Dugaan Pada Awal Tahun...



Jam menunjukkan 11.56 minit malam. Tarikh post tidak sama seperti tarikh yang telah aku nyatakan. 
Post ini aku coretkan di dalam dorm aku waktu semua orang sedang lena diulit mimpi. Namun hanya aku sahaja yang masih menghadap laptop.

Aku baru sahaja membuat muhasabah diri. Mencari dimana khilafku sebagai seorang manusia. Aku akui kita semua manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Termasuklah aku! Pada hakikatnya aku cuba untuk menjadi diri aku yang sendiri.. Aku cuba untuk menjadi seorang yang pentingkan diri. Aku cuba untuk jadi seorang yang mengutamakan perasaan diri sendiri berbanding dengan orang lain. Tapi kenapa jadi sampai macam nih?

Dugaan yang baru mendatang pada awal tahun sangat menguji kesabaran dan ketabahan aku. Untuk kali ini, aku tidak akan post kan link post ni di fanpage aku. Biarlah hanya followers aku saja yang tahu. Korang tahu yang sikap aku yang suka berangan. Berangan yang tak kira masa and tak kira tempat. Tadi aku tekup dengan selimut aku. Tambah lagi dengan bantal peluk kesayangan aku.. Lepas tu aku menangis sendirian.

Diwaktu aku kesedihan, aku tak perlukan kawan. Diwaktu aku ada masalah, aku tak perlukan kawan juga. Kerana aku lebih suka menyendiri.. Melainkan seorang kawan yang aku percaya dari tingkatan satu hinggalah sekarang. Aku sebut dalam hati yang aku nak mesej kawan aku tu.. Tapi apakan daya. Aku masih di asrama… Aku cuba memujuk hati aku supaya dapat menerima semua ini dengan redha dan tenang. Aku selalu mengingatkan diri sendiri bahawa jangan mudah melatah apabila ditimpa musibah..

Ini baru masalah awal tahun. Aku masih tak tahu apa yang akan berlaku selepas ni. Maka, dari sini kita perlu bersedia dan berhati-hati.. Tiba-tiba aku rasa sebak mengenang apa yang telah berlaku… Aku berasa seperti seolah-olah ada satu beban yang sedang aku tanggung dalam dada.. Kalau aku tak lepaskan dengan menangis, dada aku akan terasa sakit! Sakit yang sangat menyakitkan! Hati yang bagai disiat2.. Namun apakan daya….

12.06 minit tengah malam! Aku masih tak mampu nak lelapkan mata..  Aku tak tipu banyak cabaran yang dah berlaku dan yang akan berlaku apabila tinggal didunia asrama.. Aku pernah mengadu kat ibu aku yang aku memang tak nak duduk asrama kalau macam ni lah rupa gayanya.. Aku memang tak nak duduk asrama.. Serius aku tak tipu!

Aku : “Ibu, jia tak nak duduk asrama…..”
Ibu : “Ibu tak kisah. Tapi nanti siapa nak hantar jia nanti? Ayah nak hantar aiman lagi, nak hantar didi lagi.. Jia bincang dengan ayah ya?”
Aku : “Jia tak kisah pergi awal-awal kat sekolah.. kalau sampai kat sekolah pukul lima pagi pun tak apa! Jia sanggup! Janji jia tak nak duduk asrama..”
Ibu : “Memanglah.. Tapi ayah tu.. Ibu okey jek. Cuma ayah yang tak nak jia keluar dari asrama… Alaa jia duduklah asrama.. Asramakan boleh belajar. Setahun saja lagi jia!”

Apa yang ibu aku kata tu memang betul! Tapi yang part ‘Asramakan boleh belajar’, aku memang bantah! Aku jadi makin malas adalah.. Bila dah ada kawan, mana nak pandang buku. Belajar pun malam jek. Belajar petang pun kadang-kadang je. Selebihnya makan tidur. Tu jelah rutin harian aku kat asrama. Pergi surau, makan, tidur.. Pergi surau, makan, tidur.. ya Allah.. Sedihnya aku… Hati kecil aku berkata, kalaulah ibu aku baca post aku yang ini, aku yakin ibu aku lagi sedih bila dengar pengakuan aku.. Aku mengaku! Aku masih boleh belajar di rumah berbanding di asrama… Jia harap ibu faham.

Masalah yang aku hadapi tadi mestilah tentang KAWAN.. Jujur aku tertekan dengan keadaan sekarang. Melempiaskan kemarahan ke atas aku kepada kawan aku yang lain.. TIGA PERKATAAN yang mampu aku ungkapkan.. Iaitu ‘Aku Tak Bodoh!’ Aku bukan kenal kawan aku baru sesaat. Aku bukan kenal dia baru sejam.. Aku kenal dia sejak sekolah rendah. Aku start rapat dan baik dengan dia sejak sekolah menengah.. Baik buruk dia semuanya aku tahu! Aku mampu terima segala keburukan dan kebaikan dia. Aku mampu lawan api kemarahan yang melanda didalam dada aku.. Semata-mata kerana seorang kawan!!

Kalau rasa aku bukan kawan yang baik, pergilah tinggalkan aku! Pergilah jauh-jauh! Aku hanya teman waktu kau ketawa sahaja.. Bukan waktu susah mahupun senang.. Pergilah kepada kawan yang kau rasa ‘kena’ dan ‘sebati’ dengan jiwa kau.. Pergilah pada kawan yang kau rasa betul2 ‘serasi’ dengan kau. Daripada kau terus cerita belakang pasal aku, daripada kau terus menambah dosa kau, baik kau pergi.. Aku lebih rela! Kau pun tak sakit hati, aku pun tak sakit hati.. Kita sama-sama tak sakit hati.. Itu adil kan bagi kau?? Itu yang kau mahu, kan…?

Aku rasa nak menangis tapi aku tak boleh menangis.. Mungkin ini bukan masanya.. Kalaulah aku boleh terima dengan hati yang terbuka sikap dia tu, kenapa tak dia? Kenapa dia mudah melatah..? Ya Allah.. Aku sedih! Astaghfirullah…. Itu saja yang mampu aku ungkapkan dari bibir aku.. Tak mengapalah. Aku redha dengan apa yang berlaku untuk hari ini. Dan aku perlu bersedia untuk apa jua segala kemungkinan yang akan berlaku pada hari esok.


Selamat Malam.. Assalammualaikum…
dicoret pada 23.1.2014



3 comments:

  1. Assalammualaikum dear.. bykkn bsabar.. mngs laa smahu2 nya.. if itu bleh mlegakn hati sketika. Kuatkn hati awk yaa.. Allah ada bsama kita..

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..