Personaliti Diri Mengikut Warna!!

Sorry kalau warna yang korang minat tidak tersenarai k? Personaliti Diri mengikut warna ni daripada Puan Zuraida dari Management and Science Univercity. Orangnya tinggi lampai, cantik dan dah berkahwin! Huhuhuhuhu tanpa melengahkan masa, Jom Kita semak warna kegemaran kita!


HIJAU - pendamai, boleh jadi seorang yang tidak ambil kisah..

BIRU - setia, amanah dan boleh dipercayai tetapi mudah dipengaruhi..

MERAH - Suka makan, sukakan kejutan, cepat bersemangat..

PINK - seorang yang konsisten.. yeke? hahahahaha

KUNING - seorang yang ceria, suka makan jugak, dan sesuai sekiranya digandingkan dengan warna merah..

HITAM - skema, but suka buat checklist!

PURPLE - Orang yang suka bermewah-mewah dan cantik-cantik, nak kereta besar, nak gaji lebih dari rm2000! tak salah pun..

PUTIH - Orang yang fleksibel dan positif, tiada kata TIDAK dalam melakukan sesuatu, mudah stress kalau dipaksa, tiada cara dalam nak bercakap..

OREN - Orang yang hot, agresif! amboi! hot tak menahan!


Amacam, ada kene mengene dengan korang tak? Hahahahaahhahaha cer komen sikit! Nuna tahu mesti ada yang terkejut sikit... :p

Pengalaman kene 'enjet' HPV... Hurm.. :"(



Sibuk dengan PBS, buat proposal, kerja kursus itu, kerja kursus ini.. Nak kene bereh itu, bereh ini lagi.. Ya Allah! Macam-macam aku fikir! Huhuhuhu Bohonglah kalau aku kata aku tak pening kan.. Anyway, aku nak ucapkan terima kasih kepada comment di entry sebelum entry ini.. Thanks sebab bagi respond.. Huhuhuhu

Nak citer sikit ni, hari Rabu, 29 Januari kan.. Nuna kene 'enjet'.. :( Enjet apa? Enjet HPV.. Punyalah seronok naik bas ramai-ramai dengan kawan-kawan kelas, dengan cikgu lagi.. Waktu tu, huh! Rasa takut pun tak ada! Alaaa nak enjet je kowt? Wat apa nak takut? Sakit sikit jek.. Lagi pun dos yang pertama ni tak sakit mana pun... Huhuhuhu umur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan.. Nanti u alls pun kena jugak k...? Akak aku citer, dulu dia ada amek borang HPV, tapi dia tak pergi enjet pun, dia lari! Ape pun tak boleh! Tengok macam aku? Sanggup dan berani tau! Hahahahahahahaha

Dengan bangganya aku masuklah di Bilik Kesihatan kat sekolah Seri Kota tuh.. Dengar nurse tu bebel sana, bebel sini, isi borang itu, isi borang ini, rebut-rebut pen sana, rebut-rebut pen sini, dah berapa minit? Bising pulak tuh? Bising bukan sebab apa! Bising sebab exited nak kena enjet! Itu satu hal! Hal kedua bising sebab takut.. Macam-macam ragam lah! Tak payah cakap.. Macam akak aku ni lari sebab tak berani nak tengok jarum! Haishhh jarum je kowt? Tu pun takut? Ape pun tak boleh....

Dipendekkan cerita, tibalah turn aku pulak kene enjet... Aku ni kelam kabut sikit! Hahahahahaha Nurse tu kata "okey, letak tangan kat perut.. Jangan banyak bergerak k?" ... Okay nurse! Aku pun letak kat perut. Sekali dia picit bende alah tuh! ya Allah! Rasa nak pengsan aku waktu tuh.. Muka aku straight cemberut kowt?! Pulak tak sakit?? Sakit lah der.. Sakit part dia masukkan ubat dalam badan kita tuh!

Aku pun masuk bilik rehat.. Tengok muka kawan-kawan aku yang dah kene enjet.. Kawan aku yang pertama cakap "tak sakit pun weh.. sekejab gila!" .... Tak sakit? Kenapa aku punya sakit dia lain macam? Cikgu aku cakap, "awak ada keras kan tangan ke? kalau keraskan tangan memang sakit!" Persoalannya sekarang, aku ada keraskan tangan ke? Aku tak sedar and tak perasan langsung pun! Yela, muka tengah cemberut tahan sakit kan... Manalah perasan apa yang aku buat...

