Cemburu Buta - Please Kawal dan Elakkan!


Senget kau line! Orang tengah dok 'berkeje' , kau pula yang lembab. Arghhh Nuna malu gila tadi.. Nasib baik tak dapat comment dari sesiapa. But semuanya tak perasan!Alhamdulillah. Terpulanglah kepada si owner contest tu nak terima ke tak nak.. Hurm...sedih-sedih... Erghh lupakan sajalah.. Nuna tak boleh cerita 'open' sangat.. sebab Nuna malu.. :( Hurm... Nasib badan.. Beria2 Nuna tadi... Just Forget it! Past is past right? Salah Nuna juga sebab tak baca betul2 contest tu! :) So, pengajarannya please alert dan baca betul-betul arahan serta tarikh contest berlangsung okay!

Okay  okay okay! Now, kita balik kepada topik kita iaitu CEMBURU BUTA! Ish bahayanya cemburu buta ni..! Selalunya kita sering kaitkan CEMBURU BUTA ni dalam sesuatu perhubungan. Tapi mustahil juga CEMBURU BUTA ni boleh berlaku dalam berkawan. Hatoi! Pening ah! Pening ah! Hahahaah penangan Shuib lah ni!


Kalau yang macam gambar kat atas ni dalam alam rumah tangga. Hishh hanya kerana sifat CEMBURU BUTA boleh mengundang ke arah penceraian tau. Nampak tak, bertambah tajamnya penangan CEMBURU BUTA ni. Nak bercakap and bertegur2 dengan jiran pun, bini dah marah!

Ada juga berlaku pada kawan lelaki Nuna yang mempunyai kekasih yang lebih kurang CEMBURU BUTA juga. Kekasih dia tu pun kawan Nuna juga! Aduhh pening ah! Perempuan tu tak bagi kawan lelaki Nuna berkawan atau layan dengan mana-mana kawan perempuan. Aik? Belum kahwin, belum jadi hak mutlak pun dah kena ikut itu ini? Laki tu pulak dungu! Pergi ikut je cakap perempuan tu. Oh aah lupa! Orang kalau dah sayang, buat apa-apa untuk kekasih pun sanggup kan? -_- Oh mennn please lah! Pening ah!


Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku! Tengoklah artikal yang Nuna jumpa kat pakcik google.. Zaman sekarang juga kalau CEMBURU BUTA sikit, bunuh sana, kelar leher sana, dah macam orang tak ada iman dah! Apa citakkk?

Terkejut Nuna. Kalau CEMBURU BUTA dalam dunia berkawan pula, lagi teruk Nuna rasa! Siap tikam belakang, sanggup memburuk-burukkan kawan, semata-mata sebab CEMBURU BUTA. Biasanya perkara ni berlaku dalam bilangan kawan yang ganjil. Contohnya tiga, lima, atau tujuh.. Perkaranya boleh mengundang padah tau! Kalau lah kawan kita tu tahu yang ini cuma 'propa' saja, orang tu boleh 'dipulaukan' atau sebagainya.. Mungkin boleh melibatkan pergaduhan? Siapa tahu?

Cemburu Itu Fitrah...

Memanglah cemburu itu fitrah bagi manusia. Tapi CEMBURU BUTA bukan fitrah! Itu boleh bawa penyakit tahu tak? Hah korang ada nak comment apa-apa? ada benda nak share ke? kata-kata Nuna salah ker? Ada pengalaman sendiri ke? Please jangan simpan sifat macam tu dalam diri kita. Semua yang Nuna sebut tu, tak akan berlaku sekiranya kita ada iman yang kuat. IMAN.. Adalah segala penyelamat dalam diri manusia.. Take a note!


2 comments:

  1. Shafiq datang ziarah sambil baca 'cemburu buta' kat sini :) jemput singgah ke blog shafiq A Gentleman To Be

    ReplyDelete
  2. betul tu.. cemburu kena ada batas dan berpada :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..