Sahabat Melibatkan Lelaki dan Perempuan..


Korang ada sahabat? Tak silap Nuna, Nuna pernah update entry tentang sahabat...? Entah Nuna pun tak ingat.. :/ But now, Nuna nak cakap tentang Sahabat yang melibatkan antara Lelaki dan Perempuan yang telah berkenalan sejak bertahun-tahun!

Sebelum tu Nuna nak cakap sikit.. Korang pernah dengarkan 'Cinta Platonik' .. Serius merepek saja siapa yang guna prinsip tuh! Biasanya 'cinta paltonik' ni melibatkan persahabatan antara lelaki dan perempuan..

'Cinta Paltonik' maksud sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud. 

Amende tu? seksual seksual segala..? Tak faham lah aku! Hahahahahaha Merepeklah 'Cinta Platonik' nih.. Pleasee jangan ada prinsip macam ni.. Nanti prinsip ni kemungkinan akan 'termakan' diri sendiri! 
Sebaik-baiknya lah, tak payah lah nak platonik-paltonik bebagai.. Hahahahahaha kita ni kan manusia biasa.. Apa guna Allah adakan manusia semuanya berperasaan....?

baik dia mati dengan mendermakan hati daripada
hatinya terus sakit melihat kebahagian
orang yang dia cinta..


Nuna buka topic macam ni sebab petang tadi Nuna tertengok tanpa sengaja Filem 'My Heart' yang pernah meletup beberapa tahun dulu.. Kalaulah ada lima bintang, nuna bagi lima bintang.. Nuna suka filem macam tu yang lebih menceritakan tentang pengorbanan seseorang demi kebahagian orang yang dia cinta.. Dik, akak, abang! Pengorbanan ni susah tau! Sakit gila-gila! Sangat! :P

Sahabat yang melibatkan dua orang iaitu lelaki dan perempuan memang susah.. Lagi-lagi kalau dua sahabat tu berjanji sesama sendiri...

Lelaki : "Kita kena janji! Kau tak boleh suka aku, aku tak boleh suka kau.. Kau tak boleh simpan perasaan kat aku, aku tak boleh simpan perasaan kat kau.. Janji?"

Perempuan : "No hal! Aku tak kisah.. Okey deal! Set!"

Nuna rasa sangat difficult untuk masalah tuh.. Siap berjanji lagi! Dik, akak, abang, perasaan tu kalau dah datang, tak boleh nak tolak tau! Makin ditolak makin dekat perasaan tu.. Lagi-lagi kalau dah tolak jodoh.. Tolak jodoh tu apa hukumnya ya? Cuba tanya ustazah or ustaz.. Dalam al-Quran kan ada bagi tahu yang perasaan tu fitrah.. Mana boleh tahan-tahan..? Kalau dah suka, tetap suka.. Janji macam mana pun, kita sendiri yang akan mungkiri..

Dik, akak, abang, ada janji yang perlu kita mungkiri.. Ada janji yang kita tak boleh mungkiri.. Demi kebaikan dan keburukan..

Nuna nak cakap sikit ni.. Sahabat yang melibatkan dua orang iaitu lelaki dan perempuan banyak kemungkinan yang akan berlaku.. Biasanya berlaku kepada PEREMPUAN.. Okey! Ini berdasarkan pengalaman Nuna.. Seorang perempuan tu sanggup menyimpan perasaan semata-mata takut kehilangan seorang sahabat yang sangat dia sayang.. Opsss sayang? Sayang yang sahabat ke atau sayang yang kekasih...? Tepuk dada tanya selera iman!



Dik, akak, abang, susah wohh kalau sampai macam tuh.. Sanggup korbankan perasaan semata-mata demi seorang sahabat.. Yang atas tu Filem 'My Heart' .. Satu lagi ni hindustan iaitu 'mujhse dosti karoge' yang melibatkan persahabatan juga! Maksudnya ialah "Will you be my friend?" .. So Syuwiiitttt... :D
Heii tu feveret cita nuna tau! Dengan 'Kuch kuch Hota Hai' .. Itu pun cerita yang melibatkan persabahatan juga.. 



Kalau korang suka kat sahabat korang, kalau korang berani, korang terus terang sajalah.. Lupakanlah 'cinta platonik' dengan janji yang bebagai tu..

Tapi kalau Nuna, Nuna akan pendam.. Sebab Nuna takut kehilangan seorang sahabat. Nuna tak berani.. Lagi pun, Nuna tahu.. Kalau benarlah dia ditakdirkan untuk kita, mesti jalan dia mudah sajakann...? :*

2 comments:

  1. baru tgk cerita my heart ptg tadi.hehhe

    ReplyDelete
  2. Tu lah. walau berjanji bagai nak rak pun, kalau dah ada perasaan, kita nak buat camne kan?

    Teringat novel Hati Kala Cinta. novel itu pun pasal persahabatan lelaki & perempuan jugak. Diorang dah kawan nak dekat 20 tahun dah. Tiba2 si pompuan tu suka kat laki tu.

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..