Lepas kena enjet, tingkah laku kawan-kawan aku semuanya berubah! Ada yang otak 'masuk air', gelak semacam, gila meremang bulu aku, ada yang marah.. Hahahahahaha dan selepas kena enjet, ada yang terus jadi DIAM! Iaitu AKU wehhhh! Terdiam sebab sebelum pergi confident cakap tak sakit.. Last2 sakit kowt.. Yang peliknya kenapa kawan-kawan aku kata tak sakit? Tangan aku kebas and sengal-sengal..Dekat dua jam bende alah tu nak ilang..

Petang tu pula aku balik rumah.. Sampai je rumah, akak aku tepuk tangan kiri aku! Terkejut gila aku! Menjerit le apa lagi! Akak aku minta maaf pun tak ada guna! Maaf dia bukannya boleh hilangkan sakit aku pun? Aku masuk bilik, aku menangis sengsowang.. Lepas tu, tangan aku dah start bengkak, mengelembung! Aku cakap kat ibu aku, "Ibu sakitlah..." Ibu aku cakap pergi tuam! Tapi kawan perempuan aku punya akak ipar (nurse), dia cakap JANGAN TUAM! Kawan lelaki aku punya mak cik (nurse) pun cakap JANGAN TUAM! Aku pun tak tuam.. :'(

Dah lepas tu, malam tadi, adik aku pula tepuk tangan aku!  Terkejut aku! Mana tak menangisnya aku! Dia pukul betul2 kat tempat bengkak yang kene enjet tu! Menangis aku...! Kawan aku suruh pergi klinik.. Aik? Baru je bengkak sehari dah kene pergi klinik?? Boleh ke macam tu?? Sakit tau weh.. Akak aku yang lari tu cakap, dos yang ketiga tu lagi sakit! Apa aku nak buat ni? Apa yang patut aku buat bagi nak kurangkan bengkak aku ni weh... Sakit..... hurm..

**apa2 pun bergantung kepada badan masing-masing..

Dugaan Pada Awal Tahun...



Jam menunjukkan 11.56 minit malam. Tarikh post tidak sama seperti tarikh yang telah aku nyatakan. 
Post ini aku coretkan di dalam dorm aku waktu semua orang sedang lena diulit mimpi. Namun hanya aku sahaja yang masih menghadap laptop.

Aku baru sahaja membuat muhasabah diri. Mencari dimana khilafku sebagai seorang manusia. Aku akui kita semua manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Termasuklah aku! Pada hakikatnya aku cuba untuk menjadi diri aku yang sendiri.. Aku cuba untuk menjadi seorang yang pentingkan diri. Aku cuba untuk jadi seorang yang mengutamakan perasaan diri sendiri berbanding dengan orang lain. Tapi kenapa jadi sampai macam nih?

Dugaan yang baru mendatang pada awal tahun sangat menguji kesabaran dan ketabahan aku. Untuk kali ini, aku tidak akan post kan link post ni di fanpage aku. Biarlah hanya followers aku saja yang tahu. Korang tahu yang sikap aku yang suka berangan. Berangan yang tak kira masa and tak kira tempat. Tadi aku tekup dengan selimut aku. Tambah lagi dengan bantal peluk kesayangan aku.. Lepas tu aku menangis sendirian.

Diwaktu aku kesedihan, aku tak perlukan kawan. Diwaktu aku ada masalah, aku tak perlukan kawan juga. Kerana aku lebih suka menyendiri.. Melainkan seorang kawan yang aku percaya dari tingkatan satu hinggalah sekarang. Aku sebut dalam hati yang aku nak mesej kawan aku tu.. Tapi apakan daya. Aku masih di asrama… Aku cuba memujuk hati aku supaya dapat menerima semua ini dengan redha dan tenang. Aku selalu mengingatkan diri sendiri bahawa jangan mudah melatah apabila ditimpa musibah..

Ini baru masalah awal tahun. Aku masih tak tahu apa yang akan berlaku selepas ni. Maka, dari sini kita perlu bersedia dan berhati-hati.. Tiba-tiba aku rasa sebak mengenang apa yang telah berlaku… Aku berasa seperti seolah-olah ada satu beban yang sedang aku tanggung dalam dada.. Kalau aku tak lepaskan dengan menangis, dada aku akan terasa sakit! Sakit yang sangat menyakitkan! Hati yang bagai disiat2.. Namun apakan daya….

12.06 minit tengah malam! Aku masih tak mampu nak lelapkan mata..  Aku tak tipu banyak cabaran yang dah berlaku dan yang akan berlaku apabila tinggal didunia asrama.. Aku pernah mengadu kat ibu aku yang aku memang tak nak duduk asrama kalau macam ni lah rupa gayanya.. Aku memang tak nak duduk asrama.. Serius aku tak tipu!

