Bahayanya Lelaki di Alam Maya.....

Nuna tak tahu berapa mesej yang Nuna sememangnya tak terjawab kat dalam Tagged. Sungguh tak menang tangan dibuatnya.. Kang tak balas dikatanya sombong pula.. Bila balas, ajak jumpa, minta nombor.. Cakap pasal nombor telefon ni kan, Kat tagged ada jek lelaki yang rela hatinya bagi nombor telefon kat Nuna..

"Kalau senang, kalau awak bosan ke, mesej lah saya ya?"


Bukan sorang tau! Lebih dari tuh.. Ada chat benda tak senonoh lah.. Nuna tak baca, nuna terus delete.. Yang menyakitkan hatinya bila tengok senarai yang add friend Nuna, hampir semuanya lelaki yang 30-an.. Apsal semua yang add aku ni tua-tua belaka? Memang taklah Nuna nak confirm! Ada juga yang Nuna jadi bini muda.. Oh menn Pleasee lah... -_-

Lelaki yang duda pun ada weh! Siap bagi tahu....

"Saya duda.. Nak kenal dengan awak boleh tak?"

One more thing that you should know about me is Nuna tak akan mudah cair and memang susah nak cair dengan lelaki.. Cakaplah banyak manis kau nak cakap, memang Nuna tak cair.. Nuna ni hati batu.. Hahhahaahahahahahahahaaha Taklah.. Cuma Nuna memang macam tuh.. Nuna cair bila.... tut! Rahsia...

Tu lelaki! Ada perempuan hantar pesanan kat Tagged Nuna, dia cakap lebih kurang macam nih..

"you, i boleh bayar you.. you nak tak, jangan risau lelaki tu bukan suami orang...?"

Ya Allah! Gambar profile Nuna gambar tak pakai tudung ke? Gambar seksi ke? Gambar berahi ke sampai dia nak hantar mesej macam tu kat Nuna? What the hell hah! Amekaw! kene sebijik dengan aku! Sorry okay, Nuna perempuan yang bertudung tak akan mempermain2kan Islam.. dan hampir semua friendl list Nuna di tagged adalah lelaki.. -_- perempuan? Boleh kira dengan jari jer lah.. Setakat kawan Nuna tak kisah.. Kalau melebih, tak akan!



Please beware dengan mana-mana lelaki kat alam maya ni, luar pun sama.. Jangan mudah terpedaya..

Itu tagged! Kisah LIKERS di Facebook pulak! Nuna tak tahu sejak bila Nuna daftar facebook.. Tingkatan berapa entah tak ingat! Nuna nak cerita pasal seorang lelaki kawan Nuna, sama baya dengan Nuna, jujur Nuna cakap! Dia tak hensem, dia tinggi, badan di gempal2.. Tapii.....!

Gambar dia yang tak hensem tu, mampu cecah 100 likes tahu takk! Ya Allah zaman sekarang LIKERS dah tak kenal rupa dah.. :) Ada je kawan Nuna perempuan yang lebih muda dari Nuna, tak cantik, comel2 orangnya, mampu cari likers yang banyak.. Masalahnya diorang tak suruh orang LIKE pun.. Pelik kan Facebook nih?

Ada lelaki yang hanya update status "Hai semua.." mampu dapat likers dalam 1000.. Tak percaya? Nuna percaya.. Dia tak suruh pun orang like... Hurm?

Nuna ada account facebook sebab Nuna just tambah ramai kenalan, saja-saja, for fun.. Dulu masa mula-mula Nuna ada account facebook, Nuna tak tahu apa bendanya 'Facebook' . Nak guna pun tak tahu.. Waktu tu, akak Nuna yang buatkan untuk Nuna. Bila dah ada facebook, sekarang Nuna rasa facebook ni penting pula bagi Nuna.. Tak Tahu kenapa..




Lelaki kat facebook? Okay, friends Nuna stable.. Ada lelaki ada perempuan.. Kawan-kawan sekolah ramai.. Tapi, Nuna tak suka bila mana-mana kenalan yang Nuna tak kenal, ajak Nuna keluar.. Tak kisahlah lelaki ke perempuan ke, Nuna memang tak suka. Tak kisahlah lelaki tu hensem ke, tak hensem ke, sedar diri ke, tak sedar diri ke, kaya ke, tak kaya ke.. Semua Nuna tak ambil kira.. Nuna tetap tak suka.. Nuna akan jumpa kawan yang Nuna kenal saja.. Kawan yang Nuna kenal bila satu kelas, satu kem, jumpa face to face, then barulah bagi acc facebook! Okay itu Nuna.. that' me!

Nuna cakap, Nuna buat entry ni sebab Nuna ada pengalaman.. Bahayanya lelaki kat tagged and kat facebook ni.. Twitter? Twitter Nuna bagi tumbs up! Nuna memang suka Twitter.. Nuna tak tahu kenapa.. Jangan tanya.. Hahahahahahahaha :)

So, bila di facebook, bila di tagged, please just kawan-kawan kat facebook saja.. Nuna memang tak berminat nak berjumpa dengan kawan-kawan facebook. Lainlah kalau ada event besar-besaran macam blogger ke, tak apalah jugak kan...

Tolong ya, dengan Nuna kat facebook ke or tagged ke, be profesional.. Nuna sangat menjaga hal itu... Nuna nak macam mana korang kenal Nuna kat facebook, macam tuh lah Nuna.. Tak perlulah nak exchange nombor ke, nak jumpa bebagai ke, pleasee don't be like that.. Please respect my decision.. :)

terasa comel pula gambar kat atas tuh..
prempuan tu macam iras2 kak yuyu lah!
:D


Hati-hati guys! Jangan mudah terpedaya dengan lelaki-lelaki yang kita kenal.. Kadang-kadang perasaan 'syak wasangka' kita adalah 'penyelamat' bagi kita... Jangan mudah cair dengan 'ayat-ayat bunga' dengan 'muka-muka jambu' lelaki kat luar sana..  Jaga diri tu baik-baik kay... :) Assalammualaikum..

6 comments:

  1. Setuju tu kak nuna... Tahan lah diri sikit. Jangan terpedaya dengan lelaki2 begini. Mereka bukan kisah kita siapa...

    ReplyDelete
  2. lelaki mulutnya manis dari gula..hihi :)

    ReplyDelete
  3. Kita ni sbg perempuan kena la jadi mahal jugak..Kalau duk layan je memang tak tau ke mana dah la..dah namanya lelaki..hmmmmm

    ReplyDelete
  4. hati2 adk lain kali, jom follow akak

    ReplyDelete
  5. sbb tu kena jaga.. jgn mudah percaya sangat..

    ReplyDelete
  6. zmn skrg..semua bnda kn hati2..jgn mudah percayakan org..

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..