apa lagi! Akak aku minta maaf pun tak ada guna! Maaf dia bukannya boleh hilangkan sakit aku pun? Aku masuk bilik, aku menangis sengsowang.. Lepas tu, tangan aku dah start bengkak, mengelembung! Aku cakap kat ibu aku, "Ibu sakitlah..." Ibu aku cakap pergi tuam! Tapi kawan perempuan aku punya akak ipar (nurse), dia cakap JANGAN TUAM! Kawan lelaki aku punya mak cik (nurse) pun cakap JANGAN TUAM! Aku pun tak tuam.. :'(

Dah lepas tu, malam tadi, adik aku pula tepuk tangan aku!  Terkejut aku! Mana tak menangisnya aku! Dia pukul betul2 kat tempat bengkak yang kene enjet tu! Menangis aku...! Kawan aku suruh pergi klinik.. Aik? Baru je bengkak sehari dah kene pergi klinik?? Boleh ke macam tu?? Sakit tau weh.. Akak aku yang lari tu cakap, dos yang ketiga tu lagi sakit! Apa aku nak buat ni? Apa yang patut aku buat bagi nak kurangkan bengkak aku ni weh... Sakit..... hurm..

**apa2 pun bergantung kepada badan masing-masing..

1 comment:

  1. Oo.. hpv ni ada peringkat ntuk suntik ?? Mksd zara.. dos satu, dua tiga mcm tu ?? Zara xda suntik hpv ni.

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..