Aku : “Ibu, jia tak nak duduk asrama…..”
Ibu : “Ibu tak kisah. Tapi nanti siapa nak hantar jia nanti? Ayah nak hantar aiman lagi, nak hantar didi lagi.. Jia bincang dengan ayah ya?”
Aku : “Jia tak kisah pergi awal-awal kat sekolah.. kalau sampai kat sekolah pukul lima pagi pun tak apa! Jia sanggup! Janji jia tak nak duduk asrama..”
Ibu : “Memanglah.. Tapi ayah tu.. Ibu okey jek. Cuma ayah yang tak nak jia keluar dari asrama… Alaa jia duduklah asrama.. Asramakan boleh belajar. Setahun saja lagi jia!”

Apa yang ibu aku kata tu memang betul! Tapi yang part ‘Asramakan boleh belajar’, aku memang bantah! Aku jadi makin malas adalah.. Bila dah ada kawan, mana nak pandang buku. Belajar pun malam jek. Belajar petang pun kadang-kadang je. Selebihnya makan tidur. Tu jelah rutin harian aku kat asrama. Pergi surau, makan, tidur.. Pergi surau, makan, tidur.. ya Allah.. Sedihnya aku… Hati kecil aku berkata, kalaulah ibu aku baca post aku yang ini, aku yakin ibu aku lagi sedih bila dengar pengakuan aku.. Aku mengaku! Aku masih boleh belajar di rumah berbanding di asrama… Jia harap ibu faham.

Masalah yang aku hadapi tadi mestilah tentang KAWAN.. Jujur aku tertekan dengan keadaan sekarang. Melempiaskan kemarahan ke atas aku kepada kawan aku yang lain.. TIGA PERKATAAN yang mampu aku ungkapkan.. Iaitu ‘Aku Tak Bodoh!’ Aku bukan kenal kawan aku baru sesaat. Aku bukan kenal dia baru sejam.. Aku kenal dia sejak sekolah rendah. Aku start rapat dan baik dengan dia sejak sekolah menengah.. Baik buruk dia semuanya aku tahu! Aku mampu terima segala keburukan dan kebaikan dia. Aku mampu lawan api kemarahan yang melanda didalam dada aku.. Semata-mata kerana seorang kawan!!

Kalau rasa aku bukan kawan yang baik, pergilah tinggalkan aku! Pergilah jauh-jauh! Aku hanya teman waktu kau ketawa sahaja.. Bukan waktu susah mahupun senang.. Pergilah kepada kawan yang kau rasa ‘kena’ dan ‘sebati’ dengan jiwa kau.. Pergilah pada kawan yang kau rasa betul2 ‘serasi’ dengan kau. Daripada kau terus cerita belakang pasal aku, daripada kau terus menambah dosa kau, baik kau pergi.. Aku lebih rela! Kau pun tak sakit hati, aku pun tak sakit hati.. Kita sama-sama tak sakit hati.. Itu adil kan bagi kau?? Itu yang kau mahu, kan…?

Aku rasa nak menangis tapi aku tak boleh menangis.. Mungkin ini bukan masanya.. Kalaulah aku boleh terima dengan hati yang terbuka sikap dia tu, kenapa tak dia? Kenapa dia mudah melatah..? Ya Allah.. Aku sedih! Astaghfirullah…. Itu saja yang mampu aku ungkapkan dari bibir aku.. Tak mengapalah. Aku redha dengan apa yang berlaku untuk hari ini. Dan aku perlu bersedia untuk apa jua segala kemungkinan yang akan berlaku pada hari esok.


Selamat Malam.. Assalammualaikum…
dicoret pada 23.1.2014



Dapat Bonus Point From Whohaa.Com!!

Hari ni tetiba rasa macam nak check churp-churp pulak.. Okay, tiada perubahan, stil sama and tak naik-naik.. Memang menyampah... -_- New tab buka nuffnang pulak.. Alhamdulillah.. :) Naik mendadak.. Thanks kepada siapa yang sudi menderma.. Sesen itu pun dah cukup berharga buat Nuna tau... Kerja tak bereh lagi.. Lain pulak yang aku buat... Hahahaahahha

Tetiba je teringatkan si Whohaa.com tuh.. Dah lama betul Nuna tak buka. Entah apa khabar lah benda alah tuh ye? :) Nuna pun sign in lah kejabkan.. Manalah tahu ada suprise ke, boleh redeem hadiah ke kann... :) Nuna pun bukalah kat 'My Account'.. and Tiba-tibaa.....


Tak nampak?? Klik gambar tu! Nuna rasa macam nak melompat pun ada tau! Alhamdulillah.. Baik sungguh Whohaa ni.. Tak sia-sia usaha Nuna selama ni... :) Korang juga boleh dapatkan bonus point ni.. Kena usaha lebih kay?

