Nak buat 'title post' apa yep?

Assalammualaikum.... :) Dah makan belum? Sihat ke tidokk?? Alhamdulillah, kita okey jep.. :) Baru dapat balik rumah minggu ni. Ala balik rumah pun bukannya sebab apa. Nuna balik sebab nak settlekan proposal, settlekan laptop, beli itu, beli ini.. Dah! Tu jek! Now, confuse nak balik esok ke atau lusa? Hurm..?

Tadi beli barang kejab.. Now, peraturan hostel kat sekolah tu dah ketat.. i don't know why.. Menyampah pun ada. Orang lain yang buat salah, kita juga yang kena.. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga! Kan kan kan.. :) Huhuhu berfalsafah dah pulak aku nih.. :)

Nuna tengah siapkan surat rasmi. Then, lepas tu buat proposal pulak.. Lepas tu, cari bahan untuk PBS.. Serius mencabar tahun ni! 19 May dah exam dah.. :( Nuna tak tipu dalam kelas asyik ngantuk jek! Otak Nuna sejak dah masuk tahun 2014 ni, dah tak betul. Bak kata kawan Nuna, kepala masuk air! Kuwang asam. Hahahahahaha Tadi keluar dengan kawan kejab, pergi DAISO JAPAN.. Alaaa yang semua barang RM5 tu? Tahu kan?

Nuna beli selipar yang untuk dalam umah, warna pink susu. Memang comel.. :) Lepas tu, Nuna beli headphone comel warna pink juga! Erghhhh bila masa aku suka warna pink nih!!! Pleaseee jangan tanya.. Hahahaahahaha maybe selalu blogwalking blog korang yang pink2 kowt? Tu yang berjangkit kat Nuna tu.. but, akak Nuna tahu tau  yang Nuna tak suka PINK and MERAH dulu.. Kalau dia tahu, mesti kena meng'anjing' ! Hahahahahaha :)

Nuna ambil kesempatan yang terluang untuk update blog.. Tiap kali kalau balik rumah, in sha Allah, Nuna akan update.. Biar sentiasa 'hidup'! :) Nuna dah start busy sekarang. Settlekan surat tu, kena FAX kan kat KL lah.. Itulah ini lah.. Macam2! Inilah tugas Nuna sebagai setiausaha.. Bukan sekali Nuna jadi setiausaha.. Dah banyak kali dah. But, untuk from 6, sem dua ni lebih mencabar and lebih busy.. Lagi-lagi setiap mesyuarat, Nuna kena buat minit mesyuarat.. Lepas tu, hantar kat sir..

Maybe Nuna balik sebulan sekali kowt? Nuna ingat tak nak duduk hostel sebab menyampah dengan tut!!! Tapi ayah Nuna tak bagi. Nuna nak menangis pun ada.. Redha sajalah.. Nasiblah kalau ada apa-apa berlaku.. Terima sajalah... Hurmm...

PBS ni kalau tak buat, fail stpm nyah! Nuna dengar pun dah seram dah.. :) Dah lah.. Sampai sini sahajalah entry Nuna ya? :) Kalau ada jodoh, nuna sihat and panjang umur lagi, ada masa terluang lagi, Nuna akan update lagi k? Korang jaga diri bebaik tau... Yang study tu, study.. Jangan facebook and wechat jek! :P k tata.. Assalammualaikum..


No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..