Tapi macam mana nak dapatkan Bonus Point nih?? Baiklah.. Nuna bagi tahu k? :)
Kalau korang perasan, follow perkembangan blog nuna yang lepas-lepas, Nuna ada update entry pasal Whohaa.com.. Entry yang INIINI dan yang INI.

Ketiga-tiga entry tu Nuna cerita and terangkan tentang Whohaa.com :) Macam mana nak dapatkan bonus point macam yang Nuna dapat tuh? Rajin-rajinlah promote link id whohaa kita... :) Mana satu link id whohaa kita? :)


Hah gunakan Referral Link tu sebagai untuk daftar Whohaa bagi rakan2 lain.. Contohnya ialah.. Kalau nak ajak diorang join whohaa, suruh kawan kita tu daftar whohaa dengan referral link kita tuh.. Nanti secara tidak langsung, kita pun dapat bonus point. Setiap pendaftaran kawan kita yang menggunakan Referral Link, kita akan dapat 100 point! :)

Benda yang TAK PATUT dan MEMALUKAN ialah JANGAN SESEKALI HANTAR REFERRAL LINK anda di facebook dengan menggunakan Private Message.. Memalukan! Seolah-olah menunjukkan yang diri kita tuh terdesak sangat nak point... Nuna cakap berdasarkan pengalaman.. Adalah hamba Allah ni terang2 hantar Referral Link kat Nuna.. Malunya Nuna..



Nak buat 'title post' apa yep?

Assalammualaikum.... :) Dah makan belum? Sihat ke tidokk?? Alhamdulillah, kita okey jep.. :) Baru dapat balik rumah minggu ni. Ala balik rumah pun bukannya sebab apa. Nuna balik sebab nak settlekan proposal, settlekan laptop, beli itu, beli ini.. Dah! Tu jek! Now, confuse nak balik esok ke atau lusa? Hurm..?

Tadi beli barang kejab.. Now, peraturan hostel kat sekolah tu dah ketat.. i don't know why.. Menyampah pun ada. Orang lain yang buat salah, kita juga yang kena.. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga! Kan kan kan.. :) Huhuhu berfalsafah dah pulak aku nih.. :)

Nuna tengah siapkan surat rasmi. Then, lepas tu buat proposal pulak.. Lepas tu, cari bahan untuk PBS.. Serius mencabar tahun ni! 19 May dah exam dah.. :( Nuna tak tipu dalam kelas asyik ngantuk jek! Otak Nuna sejak dah masuk tahun 2014 ni, dah tak betul. Bak kata kawan Nuna, kepala masuk air! Kuwang asam. Hahahahahaha Tadi keluar dengan kawan kejab, pergi DAISO JAPAN.. Alaaa yang semua barang RM5 tu? Tahu kan?

Nuna beli selipar yang untuk dalam umah, warna pink susu. Memang comel.. :) Lepas tu, Nuna beli headphone comel warna pink juga! Erghhhh bila masa aku suka warna pink nih!!! Pleaseee jangan tanya.. Hahahaahahaha maybe selalu blogwalking blog korang yang pink2 kowt? Tu yang berjangkit kat Nuna tu.. but, akak Nuna tahu tau  yang Nuna tak suka PINK and MERAH dulu.. Kalau dia tahu, mesti kena meng'anjing' ! Hahahahahaha :)

Nuna ambil kesempatan yang terluang untuk update blog.. Tiap kali kalau balik rumah, in sha Allah, Nuna akan update.. Biar sentiasa 'hidup'! :) Nuna dah start busy sekarang. Settlekan surat tu, kena FAX kan kat KL lah.. Itulah ini lah.. Macam2! Inilah tugas Nuna sebagai setiausaha.. Bukan sekali Nuna jadi setiausaha.. Dah banyak kali dah. But, untuk from 6, sem dua ni lebih mencabar and lebih busy.. Lagi-lagi setiap mesyuarat, Nuna kena buat minit mesyuarat.. Lepas tu, hantar kat sir..

Maybe Nuna balik sebulan sekali kowt? Nuna ingat tak nak duduk hostel sebab menyampah dengan tut!!! Tapi ayah Nuna tak bagi. Nuna nak menangis pun ada.. Redha sajalah.. Nasiblah kalau ada apa-apa berlaku.. Terima sajalah... Hurmm...

PBS ni kalau tak buat, fail stpm nyah! Nuna dengar pun dah seram dah.. :) Dah lah.. Sampai sini sahajalah entry Nuna ya? :) Kalau ada jodoh, nuna sihat and panjang umur lagi, ada masa terluang lagi, Nuna akan update lagi k? Korang jaga diri bebaik tau... Yang study tu, study.. Jangan facebook and wechat jek! :P k tata.. Assalammualaikum..